Translate

22 November 2024

Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga



Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga

Bernama

22/11/2024


Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor hari ini.

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah turut berangkat menikmati santapan tengah hari berkenaan.

Berangkat sama ialah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dan Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor serta paduka anakanda.

Turut berangkat Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman, Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar serta Tunku Tun Aminah bersama suami Datuk Dennis Muhammad Abdullah dan paduka anakanda.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi bersempena dengan hari ulang tahun keputeraan Seri Paduka Baginda di Istana Bukit Serene.

.

Antara yang turut hadir pada majlis menghadap itu ialah Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Dr Abdul Rahim Ramli, Setiausaha Kerajaan Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani dan Yang Dipertua Dewan Negeri Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi.

Sementara itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil merafak sembah ucapan kepada Sultan Ibrahim bersempena dengan ulang tahun hari keputeraan Seri Paduka Baginda.

"Semoga Allah SWT memberkati pemerintahan Tuanku dan melindungi Tuanku di dunia dan akhirat," katanya menerusi hantaran di Facebook.


-- BERNAMA




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED