Translate

26 November 2024

Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar



Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar

Astro Awani

26/11/2024


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media selepas mengakhiri lawatan rasmi tiga hari ke Korea Selatan di sini, hari ini. - Foto BERNAMA


SEOUL: Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara berkenaan dibangkitkan dalam pertemuan dua hala dengan Presiden Yoon Suk Yeol.

“Kita juga minta disegerakan pembelian yang sudah diputuskan beberapa tahun yang lalu, iaitu 18 unit pesawat FA-50M yang sepatutnya diterima pada 2026. Tetapi kalau boleh diminta dipercepatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media tertutup bersama wakil media Malaysia di sini hari ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin pada September memaklumkan tahap kemajuan pembinaan 18 pesawat pejuang ringan FA-50M milik Malaysia telah mencapai 39 peratus ketika ini dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka mula menerima kumpulan pertama pesawat pejuang itu pada 2026.

Mohamad Khaled berkata kesemua pesawat pejuang ringan berkenaan dibina mengikut jadual dan perolehan pesawat pejuang ringan FA-50M itu adalah antara perancangan dalam Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (CAP55).

Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis



Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis

Bernama

26/11/2024


Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini. - Gambar fail


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 30 bulan dan denda RM225,000 ke atas seorang bekas polis yang disabitkan dengan dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah, sembilan tahun lepas.

Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Azizah Nawawi, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin menolak rayuan Muhammad Hafizzuddin Hassan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah mengesahkan sabitan Mahkamah Sesyen.

Azizah ketika menyampaikan keputusan sebulat suara mahkamah berkata, "berdasarkan bukti dan penemuan mahkamah rendah, kami berpendapat sabitan itu adalah selamat."

Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini. Dia sebelum ini bebas dengan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin sambil menunggu keputusan rayuannya.

Pada 1 Jun, 2020, Mahkamah Sesyen mensabitkan Muhammad Hafizzuddin dengan kesalahan menerima suapan RM15,000 daripada Abdul Ghani Ismail, 54, kononnya untuk pegawai kanannya bagi menyelesaikan suatu kes Akta Pencegahan Jenayah (POCA) bagi Ridduan Ahmad, 50.

Kesalahan itu dilakukan di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di Balik Pulau, Pulau Pinang pada 3 petang, 8 April 2015.

Mahkamah Sesyen menjatuhi Muhammad Hafizzudin 30 bulan penjara dan denda RM75,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda itu.

Mahkamah Sesyen turut mensabitkan Muhammad Hafizzuddin atas kesalahan kedua iaitu cuba meminta suapan RM30,000 daripada Abdul Ghani dalam sebuah kereta di Lebuh Pekaka, Taman Pekaka, Pulau Pinang pada 6.20 petang, 18 Mei 2015.

Dia dihukum penjara 30 bulan dan denda RM150,000 atau penjara lapan bulan jika gagal membayar denda itu. Hukuman penjara bagi kedua-dua pertuduhan berjalan serentak.

Muhammad Hafizzuddin membawa kes ke Mahkamah Rayuan selepas Mahkamah Tinggi menolak rayuannya pada 24 Mac tahun lepas.

Dia diwakili peguam C.P.Ang manakala Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Farah Ezlin Yusop Khan, Dr Ifa Sirrhu Samsudin, Noor Azura Zulkiflee dan Afiqa Liyana Rozman mengendalikan pendakwaan.


-- BERNAMA

Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon



Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon

Bernama

26/11/2024


Mangsa mendakwa menerima panggilan daripada sebuah syarikat e-dagang kononnya nombor telefonnya digunakan dalam penjualan barangan terlarang. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Nasib seorang pekerja bank wanita di sini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila bukan sahaja terpaksa menjadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon malah hampir ke lokap selepas ditahan polis.

Wanita berusia 30 tahun itu ditahan selepas seorang mangsa sindiket tersebut membuat laporan polis pada 28 Okt lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mangsa mendakwa menerima panggilan daripada sebuah syarikat e-dagang kononnya nombor telefonnya digunakan dalam penjualan barangan terlarang.

"Panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada beberapa individu menyamar sebagai polis yang mengarahkannya memindahkan wang RM38,000 ke akaun diberikan dan menyerahkan RM100,000 secara tunai kepada seorang individu yang datang bersemuka dengannya," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Ramli berkata hasil siasatan terhadap aduan lelaki itu membawa kepada penahanan pekerja bank wanita berkenaan yang dikenal pasti telah berjumpa dengannya untuk transaksi secara bersemuka.

Bagaimanapun, Ramli berkata siasatan lanjut terhadap wanita itu mendapati dia juga mangsa sindiket sama dan telah diarah berjumpa lelaki tersebut manakala kesemua wang tunai RM100,000 telah dipindahkan ke dalam empat akaun bank seperti diarahkan sindiket.

"Wanita terbabit dihubungi sindiket phone scam sejak Ogos lepas dan diarah melapor diri setiap tiga jam kepada sindiket yang menyamar sebagai pihak berkuasa selain diminta membuat pinjaman bank sebanyak RM89,000 dan dimasukkan ke akaun bank ditetapkan sindiket," katanya.

Beliau berkata wanita terbabit dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan selesai dan kini sedang giat mengenal pasti ahli sindiket berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Ramli berkata 11 individu termasuk dua wanita ditahan berkait penipuan skim pelaburan mata wang kripto Gigamax membabitkan kerugian RM7.25 juta menerusi Operasi Nuri (Op Nuri) - Gigamax di Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Melaka, 13 Nov lepas.

Ramli berkata antara suspek ditahan termasuk tertinggi sebuah akademi pelaburan yang juga badan bukan kerajaan yang terlibat memperkenal dan mempromosi Gigamax, platform yang berfungsi sebagai broker mata wang kripto sejak awal Julai 2022.

"Bagaimanapun, setelah kira-kira setahun beroperasi platform terbabit tidak lagi dapat diakses dan semua pengeluaran keuntungan telah tergendala. Ekoran itu pelabur membuat laporan polis," katanya.

Ramli berkata sejak 27 Jun 2023 hingga kini, sebanyak 101 laporan polis telah diterima berkait platform itu membabitkan kerugian keseluruhan RM7,259,136 dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


-- BERNAMA

Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis



Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis

Bernama

26/11/2024


Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus. - Adobe Stock


KUALA LUMPUR: Polis mendedahkan aplikasi TikTok kini semakin menjadi pilihan sindiket penipuan untuk mencari mangsa dengan mempromosi skim pelaburan palsu, susulan aplikasi itu semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus dengan 131 kes bagi tempoh Januari hingga Oktober lepas berbanding 59 kes pada 2023, 2022 (27 kes) dan 2021 (13 kes).

"Dari aspek kerugian pula, jumlah yang direkodkan terus meningkat daripada hanya RM400,000 dicatatkan pada 2021 kepada RM1.28 juta pada 2022 dan RM7.25 juta pada 2023.

"Pada tahun ini setakat Oktober lepas, jumlah kerugian yang direkodkan telah mencecah RM6.39 juta," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata daripada 131 kes itu, sebanyak 66 mangsa adalah wanita manakala bakinya lelaki dengan 23 peratus berusia 31 hingga 40 tahun, diikuti 21 hingga 30 tahun (21.4 peratus), dan 41 hingga 50 tahun (17.5 peratus).

"Bagi kategori kumpulan pekerjaan, pekerja swasta mencatat individu paling ramai menjadi mangsa dengan 54.2 peratus, tidak bekerja (16.8 peratus), pesara (9.9 peratus), penjawat awam (7.6 peratus), peniaga (6.9 peratus) dan pelajar (4.6 peratus)," katanya.

Ramli berkata perkembangan pesat penggunaan media sosial di Malaysia jelas mengundang peningkatan dalam kes penipuan.

"Berdasarkan laman web meltwater.com, setakat Januari lepas, pengguna media sosial mencecah sebanyak 28.68 juta orang dan jumlah ini bersamaan 83.1 peratus daripada populasi keseluruhan rakyat Malaysia iaitu 34.5 juta orang.

"Angka ini menjelaskan mengapa media sosial merupakan platform yang menjadi pilihan kepada sindiket untuk mencari mangsa. Selain capaian terhadap pengguna yang ramai, media sosial juga mampu memberikan kelebihan kepada penjenayah untuk menyembunyikan identiti mereka.

"Kecanggihan teknologi, termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI), membolehkan sindiket mencipta iklan palsu menggunakan gambar dan video individu terkenal untuk mengaburi mangsa," katanya.

Beliau berkata walaupun sudah kerap kali pihaknya menyuarakan amaran bahawa segala skim pelaburan yang diiklankan menerusi media sosial adalah penipuan, masih ramai pengguna terus terpedaya.

Sehubungan itu, Ramli menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang iklan pelaburan melalui media sosial tanpa pengesahan sahih.


-- BERNAMA

Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr



Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr

Bernama

26/11/2024


Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Sara Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat. - AP


MANILA: Penyiasat Filipina pada Selasa memanggil Timbalan Presiden Sara Duterte memberi keterangan mengenai ancamannya untuk membunuh Presiden Ferdinand Marcos Jr jika beliau sendiri dibunuh, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.

Sepina itu menyatakan yang Duterte dipanggil "untuk memberikan penjelasan mengenai siasatan berhubung ancaman berat yang didakwa di bawah (Akta Pencegahan Jenayah Siber) dan kemungkinan pelanggaran (Akta Antikeganasan)."

Pada Sabtu, Duterte berkata beliau telah bercakap dengan seseorang yang bersetuju untuk membunuh Marcos, wanita pertama dan speaker Dewan Rakyat, yang merupakan sepupu presiden, sekiranya beliau dibunuh.

Dalam satu kenyataan sebelum sepina dikeluarkan terhadapnya, timbalan presiden berkata kenyataannya itu "diambil di luar konteks logiknya."

"Desakan pentadbiran Marcos bahawa nyawa presiden berada di bawah ancaman aktif adalah menakutkan," katanya.

"Tidak ada bukti nyata dan walaupun tanpa siasatan yang boleh dipercayai, pihak berkuasa pula dengan cepat menganggap ini sebagai isu keselamatan negara."

"Akal sehat seharusnya mencukupi untuk kita memahami dan menerima bahawa tindakan balas dendam yang bersifat bersyarat tidak seharusnya dianggap sebagai...ancaman aktif," tambahnya.

"Ini adalah (rancangan) tanpa...asas. Saya yakin siasatan yang jujur akan dengan mudah mendedahkan naratif ini sebagai gurauan, rekaan atau tidak ada apa-apa langsung."


-- BERNAMA

Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga



Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga

Bernama

26/11/2024


Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept 2024, Maybank merekodkan keuntungan bersih lebih tinggi iaitu RM7.56 bilion. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank) meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Maybank berkata pendapatan pada suku tahun itu juga meningkat kepada RM16.69 bilion daripada RM16.02 bilion sebelumnya.

Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept 2024, Maybank merekodkan keuntungan bersih lebih tinggi iaitu RM7.56 bilion, peningkatan 8.5 peratus daripada RM6.96 bilion bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya, didorong oleh pertumbuhan kukuh dalam pendapatan bukan faedah (NOII) serta peningkatan fi teras dan prestasi insurans.

Pendapatan juga meningkat kepada RM52.21 bilion daripada RM47.34 bilion sebelumnya.

Selain itu, dalam kenyataan berasingan, Maybank berkata pendapatan operasi bersih bagi tempoh sembilan bulan turut meningkat 8.7 peratus tahun ke tahun kepada RM22.15 bilion didorong oleh NOII lebih tinggi sebanyak 26.0 peratus kepada RM7.49 bilion berbanding 2023, dirangsang oleh pertumbuhan kukuh dalam fi teras yang meningkat 13.4 peratus.

Pinjaman kumpulan juga berkembang sebanyak 4.8 peratus tahun ke tarikh pada 30 Sept 2024, meningkat sebanyak lapan peratus, 14.5 peratus dan 8.9 peratus bagi pasaran tempatan, masing-masing di Malaysia, Singapura dan Indonesia.


-- BERNAMA

Polis selamatkan remaja perempuan diculik sekumpulan individu



Polis selamatkan remaja perempuan diculik sekumpulan individu

Bernama

26/11/2024


Polis berjaya menyelamatkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dipercayai diculik di Seksyen 7, pada 18 November. -Gambar fail/PDRM


SHAH ALAM: Polis berjaya menyelamatkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dipercayai diculik sekumpulan individu di sebuah pangsapuri di Seksyen 7, di sini pada 18 Nov lepas.

Polis berjaya menyelamatkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dipercayai diculik di Seksyen 7, pada 18 November.

Polis berjaya menahan lima suspek berumur antara 15 hingga 19 tahun.

Kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan, dengan beberapa suspek direman untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata dalam kejadian pada 16 Nov, mangsa yang masih tidak pulang ke rumah walaupun sudah lewat petang telah dihubungi bapanya untuk balik ke kediaman mereka di Taman Kem, Pelabuhan Klang.

Namun, katanya, bapa mangsa telah menerima pesanan suara daripada nombor telefon milik anaknya itu yang mengelirukan kedudukan mangsa sebelum bertindak melaporkan kejadian itu kerana risau terhadap keselamatan anaknya.

"Pesanan suara yang diterima meminta pengadu (bapa) untuk mengambil mangsa di kawasan Subang dalam keadaan sedang bertengkar dengan seorang lelaki (suspek) serta menghantar lokasi kedudukan mangsa.

"Pengadu telah ke lokasi terbabit dan mendapati mangsa tiada di kawasan itu. Seterusnya, pengadu menerima pesanan dalam aplikasi WhatsApp menyatakan suspek akan lepaskan mangsa di kawasan Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek turut bertindak mengugut bapa mangsa dengan mengatakan anaknya akan dijual dan meminta bayaran ganti rugi jika ingin anaknya dipulangkan apabila bapa mangsa mengatakan akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Cha berkata bertindak atas maklumat, polis melakukan serbuan di sebuah pangsapuri di Seksyen 7 pada 11 malam, 18 Nov dan menemukan mangsa dalam keadaan selamat dan turut menahan tiga suspek lelaki dan dua perempuan berumur antara 15 hingga 19 tahun.

"Melalui tangkapan pertama, polis menahan dua lagi lelaki berumur lingkungan 16 dan 18 tahun di pekarangan sebuah pusat-beli belah di Kuala Lumpur kira-kira 1.10 pagi pada 19 Nov," katanya dan menambah kesemua suspek yang ditahan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Beliau berkata empat suspek berumur 18 tahun ke bawah direman sehari manakala suspek lain direman empat hari hingga 22 Nov lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

Kes curi RM200,000: Pengawal keselamatan dihukum penjara setahun, denda RM4,500



Kes curi RM200,000: Pengawal keselamatan dihukum penjara setahun, denda RM4,500

Astro Awani

26/11/2024


Muhd Fairul Fizree (tengah) dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM4,500 selepas mengaku bersalah mencuri wang tunai RM200,000. -Astro AWANI


ALOR SETAR: Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini selepas mengaku salah atas tuduhan mencuri wang tunai berjumlah RM200,000 pada 19 November lalu.

Ringkasan AI

Muhd Fairul Fizree Abdul Hamid dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM4,500 selepas mengaku bersalah mencuri wang tunai RM200,000. Jika gagal membayar denda, dia akan menjalani hukuman penjara tambahan setahun.

Muhd Fairul Fizree melakukan jenayah ini bersama dua rakan sekerjanya, tetapi hanya dia yang mengaku bersalah. Dua rakan sekerjanya, Mohamad Zul Hilmi Ahmad dan Muhammad Fadzli Yaakub, mengaku tidak bersalah dan akan dibicarakan.

Peguam tertuduh memohon hukuman ringan kerana tertuduh belum berkahwin dan menjaga kakaknya yang sakit, tetapi pendakwa raya memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada orang ramai.

Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor turut menetapkan hukuman penjara setahun lagi ke atas tertuduh, Muhd Fairul Fizree Abdul Hamid, 38, jika dia gagal membayar denda yang ditetapkan.

Terdahulu, tertuduh membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan secara bersama dengan dua rakan sekerjanya melakukan jenayah itu.

Bagaimanapun, hukuman terhadap Muhd Fairul Fizree ditetapkan hari ini selepas barangan kes tidak dapat dikemukakan di mahkamah, semalam.

Mengikut pertuduhan, Muhd Fairul Fizree secara bersama dengan dua rakan sekerjanya mencuri wang tunai berjumlah RM200,000 milik majikan mereka iaitu syarikat Kawal Wiramas Sdn Bhd di sekitar lampu isyarat Taman Kristal, di sini, pada jam 10.34 pagi, 19 November lalu.

Dua tertuduh lain iaitu Mohamad Zul Hilmi Ahmad, 37, dan Muhammad Fadzli Yaakub, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan terhadap mereka dan mohon dibicarakan.

Bagi kesalahan itu, ketiga-tiga mereka didakwa di bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Terdahulu, peguam yang mewakili Muhd Fairul Fizree iaitu Mohd Khairul Afizuddin Ramli memohon mahkamah supaya mengenakan hukuman ringan memandangkan tertuduh belum berkahwin dan bertanggungjawab menjaga kakaknya yang menghidap penyakit buah pinggang.

Timbalan Pendakwa Raya R Jayasri, bagaimanapun, memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh sebagai pengajaran kepada orang ramai.

Enam lelaki bertopeng samun tiga klogram emas



Enam lelaki bertopeng samun tiga kilogram emas

Astro Awani

26/11/2024


Semasa kejadian, kesemua suspek menaiki tiga buah kenderaan. - Foto Astro AWANI


IPOH: Enam lelaki bertopeng melarikan kira-kira tiga kilogram emas dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara, di sini, hari ini.

Kejadian dikatakan berlaku sekitar jam 9.30 pagi semasa pemilik premis mahu memasuki kereta, dipercayai bagi menghantar barangan kemas kepada pelanggan.

Lelaki berusia 50-an itu yang ditemui pemberita di lokasi berkata, ketika kejadian, kesemua suspek memakai sarung muka dengan bersenjatakan pisau dan parang.

Menurutnya, semasa kejadian, kesemua suspek menaiki tiga buah kenderaan.

Dua daripada kenderaan dinaiki suspek bertindak menghalang kenderaannya sebelum merampas sebuah beg yang mengandungi emas tersebut.

Menurut mangsa, kejadian berlaku begitu pantas, sehingga dia tidak mampu berbuat apa-apa, selain sebuah lagi kereta suspek melanggar bahagian belakang kenderaannya.

Ekoran pelanggaran itu, mangsa mengalami sedikit kecederaan di bahagian kaki.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi memaklumkan, siasatan lanjut masih dijalankan di lokasi kejadian.




APM Tangkap Ular Sawa Dalam Siling Rumah

 







Transport Ministry to study proposal for senior citizen licence renewal assessments - Loke



Transport Ministry to study proposal for senior citizen licence renewal assessments - Loke

Bernama

25/11/2024


According to Transport Minister Anthony Loke, the Government will review a proposal requiring senior citizens aged 65 and above to undergo competency and health assessments before renewing their Malaysian Driving Licence. File pic by BERNAMA


SEPANG: The Transport Ministry will review a proposal requiring senior citizens aged 65 and above to undergo competency and health assessments before renewing their Malaysian Driving Licence.

Minister Anthony Loke said the ministry welcomed the suggestion but noted that further evaluation is necessary before any decision is made.

"We need to study the proposal report first. We will not rush to impose any additional conditions.

"Of course, there are implications, and we need to assess the advantages and disadvantages of introducing any new requirements," he told a press conference after chairing the National Logistics Task Force meeting here today.

Loke was responding to questions about the relevance of requiring drivers aged 65 and above to undergo competency and health evaluations before renewing their licences.

Earlier, the media reported that the rising number of road accidents involving elderly drivers in the country could be reduced if additional conditions were introduced for licence renewal for this group.

One suggestion was to require senior citizens aged 65 and above who wish to continue driving to undergo competency and health assessments, as there is currently no maximum age limit for driving in Malaysia.

On another matter, Loke said a site in Nilai, Negeri Sembilan, will be identified to be developed as the country's logistics hub.

"The Negeri Sembilan government has welcomed this initiative and is identifying suitable land," he said.

He also said the Malaysian Investment Development Authority briefed today's meeting on incentives to attract more investment in the Smart Logistics Complex.

"These incentives, which include tax exemptions of up to 70 per cent, have already been announced during the tabling of Budget 2025," he added.


-- BERNAMA

Govt won't allow non-citizen vehicles to enjoy RON95 subsidy - Economy Ministry



Govt won't allow non-citizen vehicles to enjoy RON95 subsidy - Economy Ministry

Bernama

26/11/2024


The implementation of the RON95 subsidy in 2025 is expected to provide savings of RM3.6 billion to government expenditure. - BERNAMA


KUALA LUMPUR: The government does not intend to allow vehicles owned by non-citizens to enjoy the RON95 subsidy, said the Ministry of Economy.

The ministry said the move was in line with the government's objective to strengthen the country's fiscal positition as stated in the 12th Malaysia Plan (12MP).

"The implementation of the RON95 subsidy in 2025 is expected to provide savings of RM3.6 billion to government expenditure, or a reduction of 21.9 per cent, to the total subsidy expenditure, if the subsidies are only given to the B85 group and citizens.

"By ensuring that the targeted RON95 subsidies do not involve non-citizens, it will give savings of RM0.3 billion (2.0 per cent) to the government," said the ministry in a written reply on the Parliament website yesterday.

The Economy Ministry said this in response to a question from Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) on the ministry's proposal to allow vehicles registered in Brunei to use RON95 in Malaysia.

The government will implement the targeted RON95 subsidy in the middle of 2025, covering 85 per cent of the people which will be determined based on Basic Expenditure of Decent Living (PAKW) of households.


-- BERNAMA

Judge tosses Trump 2020 election case after prosecutors' request



Judge tosses Trump 2020 election case after prosecutors' request

Reuters

26/11/2024


The prosecutors in a filing in the election subversion case said the department's policy requires the case to be dismissed before Donald Trump returns to the White House. - REUTERS/Filepic


WASHINGTON: A U.S. judge on Monday dismissed the federal criminal case accusing Donald Trump of attempting to overturn his 2020 election defeat after prosecutors moved to drop that prosecution and a second case against the president-elect, citing Justice Department policy against prosecuting a sitting president.

The order from U.S. District Judge Tanya Chutkan puts an end to the federal effort to hold Trump criminally responsible for his attempts to hold onto power after losing the 2020 election, culminating in the Jan. 6, 2021 attack on the U.S. Capitol by a mob of his supporters.

The move came after Special Counsel Jack Smith, the lead prosecutor overseeing both cases, moved to dismiss the election case and end his attempt to revive a separate case accusing Trump of illegally retaining classified documents when he left office in 2021 after his first term as president.

It represents a big legal victory for the Republican president-elect, who won the Nov. 5 U.S. election and is set to return to office on Jan. 20.

The Justice Department policy that the prosecutors cited dates back to the 1970s. It holds that a criminal prosecution of a sitting president would violate the U.S. Constitution by undermining the ability of the country's chief executive to function. Courts will still have to approve both requests from prosecutors.

The prosecutors in a filing in the election subversion case said the department's policy requires the case to be dismissed before Trump returns to the White House.

"This outcome is not based on the merits or strength of the case against the defendant," prosecutors wrote in the filing.

Prosecutors in the documents case signaled they will still ask a federal appeals court to bring back the case against two Trump associates who had been accused of obstructing that investigation.

Trump spokesman Steven Cheung hailed what he called "a major victory for the rule of law."

Trump had faced criminal charges in four cases - the two brought by Smith and two in state courts in New York and Georgia. He was convicted in the New York case while the Georgia case, which also relates to his efforts to overturn the 2020 election, is in limbo.

In a post on social media, Trump railed on Monday against the legal cases as a "low point in the History of our Country."

The moves by Smith, who was appointed in 2022 by U.S. Attorney General Merrick Garland, represents a remarkable shift from the special prosecutor who obtained indictments against Trump in two separate cases accusing him of crimes that threatened U.S. election integrity and national security. Prosecutors acknowledged that the election of a president who faced ongoing criminal cases created an unprecedented predicament for the Justice Department.

Chutkan left open the possibility that prosecutors could seek to charge Trump again after he leaves office, but prosecutors would likely face challenges bringing a case so long after conduct involved in the case happened.

Trump pleaded not guilty in August 2023 to four federal charges accusing him of conspiring to obstruct the collection and certification of votes following his 2020 loss to Democrat Joe Biden.

Trump, who as president will again oversee the Justice Department, was expected to order an end to the federal 2020 election case and to Smith's appeal in the documents case.

Florida-based Judge Aileen Cannon, who Trump appointed to the federal bench, had dismissed the classified documents case in July, ruling that Smith was improperly appointed to his role as special counsel.

Smith's office had been appealing that ruling and indicated on Monday that the appeal would continue as it relates to Trump personal aide Walt Nauta and Carlos De Oliveira, a manager at his Mar-a-Lago resort, who had been previously charged alongside Trump in the case. Both Nauta and De Oliveria have pleaded not guilty, as did Trump.

In the 2020 election case, Trump's lawyers had previously said they would seek to dismiss the charges based on a U.S. Supreme Court ruling in July that former presidents have broad immunity from prosecution over official actions taken while in the White House.

Trump denied wrongdoing in all cases and argued that the U.S. legal system had been turned against him to damage his presidential campaign. He vowed during the campaign that he would fire Smith if he returned to the presidency.

Trump in May became the first former president to be convicted of a crime when a jury in New York found him guilty of felony charges relating to hush money paid to a porn star before the 2016 election. His sentencing in that case has been indefinitely postponed.

The criminal case against Trump in Georgia state court involving the 2020 election is stalled.

Abolition of examination in schools to reduce pressure on pupils - Fadhlina



Abolition of examination in schools to reduce pressure on pupils - Fadhlina

Bernama

26/11/2024


The classroom assessment approach offers a much more interesting learning ecosystem, says Education Minister Fadhlina Sidek. - BERNAMA


KUALA LUMPUR: The decision by the Ministry of Education (MOE) to abolish examination-oriented learning for school students is aimed at reducing their stress, the Dewan Rakyat was told today.

Education Minister Fadhlina Sidek said in this regard, the MOE has taken an approach to ensure that the focus of learning in schools is based on inquiry, exploration, experience, contextualization and assessment that fully looks at the holistic development of students.

"This classroom assessment will provide a better benchmark, especially to see and assess children more holistically involving classroom, physical, sports and curriculum assessment components as well as psychometrics and student tendencies.

"The approach we are taking to ensure that there is no longer a focus on examination orientation and to reduce their stress, but rather offers a much more interesting learning ecosystem," she said during a question and answer session at the Dewan Rakyat today.

She was answering a supplementary question from Tan Kar Hing (PH-Gopeng) who wanted to know whether the Ministry of Education was prepared to review the school curriculum to reduce academic stress among students.

Meanwhile, Fadhlina said the Ministry of Education always gives priority to the welfare and well-being of students, including psychosocial and mental health of students, among others implementing the Healthy Mind Screening as an early detection mechanism to identify students facing emotional disorders.

"Healthy Mind Screening is carried out once a year for all students from year five to form six, while students identified as having severe and very severe emotional disorders are given immediate help twice a year.

"Students who show early signs of depression are given immediate help through focused interventions using the Healthy Mind Module, Healthy Mind Intervention Programme Module and Adolescent Mental Health Module which implement stress management skills, problem-solving skills and managing emotions well," she said.

Regarding the psychological well-being screening for teachers, she said that 92.7 per cent of teachers have a psychological well-being profile based on profiling teacher well-being using the Psychological Well-being Inventory (IKPsi).

She said that the Ministry of Education is also developing a Teacher Well-being Index (IKG) to measure teacher well-being through the domains of resource availability and use, teacher autonomy and competence, work and environment harmony, psychological well-being and support systems.


-- BERNAMA

Man charged with mother's murder, storing body in freezer



Man charged with mother's murder, storing body in freezer

Bernama

26/11/2024


N. Deanesh is accused of causing the death of his mother, Catherine Daniel at their home in Taman OUG, Brickfields, between March 21 and 26, 2021. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR


KUALA LUMPUR: A man was charged at the Magistrate's Court today with murdering his mother, whose body was found in a freezer on Nov 12.

N. Deanesh, 53, nodded when the charge was read before Magistrate Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim. However, no plea was recorded as the offence is under the High Court's jurisdiction.

He is accused of causing the death of his mother, Catherine Daniel, 77, at their home in Taman OUG, Brickfields, between March 21 and 26, 2021.

The charge, under Section 302 of the Penal Code, carries the death penalty or imprisonment of between 30 and 40 years, along with not less than 12 strokes of the cane, upon conviction.

The court denied bail and scheduled case mention on Feb 7 for the submission of forensic, autopsy, and chemist reports.

Deputy public prosecutor Nurainizatul Farhana Zainal appeared for the prosecution, while the accused was unrepresented.

On Nov 12, Bernama reported the arrest of a man following the discovery of a woman's body in a freezer at a house in Taman OUG.

Kuala Lumpur police chief Datuk Rusdi Mohd Isa confirmed that police received the information about the body at 8.48 am on Nov 12, leading to the man's arrest.


-- BERNAMA

Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir



Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir

Astro Awani

26/11/2024


Akmal berkata lima negeri yang merekodkan tunggakan tertinggi pada 2023 ialah Selangor, Terengganu, Perak, Pahang, dan Negeri Sembilan. - Foto fail/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Jumlah tunggakan bil elektrik di seluruh negara melonjak kepada RM1,008,771,447.78 setakat September 2024, melibatkan 627,491 akaun yang bekalannya telah dipotong, menurut statistik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945,435,794.07.

“Berdasarkan data, jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.

“Ini menunjukkan isu kelewatan pembayaran semakin serius,” katanya dalam sesi Dewan Rakyat pada Selasa..

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mengenai jumlah kes pemotongan bekalan elektrik oleh TNB dan tunggakan mengikut negeri serta kategori pengguna bagi 2023 hingga September 2024.

Akmal menjelaskan, antara faktor kelewatan pembayaran adalah kekangan kewangan pengguna, sikap tidak bertanggungjawab seperti mendaftarkan akaun atas nama bukan pemilik premis, serta amalan meletakkan pembayaran bil elektrik sebagai keutamaan terakhir.

“Kes ‘cabut lari’ juga menjadi salah satu sebab utama, selain ada pengguna yang hanya menjadikan pembayaran TNB sebagai senarai terakhir,” tambah beliau.

Katanya, lima negeri yang merekodkan tunggakan tertinggi pada 2023 ialah Selangor, Terengganu, Perak, Pahang, dan Negeri Sembilan.

Pada 2024 pula, Selangor kekal mencatatkan jumlah tertinggi, diikuti Kuala Lumpur, Perak, Johor, dan Terengganu.

RM228.2 Juta Nilai Dadah Dirampas Telah Dilupus Sehingga Oktober 2024









Veteran Umno mahu Anwar pecat Tiong, dakwa dia anti bahasa Melayu









Mekanik didakwa memandu mabuk sebabkan kematian suami isteri









'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin









Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku



Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku

Astro Awani

26/11/2024


Deanesh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara maksimum 40 tahun dan sebat minimum 12 kali, jika sabit kesalahan. -Astro AWANI/Shahir Omar


KUALA LUMPUR: Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan membunuh dan menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku, tiga tahun lalu.

N. Deanesh, seorang pastor didakwa membunuh ibunya, Catherine Daniel, dan menyimpan mayatnya dalam peti sejuk beku. Kes ini berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Perbuatan tersebut didakwa berlaku di rumah mereka di Taman OUG Brickfields antara 1 Mac hingga 26 Mac 2021. Deanesh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara maksimum 40 tahun dan sebat minimum 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pada 12 November lalu, Deanesh menghubungi talian kecemasan mendakwa telah membunuh ibunya tiga tahun lalu. Polis menemui mayat ibunya dalam peti sejuk beku di rumah mereka.

Bedah siasat menunjukkan kesan kecederaan pada dada akibat hentakan objek tumpul sebagai punca kematian.

Tiada pengakuan direkod selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Atiqah Mohammed @ Mohamad Said kerana kes berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh, N. Deanesh, 53, didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian ibunya, Catherine Daniel, 80.

Perbuatan dilakukan di sebuah rumah di Jalan Hujan Abu 6, Taman OUG Brickfields, di sini, pada 1 Mac hingga 26 Mac 2021.

Lelaki itu didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara maksimum 40 tahun dan sebat minimum 12 kali, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Timbalan Pendakwa Raya Nurainizatul Farhana Zainal, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada ikat jamin diberikan dan mahkamah menetapkan 7 Februari 2025 untuk sebutan laporan perubatan, bedah siasat, dan asid deoksiribonukleik (DNA).

Pada 12 November lalu, media melaporkan seorang lelaki menghubungi talian MERS 999 mendakwa mengalami masalah kesihatan ketika berada di rumahnya, dan telah membunuh ibunya di kediaman sama tiga tahun lalu.

Polis dan pegawai perubatan yang tiba di lokasi menemui lelaki itu terbaring di sebelah peti sejuk beku yang menempatkan mayat didakwa ibunya itu.

Suspek turut mendakwa menghadapi masalah kewangan apabila kehabisan wang simpanan selain mempunyai masalah kesihatan kronik.

Suspek ditahan di lokasi kejadian dan mayat yang ditemukan dalam peti sejuk beku itu kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Bedah siasat ke atas mayat wanita warga emas berusia lingkungan 80-an itu menemukan kesan kecederaan pada bahagian dada kesan hentakan objek tumpul yang dikenal pasti sebagai punca kematian.




Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street



Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street

Bernama

26/11/2024


Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.33 mata atau 0.15 peratus kepada 1,599.78 daripada 1,597.45 ketika ditutup semalam. -Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia kekal berdaya tahan menghampiri paras 1,600, mengambil petunjuk daripada rekod penutupan Wall Street berikutan pencalonan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang baharu.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.33 mata atau 0.15 peratus kepada 1,599.78 daripada 1,597.45 ketika ditutup semalam.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 3.05 mata kepada 1,600.50.

Suasana pasaran positif dengan 153 kaunter untung mengatasi 138 kaunter rugi manakala 265 kaunter kekal tidak berubah, 1,906 saham tidak diniagakan dan 26 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 244.52 juta unit bernilai RM57.83 juta.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata Bessent terkenal dengan reputasinya untuk cenderung meningkatkan defisit, mungkin menyebabkan penurunan dalam hasil Perbendaharaan AS ke paras terendah hampir satu bulan.

"Ini telah menimbulkan harapan bahawa beliau akan membantu memulihkan ekonomi AS dan memperbaiki keadaan perniagaan secara keseluruhan," katanya.

Bagaimanapun, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata data Indeks Pengurus Pembelian (IPP) Biro Statistik Kebangsaan China, dijadual diumumkan hari ini mungkin menyebabkan pelabur bersikap berhati-hati.

"Kami menjangkakan FBM KLCI akan kekal dalam penyatuan, cuba melebihi paras 1,600 dan berada dalam julat 1,590-1,605 hari ini," katanya.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank, Hong Leong Bank dan CelcomDigi tidak berubah, masing-masing pada RM10.30, RM20.88, and RM3.55, respectively.

CIMB turun tiga sen kepada RM8.35 manakala Public Bank dan IHH meningkat satu sen, masing-masing kepada RM4.46 dan RM7.10.

Bagi kaunter aktif, Zentech dan Yew Kee kekal tidak berubah, masing-masing pada 1.0 sen dan 46 sen, Lay Hong jatuh 0.5 sen kepada 37 sen, Silver Ridge menambah satu sen kepada 60.5 sen dan 3Ren melonjak 0.5 sen kepada 40 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 13.98 mata kepada 12,187.30, Indeks FBMT 100 naik 12.85 mata kepada 11,891.50, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 26.25 mata kepada 12,136.19, Indeks FBM 70 menambah 3.04 mata kepada 18,060.96 dan Indeks FBM ACE menokok 0.81 mata kepada 5,164.26

Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 5.21 mata kepada 19,283.82, Indeks Tenaga menokok 0.90 mata kepada 830.38, Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 5.21 mata kepada 19,283.82, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan turun 0.31 mata kepada 172.58.


-- BERNAMA

Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS



Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS

Bernama

26/11/2024


Pada 8 pagi, ringgit diniagakan di paras 4.4590/4700 berbanding mata wang AS. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh, disokong oleh kenaikan semula dalam Indeks Dolar AS (DXY) daripada penurunan baru-baru ini.

Pada 8 pagi, ringgit diniagakan di paras 4.4590/4700 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.4495/4570 pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran telah memberi respons positif berikutan berita mengenai pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent yang mengetuai Jabatan Perbendaharaan AS.

Beliau berkata perkembangan itu telah memupuk sentimen mengambil risiko.

"Ringgit mungkin mendapat manfaat daripada potensi peralihan yang mungkin berlaku daripada dolar AS kepada mata wang pasaran sedang pesat membangun lain," katanya kepada Bernama.

Ringgit didagangkan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding pound Britain kepada 5.5862/6000 daripada 5.5939/6033 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6548/6662 daripada 4.6662/6741 ketika ditutup pada Isnin.

Bagaimanapun, ia turun berbanding yen Jepun kepada 2.8880/8955 daripada 2.8811/8861.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang negara ASEAN.

Ringgit merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.3032/3118 daripada 3.3028/3088, turun berbanding peso Filipina kepada 7.56/7.58 daripada 7.54/7.56 dan jatuh berbanding rupiah Indonesia kepada 280.7/281.5 daripada 280.1/280.7 sebelumnya.

Bagaimanapun, ia naik berbanding baht Thailand kepada 12.8361/8818 daripada 12.8390/8670 sebelum itu.

-- BERNAMA

MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN



MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN

Bernama

26/11/2024


Makanan tempatan itu akan dihidangkan kepada delegasi asing di acara-acara berkaitan ASEAN yang berlangsung di seluruh negara. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.

Timbalan Menteri berkenaan Khairul Firdaus Akbar Khan berkata makanan tempatan itu akan dihidangkan kepada delegasi asing di acara-acara berkaitan ASEAN yang berlangsung di seluruh negara.

"Ahli-ahli delegasi akan merasai betapa enaknya makanan warisan kita. Kita mahu makanan warisan kita ini kita angkat setinggi mana yang boleh.

"Saya percaya Malaysia bukan sahaja bersedia (selaku Pengerusi ASEAN), malah akan memberikan satu pengalaman yang cukup luar biasa untuk mereka (delegasi) nilai sendiri," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat jawatankuasa bagi MOTAC di Dewan Rakyat pada Isnin.

Berpaksikan tema Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 "Keterangkuman dan Kemampanan", beliau berkata MOTAC akan memastikan segala aspek penganjuran juga dapat dirasai seluruh rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, Khairul Firdaus berkata 19,000 pelajar asing dijangka menyertai program Edu+ menjelang akhir tahun ini dengan pendapatan pelancongan dijangka berjumlah RM95 juta.

Beliau berkata pakej pembelajaran jangka pendek yang digabungkan dengan pengalaman berkaitan pelancongan di universiti dan kolej tempatan itu akan merancakkan lagi pelancongan pendidikan menjelang kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.


-- BERNAMA

Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan



Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan

Bernama

26/11/2024


Mohamed Fadzli berkata bilangan kes khalwat di Kelantan turut mengalami penurunan iaitu 196 kes pada 2022, susut kepada 86 kes bagi 2023. - Foto fail/BERNAMA


KOTA BHARU: Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.

Beliau berkata Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) yang dirujuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan menunjukkan daripada 146 kes hamil luar nikah pada 2021, jumlah berkenaan berkurang kepada 136 kes pada 2022 dan seterusnya turun kepada 61 kes tahun lepas.

"Bilangan kes khalwat di Kelantan turut mengalami penurunan iaitu 196 kes pada 2022, susut kepada 86 kes bagi 2023.

"Ini menunjukkan langkah kerajaan melaksanakan pelbagai program sama ada melalui pendidikan, peranan Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita berserta pendekatan lain, memberi impak dalam menangani gejala sosial di Kelantan," katanya dalam sesi penggulungan perbahasan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini pada Isnin.

Fadzli yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Sumber Asli, Integriti, Pembangunan Insan dan Undang-undang berkata kerajaan negeri turut mengambil pendekatan menubuhkan jawatankuasa induk bagi menangani gejala sosial di Kelantan.

Beliau berkata jawatankuasa itu bukan hanya dianggotai agensi kerajaan negeri tetapi juga melibatkan agensi kerajaan Persekutuan termasuk polis, Jabatan Pendidikan dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) negeri.

"Kita tidak memandang sepi isu gejala sosial di Kelantan dan kerana itu kita ambil pendekatan ini dengan membahagikannya kepada sembilan kluster," katanya sambil menambah kerajaan negeri menyediakan peruntukan khas untuk menangani isu berkenaan.


-- BERNAMA

Mangsa banjir meningkat di lima negeri



Mangsa banjir meningkat di lima negeri

Astro Awani

26/11/2024


Keadaan beberapa rumah di Kampung Tersang, Pasir Mas dinaiki air ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lalu. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.

Angka terkini ini melibatkan 48 keluarga yang ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri.

Negeri-negeri yang terjejas ialah Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak dan Selangor.

Kelantan merekodkan jumlah mangsa tertinggi, iaitu 80 orang daripada 20 keluarga yang ditempatkan di dua PPS di Bachok dan Pasir Mas.

Di Terengganu, seramai 58 mangsa daripada 14 keluarga berada di dua PPS yang dibuka di Marang.

Johor mencatatkan 28 mangsa daripada lapan keluarga yang ditempatkan di sebuah PPS di Segamat.

Di Sarawak, seramai 18 mangsa daripada empat keluarga berlindung di sebuah PPS di Betong.

Sementara itu, Selangor merekodkan tujuh mangsa daripada dua keluarga yang ditempatkan di sebuah PPS di daerah Kuala Langat.

Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini



Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini

Astro Awani

26/11/2024


Rusdi berkata setakat ini polis sudah merekodkan keterangan 13 saksi termasuk jiran mangsa. - Foto fail/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Menurutnya, tempoh lanjutan reman ke atas lelaki berusia 53 tahun itu juga berakhir pada Selasa.

Katanya polis sudah merujuk kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara dan bersetuju suspek dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mengulas lanjut, katanya setakat ini polis sudah merekodkan keterangan 13 saksi termasuk jiran mangsa.

Sebelum ini, polis memaklumkan laporan awal bedah siasat yang dilakukan pasukan patalogi Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendapati mangsa mati akibat dipukul di dada dengan menggunakan objek tumpul.

Transport Ministry to study proposal for senior citizen licence renewal assessments - Loke



Transport Ministry to study proposal for senior citizen licence renewal assessments - Loke

Bernama

25/11/2024


According to Transport Minister Anthony Loke, the Government will review a proposal requiring senior citizens aged 65 and above to undergo competency and health assessments before renewing their Malaysian Driving Licence. File pic by BERNAMA


SEPANG: The Transport Ministry will review a proposal requiring senior citizens aged 65 and above to undergo competency and health assessments before renewing their Malaysian Driving Licence.

Minister Anthony Loke said the ministry welcomed the suggestion but noted that further evaluation is necessary before any decision is made.

"We need to study the proposal report first. We will not rush to impose any additional conditions.

"Of course, there are implications, and we need to assess the advantages and disadvantages of introducing any new requirements," he told a press conference after chairing the National Logistics Task Force meeting here today.

Loke was responding to questions about the relevance of requiring drivers aged 65 and above to undergo competency and health evaluations before renewing their licences.

Earlier, the media reported that the rising number of road accidents involving elderly drivers in the country could be reduced if additional conditions were introduced for licence renewal for this group.

One suggestion was to require senior citizens aged 65 and above who wish to continue driving to undergo competency and health assessments, as there is currently no maximum age limit for driving in Malaysia.

On another matter, Loke said a site in Nilai, Negeri Sembilan, will be identified to be developed as the country's logistics hub.

"The Negeri Sembilan government has welcomed this initiative and is identifying suitable land," he said.

He also said the Malaysian Investment Development Authority briefed today's meeting on incentives to attract more investment in the Smart Logistics Complex.

"These incentives, which include tax exemptions of up to 70 per cent, have already been announced during the tabling of Budget 2025," he added.

-- BERNAMA

Polis kutip lebih RM9 juta saman trafik tertunggak sepanjang Program 2TM



Polis kutip lebih RM9 juta saman trafik tertunggak sepanjang Program 2TM

Bernama

25/11/2024


Mohd Yusri berkata JSPT tidak menetapkan sebarang kutipan, namun amat berbangga dengan sambutan luar biasa daripada 32,500 individu yang hadir untuk melangsaikan saman mereka. - Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengutip saman trafik tertunggak berjumlah lebih RM9 juta dalam tempoh tiga hari penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang berlangsung dari Jumaat hingga semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata jumlah kutipan berkenaan melibatkan penyelesaian sebanyak 103,590 saman trafik tertunggak.

"Bagi tempoh tiga hari bermula 22 hingga 24 Nov, sebanyak 103,590 saman telah dijelaskan berjumlah RM9,139,750.00 melalui saluran bayaran saman yang telah disediakan antaranya kaunter PDRM secara tunai dan e-payment melalui baucar yang diselesaikan melalui portal dan aplikasi MyBayar PDRM," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Yusri berkata JSPT tidak menetapkan sebarang kutipan, namun amat berbangga dengan sambutan luar biasa daripada 32,500 individu yang hadir untuk melangsaikan saman mereka.

Beliau berkata jumlah kutipan saman bukan keutamaan JSPT, sebaliknya yang lebih membanggakan ialah kesedaran orang ramai yang semakin tinggi untuk menyelesaikan saman masing-masing.

Mohd Yusri berkata kesemua saman yang diselesaikan merangkumi pelbagai kesalahan, seperti memandu melebihi had laju, melanggar isyarat lalu lintas serta menghalang laluan trafik yang merekodkan jumlah saman tertinggi.

"JSPT menghargai kerjasama orang ramai yang hadir dalam menyelesaikan saman tertunggak bersempena dengan 2TM. Kami juga menyeru orang ramai agar tidak menunggu sehingga tawaran diskaun diumumkan untuk menjelaskan saman mereka," katanya.

Mohd Yusri berkata JSPT dalam peringkat kajian untuk memperluas program pengurangan saman di seluruh negara secara tanpa tunai dengan memanfaatkan aplikasi MyBayar PDRM, di samping meningkatkan jumlah pengguna berdaftar aplikasi berkenaan.


-- BERNAMA

Semua kementerian, agensi pelancongan diseru kukuhkan kerjasama bersama MOTAC - Ahmad Zahid



Semua kementerian, agensi pelancongan diseru kukuhkan kerjasama bersama MOTAC - Ahmad Zahid

Bernama

25/11/2024


Ahmad Zahid berkata kerjasama rapat antara kementerian dan agensi amat penting dalam mewujudkan satu ekosistem yang kondusif untuk pembangunan industri pelancongan negara secara lebih pesat dan berdaya saing. - Gambar fail/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menyeru semua kementerian dan agensi bekerjasama dengan MOTAC untuk menjadikan pelancongan agenda nasional strategik, termasuk menjayakan Kempen Melawat Malaysia 2026.

Garis panduan baharu akan diperkenalkan untuk mengawal selia Penginapan Sewaan Jangka Pendek (STRA) dan pembangunan Taman Kenderaan Rekreasi (RV Park) bagi menyokong pelancongan mampan dan kesejahteraan komuniti.

Syarat keselamatan seperti lesen TOBTAB, GPS, dan had usia kenderaan ditetapkan untuk kenderaan pelancongan bagi menjamin keselamatan penumpang.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerjasama rapat antara kementerian dan agensi amat penting dalam mewujudkan satu ekosistem yang kondusif untuk pembangunan industri pelancongan negara secara lebih pesat dan berdaya saing.

"Ia juga akan membolehkan sebarang isu yang timbul diatasi segera selain mengelakkan kekeliruan dari segi bidang kuasa, kawal selia dan penguatkuasaan khususnya dalam menjayakan penganjuran Kempen Melawat Malaysia 2026," katanya dalam kenyataan susulan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan dan Kebudayaan (JKPK) yang dipengerusikan Ahmad Zahid hari ini.

Beliau berkata MOTAC bersama Kementerian Pengangkutan (MOT) juga telah mengadakan perbincangan berkaitan isu pengoperasian bas persiaran termasuk langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kemalangan jalan raya melibatkan warga asing.

Perbincangan tersebut katanya turut merangkumi penyelarasan pelan komunikasi serta penetapan prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan situasi itu dapat ditangani dengan cekap dan berkesan.

"Kerajaan telah menetapkan bahawa MOT melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk mengawal selia pelesenan kenderaan pelancongan berdasarkan empat kriteria utama.

"Antaranya, kenderaan mestilah memiliki lesen Pengendalian Pelancongan dan Agensi Pengembaraan (TOBTAB) yang sah, dipasang dengan sistem kedudukan sejagat (GPS), mematuhi had usia kenderaan maksimum 15 tahun serta memastikan pengendali menghadiri latihan Kod Amalan Industri (ICOP) Keselamatan.

"Syarat-syarat ini bertujuan untuk memastikan pengendali beroperasi secara sah sekali gus menjamin keselamatan penumpang," katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata satu garis panduan baharu akan dibentangkan pada Mesyuarat Kabinet bagi menyediakan kerangka kerja komprehensif serta mengawal selia aktiviti Penginapan Sewaan Jangka Pendek (STRA).

"Garis panduan ini memastikan pematuhan kepada perundangan semasa, memudahkan proses pelesenan dan menangani isu gangguan komuniti seperti bunyi bising, kekurangan tempat letak kereta, pembuangan sampah serta penyalahgunaan fasiliti bersama," katanya.

Beliau berkata STRA yang menyediakan alternatif penginapan mampu milik, dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sektor pelancongan dengan unjuran ketibaan 35.6 juta pelancong menjelang 2026.

Pengoperasian STRA juga akan mewajibkan pemilik premis untuk mendaftar dan mendapatkan lesen operasi daripada pihak berkuasa tempatan (PBT), katanya.

"Pembangunan sebuah platform digital khusus untuk pengurusan STRA turut dicadangkan bagi memastikan daya saing Malaysia dalam sektor pelancongan terus dipertingkat selain menjaga kesejahteraan komuniti, memastikan keselamatan awam serta menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri berkata garis panduan perancangan Taman Kenderaan Rekreasi (RV Park) bertujuan untuk memperkukuh sektor pelancongan Malaysia secara strategik dan kawal selia yang bersepadu.

Menurutnya garis panduan itu menyediakan kerangka perancangan menyeluruh termasuk keperluan tapak, pengurusan operasi serta kelulusan pembangunan taman RV dengan lokasi berpotensi di Rompin dan Sepang sebagai projek perintis.

"Inisiatif ini turut memanfaatkan teknologi melalui platform MYCSRVP (Malaysia Campsite and Recreational Vehicle Park) yang berfungsi untuk meningkatkan ketelusan, memastikan pematuhan standard dan memudahkan pengurusan taman kenderaan rekreasi.

"Langkah ini secara langsung menyokong agenda pelancongan mampan dan memperkasakan ekonomi tempatan," katanya.

-- BERNAMA

174 individu ditahan disyaki terlibat aktiviti pelacuran di Johor



174 individu ditahan disyaki terlibat aktiviti pelacuran di Johor

Bernama

25/11/2024


Polis menahan 174 individu termasuk 162 warga asing dalam 16 serbuan menerusi Op Noda yang dijalankan di beberapa kawasan di negeri ini bermula 16 Nov lepas hingga hari ini. - Foto hiasan


JOHOR BAHRU: Polis menahan 174 individu termasuk 162 warga asing dalam 16 serbuan menerusi Op Noda yang dijalankan di beberapa kawasan di negeri ini bermula 16 Nov lepas hingga hari ini.

Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata operasi di sekitar bandar raya ini, Iskandar Puteri dan Batu Pahat itu menumpukan usaha membanteras aktiviti pelacuran di premis hiburan, rumah urut dan hotel.

"Warga tempatan yang ditahan melibatkan sembilan lelaki dan tiga wanita.

"Warga asing pula terdiri daripada 29 lelaki Vietnam, Myanmar, Filipina dan Pakistan serta 133 wanita Vietnam, Thailand, China, Laos dan Indonesia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemuanya berusia antara 18 hingga 54 tahun dan pihaknya turut menemukan 101 botol minuman keras dipercayai tidak dibayar cukai.

Pasukan serbuan katanya merampas pelbagai peralatan dipercayai digunakan dalam aktiviti pelacuran seperti kondom, cecair pelincir, tisu gulung, tuala dan wang tunai berjumlah RM14,174.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 372B dan Seksyen 373 Kanun Keseksaan, Seksyen 135 (d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 6(2) dan 11(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Johor (ENJ) 4/98.

"Mereka turut disiasat di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 55B, Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

-- BERNAMA

Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000



Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000

Bernama

25/11/2024


Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari menunjukkan barang rampasan dadah jenis MDMA pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul hari ini. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan dua lelaki dan merampas dadah pelbagai jenis bernilai hampir RM450,000, dalam serbuan di sebuah kondominium di Segambut, di sini pada 18 Nov.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.

"Hasil siasatan di sebuah unit di kondominium itu, polis menemukan 1,982 peket plastik mengandungi serbuk disyaki dadah jenis Methylenedioxymethamphetamine (MDMA), dengan anggaran berat 101,850 gram (g).

"Pasukan turut melakukan serbuan di dua lagi unit kediaman di kondominium itu dan merampas 196 peket plastik MDMA dengan anggaran berat 9,942g; 450 biji pil erimin 5 (124g); lima peket ekstasi (93.83g); lapan peket ketamin (242g), 45 biji pil yaba (4.51g), alat memproses dadah serta dua kunci kenderaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini hari ini.

Beliau berkata polis kemudian menemukan 11 peket plastik berisi serbuk disyaki dadah jenis MDMA seberat 542g di atas kerusi penumpang belakang sebuah kenderaan jenis Volkswagen Passat, yang diletakkan di parkir kondominium berkenaan.

Ahmad Sukarno berkata polis turut merampas empat kenderaan iaitu Toyota Alphard, Perodua Myvi, Honda Civic dan Suzuki Swift, yang dipercayai digunakan untuk menghantar dadah kepada pembeli dengan ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua lelaki berkenaan negatif dadah, selain tidak memiliki rekod jenayah lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Kedua-dua suspek direman bermula 19 Nov dan reman mereka yang berakhir hari ini telah disambung enam hari lagi dengan kedua-dua suspek adalah pengganggur," katanya dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti ahli-ahli sindiket yang masih bebas.


-- BERNAMA

Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta



Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta

Astro Awani

25/11/2024


Vida dilaporkan gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada sebuah syarikat kontraktor pembinaan Ah Desig sebanyak RM1,060,285 pada tahun 2018. - Gambar fail/Stadium ASTRO


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.

Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara itu dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu yang kini tular di media sosial.

"Saya ingin memaklumkan bahawa saya mengambil perkara ini dengan serius dan akan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu yang dibangkitkan.

"Saya telah melantik peguam untuk menasihati dan membantu saya dalam menyelesaikan perkara ini dengan cara yang terbaik dan mengikut lunas undang-undang.

"Saya amat menghargai sokongan semua pihak dan berharap agar diberi ruang untuk menangani perkara ini dengan tenang dan profesional," kata beliau menerusi kapsyen gambar yang dimuat naik di laman sosialnya.

Terdahulu, aset melibatkan barangan dan kereta mewah milik usahawan itu di kediamannya di Meru, Ipoh, Perak disita selepas perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ia dilaksanakan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Ipoh, Anis Hanini Abdullah selepas membenarkan permohonan Ah Design Communication Sdn Bhd selaku plaintif untuk tujuan berkenaan.

Pelaksanaan writ penyitaan dan penjualan dilakukan sekitar jam 9 pagi di banglo Vida di Meru, Ipoh, Perak pada Isnin.

Usahawan itu dilaporkan gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada sebuah syarikat kontraktor pembinaan Ah Desig sebanyak RM1,060,285 pada tahun 2018.

Perintah itu turut mengarahkan supaya barangan serta kereta tidak dibenarkan dibawa keluar dari rumahnya dalam tempoh dua minggu.




Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi



Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi

Astro Aani

25/11/2024


Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin berkuat kuasa serta-merta. - Foto fail/Astro AWANI


KUALA LUMPUR: Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi pergerakan itu yang bersidang pada Isnin.

"MKT sebulat suara untuk menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Ahli UMNO berkuat kuasa serta merta," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.

Tajuddin sebelum ini digantung keahlian selama enam tahun bermula September 2022 kerana kesalahan mengkritik parti antara lain berkait tempoh masa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Surat keputusan yang bertarikh 21 Jun 2022 juga tular di media sosial.

Berikutan penggantungan itu, bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dilaporkan mengemukakan rayuan sebanyak empat kali.

Sementara itu, Asyraf berkata, MKT turut melantik Pengerusi Veteran UMNO Malaysia, Datuk Othman Desa sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi Dilantik.

Dalam perkembangan berasingan, beliau turut memaklumkan UMNO akan memulakan Sekolah Politik yang akan dibuka kepada semua rakyat Malaysia bermula awal tahun depan.

"Sekolah Politik itu akan memfokuskan kepada ilmu asas kenegaran, perlembagaan, dinamika politik demokrasi, politik khidmat dan bakti kepada rakyat," katanya.

25 November 2024

Penumpang warga asing kecoh di KLIA, meninggal dunia

 







Pensyarah didakwa hina Nabi sudah direkod keterangan - KPN



Pensyarah didakwa hina Nabi sudah direkod keterangan - KPN

Astro Awani

25/11/2024


Razarudin memberitahu, dalam keterangannya itu, suspek yang ditemani peguam menjawab 23 soalan berhubung dakwaan itu. - Foto fail/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Seorang pensyarah yang didakwa menghina Nabi Muhammad S.A.W ketika berceramah di sebuah konvensyen baru-baru ini sudah direkodkan keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain memberitahu, dalam keterangannya itu, suspek yang ditemani peguam menjawab 23 soalan berhubung dakwaan itu.

Katanya, siasatan ke atas pensyarah itu dilakukan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni atas alasan agama di antara orang menganut agama sama.

Menurutnya, seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi lima tahun.

"Pensyarah itu turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998," katanya ketika dihubungi di sini, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata, setakat pukul 12 tengah hari Isnin, polis menerima sembilan laporan ke atas suspek.

Polis sebelum ini mengesahkan sudah membuka kertas siasatan pada Rabu lalu selepas menerima laporan berhubung sebuah hantaran di laman Facebook menyatakan seorang pensyarah dikatakan menghina Nabi Muhammad melalui satu ceramah di sebuah konvensyen yang dikendalikan oleh individu berkenaan.

Kes IPIC: Pihak pendakwaan tiada kawalan proses turun taraf dokumen sulit - TPR



Kes IPIC: Pihak pendakwaan tiada kawalan proses turun taraf dokumen sulit - TPR

Bernama

25/11/2024


Dokumen sulit berkenaan adalah bagi perbicaraan berhubung enam pertuduhan pecah amanah harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion terhadap Najib dan Mohd Irwan. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa pihak pendakwaan tidak mempunyai kawalan terhadap dokumen sulit yang akan dinyahklasifikasi sebelum digunakan dalam perbicaraan kes pecah amanah dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Dokumen sulit berkenaan adalah bagi perbicaraan berhubung enam pertuduhan pecah amanah harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion terhadap Najib dan Mohd Irwan, berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi berkata ia melibatkan dokumen mesyuarat Kabinet, Kementerian Kewangan, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (kini Agensi Pengangkutan Awam Darat) di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan.

"Bagi Kementerian Kewangan dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, dokumen masih dalam proses diturun taraf manakala bagi SPAD, memandangkan suruhanjaya itu telah dibubarkan kami dimaklumkan dokumen kini tiada lagi dalam simpanan mereka.

"Proses turun taraf dokumen berstatus rahsia dan sulit bukanlah di bawah kawalan pihak pendakwaan dan ia tertakluk kepada agensi terlibat yang memiliki dokumen berkenaan, sama ada dokumen boleh diturun taraf atau sebaliknya," kata Muhammad Saifuddin.

Terdahulu, peguam Datuk Seri K. Kumaraendran yang mewakili Mohd Irwan memohon anak guamnya diberikan perintah lepas tanpa bebas (DNAA), memandangkan kes sudah berjalan selama enam tahun sejak ia pertama kali disebut di mahkamah pada 2018, namun pihak pendakwaan masih gagal menyerahkan dokumen yang dimohon pembelaan.

"Yang Arif telah menetapkan tarikh untuk perbicaraan tetapi kita tidak dapat meneruskannya kerana kebanyakan dokumen penting tidak diberikan kepada kami dan kami tidak dapat untuk melaksanakan perbicaraan yang adil.

"Ini kali ketiga kami mohon untuk dilepas tanpa dibebaskan kerana mahkamah telah berikan masa lebih daripada mencukupi kepada pendakwaan dan melihat kepada keadaan semasa, saya berharap mahkamah untuk memberikan anak guam saya arahan DNAA," katanya.

Sebagai tambahan kepada penghujahan Kumaraendran, peguam Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah juga memohon DNAA untuk anak guamnya.

"Jumlah kes yang dihadapi anak guam saya boleh disamakan dengan carpet bombing dan ia telah menarik pembelaan dan Datuk Seri Najib ke satu tahap tertinggi.

"Beliau hadir di mahkamah setiap minggu. Kami sama-sama 'carpet-bombed', menyediakan kes dan ada kesukaran yang melampau untuk dikendalikan," katanya.

Penghujahan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin, bersambung pada 27 Nov.

Pada 24 Okt 2018, Najib, 71, dan Mohd Irwan, 67, mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan pecah amanah harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion, berkaitan bayaran kepada IPIC.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya antara 21 Dis 2016 dan 18 Dis 2017 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA

Govt does not use private company funds for official flights - PM



Govt does not use private company funds for official flights - PM

Bernama

25/11/2024


PM Datuk Seri Anwar Ibrahim says the expenses, amounting to RM1.6 million, were fully borne by the government.


KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim today reiterated that his delegation has not, in any way, used private company funds to cover the cost of flights for the recent official visit to four countries.

Instead, he said the expenses, amounting to RM1.6 million, were fully borne by the government.

Anwar explained that the remaining seats on the chartered Malaysia Airlines flight were offered to private companies that had legitimate business purposes in the countries involved, such as investment or joint ventures, and these companies paid their respective costs, totalling RM4.5 million.

"If we had used the Government's executive jet, the cost to the Government would have been RM2.5 million for the visit to the four countries. However, with this (flight) sharing approach, the cost to the Government was only RM1.6 million.

"I repeat, the Government did not use private company funds. There is no conflict of interest. Do not get caught up in slander in this age of madness," he said in his latest Facebook post.

Anwar said this in response to Sinar Harian's report quoting C4 Center chief executive officer Pushpan Murugiah as saying that Anwar's use of private company funds for overseas trips could lead to pressure from the companies involved in exchange for the favours.

Pushpan Murugiah reportedly said that while financial considerations may be the primary factor in the decision, the government should also take into account the potential for conflicts of interest between public and private sectors.

Meanwhile, Communications Minister Fahmi Fadzil had previously reported that the government managed to save nearly RM1 million on flight costs for the Prime Minister's recent official visits overseas.

Fahmi, who is also the Unity Government spokesperson, said the government only incurred RM1.662 million in cost for the chartered flight using Malaysia Airlines' Airbus A350, compared to the RM2.5 million cost of using the government's official aircraft.

-- BERNAMA

12 probe papers opened on GISB, 7 brought to court - Aminuddin



12 probe papers opened on GISB, 7 brought to court - Aminuddin

Bernama

25/11/2024


Selangor MB Datuk Seri Aminuddin Harun says, the authorities will continue to monitor and take action against any violations committed by GISB and its associated companies. - BERNAMA


SEREMBAN: Seven out of 12 investigation papers involving GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) in Negeri Sembilan have been brought to court, the State Legislative Assembly was told today.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun said that police are awaiting further instruction for five more investigation papers from the Attorney-General's Chambers, adding that the authorities will continue to monitor and take action against any violations committed by GISB and its associated companies.

According to him, the Negeri Sembilan Islamic Religious Affairs Department (JHEAINS) has closed down two madrasahs in Ulu Beting, Kuala Pilah, and Kampung Senama, Rembau, believed to be involved in deviant teachings under Section 25C of the Control of Islamic Religious Schools Enactment (Negeri Sembilan) 1996.

"The chairman, headmaster, and deputy headmaster of the madrasah were charged this month," he said.

He was responding to the question raised by Datuk Bakri Sawir (PH-Klawang), who wanted to know about the actions taken by the state government concerning GISB.

Aminuddin, who is the Negeri Sembilan Islamic Religious Affairs and Security Action Committee chairman, said the State Security Council has been coordinating voluntary aqidah (faith) rehabilitation programmes for GISB followers since Oct 15.

Aminuddin said the initiative is using modules provided by the Malaysian Islamic Development Department (Jakim), with JHEAINS as the registration secretariat.

He said that the Negeri Sembilan Mufti Department presented the GISB issue during the Fatwa Committee meeting on Sept 27 to 29, adding that the committee found that the teachings of GISB, were similar to those of al-Arqam, which was declared deviant in 2016.

Aminuddin added the committee also emphasised that enforcement action can be made against any attempts to revive the al-Arqam teachings or similar ideologies, even if they are using a different name.

-- BERNAMA

Johor negeri terbaharu fatwakan GISB sesat, menyeleweng



Johor negeri terbaharu fatwakan GISB sesat, menyeleweng

Bernama

25/11/2024


Keputusan dicapai setelah mendapati gerakan GISB sememangnya bercanggah dengan ajaran dan menyeleweng daripada akidah Islam. - Gambar fail/REUTERS


BATU PAHAT: Johor menjadi negeri terbaharu memfatwakan ajaran, pegangan dan fahaman GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) sebagai sesat selaras ketetapan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

Fatwa Pengharaman GISB: Johor telah memfatwakan ajaran GISB Holdings Sdn Bhd sebagai sesat, selaras dengan ketetapan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

Penguatkuasaan dan Pemantauan: Keputusan pengharaman ini sedang dalam proses pewartaan untuk membolehkan penguatkuasaan, dengan kerjasama MCMC dan Jakim untuk memantau penyebaran ajaran ini dalam talian.

Fatwa Ajaran Qadiani: Fatwa pengharaman ajaran Qadiani yang dikeluarkan pada 1960-an masih berkuat kuasa, dan kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang terlibat dengan fahaman ini.

Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad berkata keputusan ini dicapai setelah mendapati gerakan GISB sememangnya bercanggah dengan ajaran dan menyeleweng daripada akidah Islam.

Beliau berkata keputusan pengharaman itu sudah dipersembahkan kepada Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dan kini dalam peringkat pewartaan sekali gus membolehkan proses penguatkuasaan dapat dilakukan dalam masa terdekat.

"Masyarakat perlu diberi penerangan supaya tidak terlibat ajaran ini dan kita adakan kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memantau ajaran ini yang dikhuatiri disebarkan dalam talian," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Pendidikan Fatwa Negeri Johor di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini hari ini.

Sementara itu, Yahya memberikan peringatan fatwa pengharaman ajaran Qadiani yang dikeluarkan pada 1960-an masih berkuat kuasa, berikutan adanya cubaan menghidupkan semula ajaran itu baru-baru ini dan kerajaan negeri akan memastikan kedua-dua fahaman berkenaan dibendung daripada terus berkembang.

"Ajaran Qadiani yang diasaskan Mirza Ghulam Ahmad dari India adalah menyeleweng dan bercanggah dengan ajaran Islam...ditetapkan melalui fatwa terhadap ajaran ini, orang Islam dalam negeri Johor yang mempercayai atau mengikutinya boleh menyebabkan terkeluar daripada Islam.

"Selepas ini, mana-mana mereka yang terbabit dengan fahaman ini kita akan ambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang," katanya.


-- BERNAMA

Yoav Gallanat akan ke AS, bertemu kepimpinan tertinggi









Tumbuk bahu di DUN: Adun GRS maafkan Adun Warisan selepas lapor polis

 







Bank Dunia lantik Judith Green sebagai Pengurus Negara untuk Malaysia



Bank Dunia lantik Judith Green sebagai Pengurus Negara untuk Malaysia

Bernama

25/11/2024


Green sebelum ini merupakan Pengurus Negara untuk Kepulauan Pasifik, Papua New Guinea, Australia dan New Zealand di Perbadanan Kewangan Antarabangsa (IFC) yang merupakan ahli Kumpulan Bank Dunia.


KUALA LUMPUR: Kumpulan Bank Dunia melantik Judith Green sebagai Pengurus Negara yang baharu untuk Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank itu berkata jawatan yang baru diwujudkan untuk Green akan berpangkalan di hab pertumbuhan inklusif dan kewangan mampan Kumpulan Bank Dunia di Kuala Lumpur, yang keutamaannya menyokong pembangunan negara melalui pengetahuan, pelaburan dan bantuan nasihat.

Hab itu juga memanfaatkan pengalaman pembangunan dan inovasi dasar Malaysia untuk memudahkan pertukaran pengetahuan antara Malaysia dan negara berpendapatan rendah dan sederhana yang bercita-cita untuk mencontohi kejayaan pembangunan Malaysia.

Green sebelum ini merupakan Pengurus Negara untuk Kepulauan Pasifik, Papua New Guinea, Australia dan New Zealand di Perbadanan Kewangan Antarabangsa (IFC) yang merupakan ahli Kumpulan Bank Dunia yang berdedikasi untuk pembangunan sektor swasta dalam pasaran baru muncul.

Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari University of the West Indies dan merupakan felow Persatuan Akauntan Bertauliah (United Kingdom) dan Institut Akauntan Bertauliah Jamaica.

Sementara itu, Green berkata Malaysia telah berjaya mempelbagaikan ekonominya daripada bergantung kepada pertanian dan komoditi kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan nilai tambah, yang memacu pertumbuhan ekonomi.

"Memperluaskan penglibatan kami dengan kedua-dua sektor awam dan swasta di bawah pendekatan kepimpinan baharu ini akan membolehkan kami menyokong Malaysia dalam cita-cita pembangunannya dengan lebih baik," tambahnya.


-- BERNAMA

Amaran ribut petir di 9 negeri, Putrajaya dan Labuan



Amaran ribut petir di 9 negeri, Putrajaya dan Labuan

Astro Awani

25/11/2024


MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri serta dua Wilayah Persekutuan. - Gambar fail/ BERNAMA


KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri serta Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan hingga 6 petang ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di portal MetMalaysia, negeri yang terlibat adalah Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Sementara itu, di Kedah, amaran membabitkan daerah Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu; Perak (Kerian, Larut, Matang, Selama dan Kuala Kangsar); Selangor (Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang).

Sarawak (Sibu, Bintulu, Miri dan Limbang) dan Sabah (Pedalaman Barat, Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud dan Tawau).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila berlaku tanda-tanda yang menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang dijangka berlaku melebihi sejam.

Lelaki Dera Kucing Ditahan









Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED