Translate

01 September 2024

Kes pemerdagangan orang: Polis buka kertas siasatan terhadap bekas timbalan menteri



Kes pemerdagangan orang: Polis buka kertas siasatan terhadap bekas timbalan menteri

Bernama

31/08/2024




Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang mengesahkan perkara itu, bagaimanapun enggan mengulas lanjut bagi mengelakkan sebarang spekulasi. - Gambar fail

KUALA NERUS: Polis Diraja Malaysia telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan penglibatan seorang bekas Timbalan Menteri dalam sindiket pemerdagangan orang di Myanmar.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang mengesahkan perkara itu, bagaimanapun enggan mengulas lanjut bagi mengelakkan sebarang spekulasi.

"Polis sudah membuka kertas siasatan dan saya letak sepenuh kepercayaan terhadap profesionalisme polis apabila mereka sudah buka fail tentang perkara itu," katanya kepada pemberita selepas Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri di Balai Raya Pulau Redang di sini hari ini.




Media sebelum ini melaporkan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia telah menyerahkan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada Rabu lepas untuk menyiasat seorang ahli politik bersama suaminya yang didakwa terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Saifuddin Nasution turut memaklumkan hasil Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan di Laos yang dihadirinya baru-baru ini.

"Apa yang diperakukan oleh semua negara ialah trend pemerdagangan orang yang semakin meningkat," katanya.

Beliau berkata hampir semua negara ASEAN memiliki undang-undang bagi mengekang jenayah itu termasuk Malaysia iaitu Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

-- BERNAMA



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Langgar syarat permohonan maaf, KPN fail prosiding' 6 mins ago
A visitor from Malacca viewed 'Batik Air batal penerbangan ke India, Pakistan sus' 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 21 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Batik Air batal penerbangan ke India, Pakistan sus' 21 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'BEST FBKL' 24 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 24 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemecatan CFO Maybank Khalijah Ismail dikaitkan de' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Rafizi jelaskan sebab ambil cuti panjang | BEST FB' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'KTMB sedia tren khas ke Pantai Timur sempena Aidil' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pemandu mengaku tidak bersalah sebabkan kematian m' 1 hr 39 mins ago