Translate

01 July 2024

TM meterai perjanjian Next Generation Emergency Services 999 bernilaI RM1.25 bilion



TM meterai perjanjian Next Generation Emergency Services 999 bernilaI RM1.25 bilion

Bernama

01/07/2024
Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching (enam, kiri) bergambar kenangan selepas majlis memeterai perjanjian untuk membangunkan dan mengendalikan sistem panggilan kecemasan baharu negara, Next Generation Emergency Services 999. - Foto BERNAMA

Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching (enam, kiri) bergambar kenangan selepas majlis memeterai perjanjian untuk membangunkan dan mengendalikan sistem panggilan kecemasan baharu negara, Next Generation Emergency Services 999. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Telekom Malaysia Bhd, TM Technology Services Sdn Bhd (TM Tech) menandatangani perjanjian dengan kerajaan yang diwakili Kementerian Komunikasi untuk melaksanakan perkhidmatan talian kecemasan Next Generation Emergency Services 999 (NG999) bernilai RM1.25 bilion, pada Isnin.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, TM menjelaskan perjanjian NG999 itu adalah kesinambungan daripada Malaysian Emergency Response Services 999 (MERS 999) sedia ada, dengan semua nombor talian kecemasan disepadukan dengan satu nombor, 999.

Menurutnya NG999 akan menjadi platform digital strategik untuk orang ramai mengakses perkhidmatan talian kecemasan yang ditawarkan oleh lima agensi kecemasan utama di seluruh negara.







Agensi itu ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) and Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

"Platform ini juga menyepadukan pusat respons yang dikendalikan oleh TM Tech dengan pusat kawalan dan operasi agensi kecemasan," tambahnya.

NG999 bermula tahun ini dengan tarikh kuat kuasa akan ditentukan oleh kerajaan, selama 12 tahun sehingga 2036.

Perkhidmatan yang akan disediakan mengikut perjanjian NG999 itu terdiri daripada perkhidmatan pengurusan panggilan, perkhidmatan infrastruktur dan platform, perkhidmatan kesambungan, perkhidmatan sokongan NG999, penambahbaikan berterusan NG999 dan perkhidmatan tambahan NG999 lain atas permintaan kerajaan.

"Perjanjian NG999 dijangka tidak menjejaskan pendapatan disatukan dan aset bersih TM Group bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024.

"Tanpa mengambil kira sebarang keadaan luar jangka, perjanjian itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih masa depan TM Group sepanjang tempoh kontrak," jelasnya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED