Syed Saddiq 'DNF', mohon maaf tidak tamat triathlon
10/07/2024
AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui beliau tidak menghabiskan larian dalam perlumbaan 113 Triathlon Desaru Malaysia 2024 di Desaru, Bandar Penawar, Johor, Sabtu lepas.
Syed Saddiq sebelum ini mendakwa beliau berjaya menduduki tempat ketiga dalam acara tersebut.
Keputusannya sebelum ini dipertikai oleh orang ramai, khasnya komuniti sukan yang sering mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.
Bagaimanapun dalam satu video di Instagram rasminya pada Rabu, Syed Saddiq tampil memohon maaf dan mendakwa dakwaan awalnya itu akibat kekeliruan mengenai bacaan data.
"Saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya," katanya dalam video
A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)berkenaan.
"Pada sesi kayuhan, saya curiga ada sesuatu yang tidak kena kerana saya kembali lebih awal daripada yang dijangka. Saya kemudian segera memaklumkan perkara itu kepada pasukan teknikal, dan saya diberitahu pada masa itu bahawa tiada masalah dan saya teruskan seperti biasa," katanya.
Syed Saddiq, 31, menambah, pasukan teknikal tersebut mempunyai dua pegawai yang dapat menyokong dakwaannya.
"Sekarang, terbitan data terbaru menunjukkan saya telah melakukan tiga pusingan dan melalui semua checkpoint, tetapi satu pusingan pada mulanya adalah untuk pusingan Olimpik, bukan pusingan 113 Triathlon," katanya.
Menurut Syed Saddiq, kekhilafan ini hanya memberi kesan kepada pusingan pertama, dengan waktu pusingan kedua dan ketiganya tidak berubah.
"Ini menjelaskan mengapa ia (larian) bukan dua perjalanan 60 kilometer, tetapi tiga perjalanan pada 72 kilometer.
"Ini adalah kesalahan jujur. Meskipun memeriksa dua kali masalah semasa perjalanan
dan memaklumkan pasukan teknikal, saya peserta seharusnya lebih bertanggungjawab.
"Saya minta maaf kepada komuniti triathlon," katanya.
Dengan pengakuan ini, status beliau di laman web penganjur perlumbaan sebagai DNF atau "Did Not Finish".
Perlumbaan 113 Triathlon Desaru Malaysia 2024 melibatkan acara renang sejauh 2 kilometer, berbasikal tiga pusingan sejauh kilometer 90 kilometer, dan larian 21 kilometer.