Translate

11 July 2024

Polis tahan lelaki jadi 'keldai akaun' sindiket penipuan

 Polis tahan lelaki jadi 'keldai akaun' sindiket penipuan

Bernama

11/07/2024 Polis tahan lelaki jadi 'keldai akaun' sindiket penipuan

Kamarul Rizal berkata lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan menipu. - Gambar hiasan/Unsplash

Polis tahan lelaki jadi 'keldai akaun' sindiket penipuan

Kamarul Rizal berkata lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan menipu. - Gambar hiasan/Unsplash

BALIK PULAU: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki menjadi "keldai akaun" kepada satu sindiket penipuan berkaitan pelaburan tidak wujud secara dalam talian, melibatkan kerugian hingga RM32,300 kepada mangsa baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata lelaki berusia 27 tahun itu ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Barat Daya di sini semalam.

"Siasatan mendapati mangsa telah membuat transaksi secara dalam talian ke akaun bank dengan jumlah keseluruhan RM32,300, namun dia membuat laporan polis selepas menyedari ditipu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.



Beliau berkata lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan menipu.

Sementara itu Kamarul Rizal berkata Selasa lepas polis menahan empat lelaki berusia 25 hingga 33 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes samun tanpa senjata api di Bayan Baru, di sini minggu lepas.

Beliau berkata empat lelaki itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di sekitar sini hasil risikan serta maklumat awam, dan keempat-empat suspek kini direman bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED