Translate

03 July 2024

Pelawak, isteri direman 2 hari berkait kes sebar maklumat dalaman polis Shah Alam

  





Seorang pelawak dan isterinya direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penyebaran maklumat dalaman di aplikasi Telegram berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.




Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pasangan berkenaan yang masing-masing berusia 38 dan 37 tahun itu, ditahan di Balai Polis Seksyen 9, di sini, kira-kira 7 malam semalam.



"Kedua-duanya dibawa ke Mahkamah Shah Alam hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman dan telefon bimbit pasangan terbabit turut dirampas bagi membantu siasatan," katanya.


Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.


Sebelum ini, tular di aplikasi itu mengenai penulisan dan gambar berkaitan hal ehwal dalaman IPD berkenaan. - BERNAMA



Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, telah mengesahkan penahanan dua individu tersebut. Kes ini mula mendapat perhatian selepas tular di aplikasi Telegram berkaitan gambar program lawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Sahabudin Abd Manan di IPD Shah Alam.


Berita penahanan ini telah mencetuskan spekulasi di kalangan netizen yang cuba meneka identiti pelawak tersebut.


Beberapa pengguna media sosial menduga bahawa pelawak yang ditahan mungkin adalah bekas anggota kumpulan Sepah, Mamat atau Mohd. Nor Murad, yang berusia 38 tahun dan mempunyai isteri yang bertugas sebagai seorang polis.



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED