Translate

09 July 2024

Konsert AR Rahman diharap buka ruang kolaborasi dengan artis tempatan

 Konsert AR Rahman diharap buka ruang kolaborasi dengan artis tempatan

Bernama

09/07/2024 Konsert AR Rahman diharap buka ruang kolaborasi dengan artis tempatan

Perdana Menteri turut tertarik dengan nilai-nilai kemanusiaan, kesenian dan keamanan yang dibawa oleh AR Rahman menerusi muzik.

KUALA LUMPUR: Konsert komposer dari India, AR Rahman pada 27 Julai ini diharap dapat membuka peluang kepada artis tempatan untuk berkolaborasi dengan pemuzik legenda itu.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan berkata, harapan itu dizahirkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan dengan penggubah lagu itu di Bangunan Parlimen hari ini yang turut disertai beliau.

"Sepanjang 40 minit perjumpaan, AR Rahman menceritakan pelbagai pengalamannya di industri muzik termasuk berkongsi mengenai beberapa klip video muzik yang diterbitkannya.



"Beliau turut berkongsi mengenai nilai-nilai kemanusiaan dan juga pengaruh kecerdasan buatan (AI) di industri muzik yang semakin menyerlah," katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Beliau berkata Perdana Menteri turut tertarik dengan nilai-nilai kemanusiaan, kesenian dan keamanan yang dibawa oleh AR Rahman menerusi muzik.

Ramanan berkata AR Rahman yang juga pemenang Anugerah Oscar turut menjemput Perdana Menteri untuk menghadiri konsertnya di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Turut hadir pada pertemuan tersebut ialah Pengarah Star Planet Datuk R Rajendran dan Pengarah Urusan Star Planet Datuk Alan Foo.

Dipersembahkan bersama oleh Thamarai Jewels dan SRM International Real Estate LLC serta dianjurkan oleh Star Planet, konsert AR Rahman Live in Kuala Lumpur 2024 akan menampilkan lagu-lagu hit beliau.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Pegawai SPRM Ugut Polis Didenda RM10,000 (1 ' 47 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Rapid KL On-Demand diperluas ke enam zon baharu be' 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nahas Trak FRU Senarai Nama Mangsa Yang Maut Dan C' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Kampung pasir gudang baru viewed '8 anggota FRU maut kemalangan di Teluk Intan | BES' 4 hrs 9 mins ago
A visitor from Hyderabad viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 5 hrs 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 7 hrs 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Berlakon diculik, pelajar universiti, rakan didakw' 7 hrs 46 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Lebih 200 individu terperdaya skim pelaburan IRPS,' 8 hrs 32 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 8 hrs 39 mins ago
A visitor from Shepperton viewed 'KEJADIAN DI KEDAI AISKRIM MASJID PUTRA, PUTRAJAYA,' 9 hrs 17 mins ago