Translate

06 May 2024

Penyanyi veteran Hail Amir meninggal dunia




Penyanyi veteran, Datuk Hail Amir, 76 dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur di ibu negara pada jam 3.40 petang, Isnin selepas mengalami komplikasi paru-paru.

Hail atau nama sebenar, Abdul Hail Amir pernah dimasukkan ke hospital pada 2018 selepas mengadu sakit dada dan dimasukkan dalam wad akibat masalah jantung.

Astro AWANI difahamkan jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Ukay Perdana, Ampang untuk disembahyangkan.





Sepanjang pembabitannya dalam dunia seni, Hail, sinonim sebagai pasangan duet kepada penyanyi bersuara lunak, Uji Rashid.

Lagu popular mereka seperti Menunggu Nasi Minyak, Antara Matamu dan Mataku termasuk lagu raya, Seloka Hari Raya menjadi siulan ramai hingga hari ini.

Selain menyanyi, bapa kepada empat cahaya mata ini terkenal di layar perak.

Antara filem popular lakonannya adalah Menanti Hari Esok, Sesejuk Air Mata Ibu dan Anita Dunia Ajaib.

Allahyarham dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) membawa gelaran Datuk oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2022 di Istana Negara di ibu negara pada 2022.


 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED