Translate

12 May 2024

Pemimpin UMNO perlu teroka pendekatan baharu - Ahmad Zahid



Pemimpin UMNO perlu teroka pendekatan baharu - Ahmad Zahid

Bernama

12/05/2024
Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan ketika hadir pada Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-78 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu. - Gambar Bernama

Pemimpin UMNO perlu teroka pendekatan baharu - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan ketika hadir pada Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-78 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu. - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Pemimpin UMNO perlu mencipta sentimen, naratif dan aura positif untuk mendekati hati rakyat serta meraih sokongan mereka.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemimpin UMNO juga perlu menjadi peneraju dalam pemikiran rakyat bagi mengekang fitnah yang dilemparkan oleh pihak tertentu terhadap parti keramat itu dengan menguasai penggunaan media sosial.

Beliau berkata, pendekatan itu adalah acuan penting yang perlu dilaksana bagi memastikan kelangsungan parti sekali gus kekal menjadi pilihan rakyat.







"Di era ini, persepsi lebih dipercayai daripada realiti, UMNO mesti sesuaikan diri dalam persekitaran politik. Kita mesti kekang fitnah yang cukup dahsyat di media sosial dan kita perlu ubah mod daripada defensif kepada ofensif.

"Kita harus cipta sentimen, naratif dan aura positif untuk kita dekati hati rakyat. Saya mahu lebih ramai pemimpin UMNO bermula dari peringkat Majlis Tertinggi sehingga bahagian dan cawangan, mula meneroka pendekatan baharu dan tidak lagi berada di tampuk lama," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Ulang Tahun ke-78 UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, di sini, malam tadi.

Justeru, beliau menyeru pemimpin UMNO agar memanfaatkan penggunaan pelbagai platform media sosial seperti TikTok dan Instagram dalam usaha mendekatkan lagi parti itu dengan akar umbi khususnya pengundi 18.

Ahmad Zahid juga berkata, UMNO akan terus berikhtiar dengan pelbagai usaha agar parti itu terus menjadi pilihan rakyat dan tidak sesekali 'tenggelam' dalam lipatan sejarah.

"Yang penting jangan ada khianat bila diuji oleh lawan, jangan ada rambang mata kerana ditawar jawatan, jangan lari daripada perjuangan. UMNO tetap menjadi wadah perjuangan kita pada hari ini. Kita mesti mempunyai jati diri perjuangan.

"Meninggalkan saf UMNO bila diuji, itu bukan sifat anak jantan dan saya harap (dengan sambutan) 78 tahun ini, kita akan bina semula kegemilangan bersama dengan rakan-rakan dalam UMNO," katanya.

Sambutan itu, yang berlangsung malam ini, diadakan secara sederhana dengan pengisian program keagamaan iaitu solat Maghrib berjemaah, bacaan yasin dan doa selamat. - Bernama

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED