Translate

13 May 2024

Kereta Ketua Menteri Melaka nyaris dihempap pokok tumbang di KL



Kereta Ketua Menteri Melaka nyaris dihempap pokok tumbang di KL

Bernama


Ab Rauf (kanan) melihat bahagian belakang kereta peronda polis jenis Proton X70 yang mengiringinya yang rosak terkena pokok tumbang. - Gambar/ Pejabat Ketua Menteri Melaka/ Bernama13/05/2024 19:59 MYT


Kereta Ketua Menteri Melaka nyaris dihempap pokok tumbang di KL

Ab Rauf (kanan) melihat bahagian belakang kereta peronda polis jenis Proton X70 yang mengiringinya yang rosak terkena pokok tumbang. - Gambar/ Pejabat Ketua Menteri Melaka/ Bernama

KUALA LUMPUR: Sebatang pokok yang tumbang di Jalan Pinang berhadapan Kuwait Bank di sini hampir mengenai kenderaan yang membawa Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh hari ini.

Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Melaka Ezlyn Fardiha Zainal berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 3.30 petang semasa rombongan Ab Rauf sedang dalam perjalanan dari Melaka untuk menghadiri mesyuarat di ibu kota.

"Ketika melalui jalan berkenaan sebatang pokok telah tumbang betul-betul di hadapan kereta yang membawa beliau (Ab Rauf) dan menghempap bahagian belakang kereta peronda polis jenis Proton X70 yang mengiringinya," katanya ketika dihubungi Bernama.







Sementara itu tular video berdurasi 10 saat klip video paparan kejadian berkenaan di media sosial, yang menunjukkan sebuah kenderaan mewah jenis Vellfire berwarna merah rosak ditimpa pokok.

Difahamkan pihak berkuasa bertindak menutup jalan itu bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan.

-- BERNAMA
@kosmoonline Pokok tumbang di Jalan Pinang hampir hempap kereta Ketua Menteri Melaka #jalanpinang #pokoktumbang ♬ original sound - Kosmo!

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED