Translate

12 March 2024

Polis tidak dapatkan maklumat dakwaan bos 'raja dadah India’ warga Malaysia – IGP

Ketua Polis Negara Razarudin Husain menegaskan tiada sebarang maklumat diterima PDRM berhubung dakwaan mengenai bos ‘raja dadah India’ adalah rakyat Malaysia.

Razarudin berkata, hasil semakan pangkalan data Narkotik Bukit Aman juga mendapati penama yang ditahan oleh Lembaga Kawalan Narkotik (NCB) India pada Sabtu lalu tidak berada dalam mana-mana maklumat pengedaran dadah di dalam negara ini.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Razarudin memberitahu polis sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa India mengenai dakwaan tersebut.




Media India mendakwa bos kepada ‘raja dadah India’ merupakan seorang pengedar filem warga Malaysia yang mempunyai hubungan rapat dengan selebriti industri filem Tamil dan sedang berada di negara ini. 

Ia selepas penerbit filem Tamil, Jaffer Sadiq, yang didakwa mempunyai kaitan dengan penyeludupan dadah antarabangsa bernilai RM1.13 bilion ringgit ditahan oleh Lembaga Kawalan Narkotik (NCB) India pada Sabtu. 

Dakwaan itu dibuat oleh A Shankar, yang merupakan wartawan kanan dan pemilik media Savukku dalam satu wawancara di Youtube.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED