Translate

19 March 2024

Peniaga guna kekerasan terhadap penguat kuasa MBAS dipenjara 15 hari, denda RM3,500





Mohd Amirul Azmir (kiri) dijatuhi hukuman penjara 15 hari serta denda RM3,500 selepas mengaku bersalah menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan pembantu penguat kuasa MBAS, Khamis lalu. -Bernama

ALOR SETAR: Seorang peniaga dijatuhi hukuman penjara 15 hari serta denda RM3,500 di Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan pembantu penguat kuasa Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Khamis lepas.

Majistret Muhammad Zul Hilmi Latif menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Amirul Azmir Md Akhir, 33, bermula dari tarikh sabitan dan jika tertuduh gagal membayar denda, dia boleh dipenjara lapan bulan.

Dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam iaitu pembantu penguat kuasa MBAS daripada menjalankan kewajipannya, menyebabkan pergelutan berlaku dengan menendang dan mencampakkan bangku kecil kepada penguat kuasa.







Mohd Amirul Azmir didakwa melakukan kesalahan itu pada 11.38 malam di kawasan Dataran Alor Setar Lebuhraya Darulaman di sini pada 14 Mac lepas.

Sehubungan itu dia didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nasruna Anhar Nordien, manakala tertuduh diwakili peguam Zuriyah Mhd Nordin.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Manassas viewed 'Mahkamah kembalikan hukuman penjara enam b' 2 mins ago
A visitor from New york viewed 'Mahkamah kembalikan hukuman penjara enam b' 3 mins ago
A visitor from Ashburn viewed '24 Maut, Kumpulan Bersenjata Serang Pelancong | BE' 4 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Mahkamah kembalikan hukuman penjara enam b' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'TH receives 85,000 appeals, more than three times ' 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lapan individu termasuk Bella mengaku salah ugut b' 23 mins ago
A visitor from Kerala viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'These are the last images of Pope Francis’ open ca' 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'LTSAS kini mampu tampung 700,000 penum' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Snipers, drones & NATO jets deployed for Pope’s fu' 1 hr 21 mins ago