Translate
02 March 2024
MDDM cadang pindaan Akta Anugerah, perkasa penguatkuasaan salah guna gelaran
MDDM cadang pindaan Akta Anugerah, perkasa penguatkuasaan salah guna gelaran
Bernama
Mac 2, 2024
Awalan memberi penerangan pada sesi lawatan Majlis Datuk Dato' Malaysia ke Wisma Bernama, di Kuala Lumpur, 1 Mac 2024. --fotoBERNAMA
MDDM cadang pindaan Akta Anugerah, perkasa penguatkuasaan salah guna gelaran
Awalan memberi penerangan pada sesi lawatan Majlis Datuk Dato' Malaysia ke Wisma Bernama, di Kuala Lumpur, 1 Mac 2024. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Majlis Datuk Dato Malaysia (MDDM) telah mengemukakan cadangan pindaan untuk beberapa klausa dalam Akta Anugerah 2017 (Akta 787) kepada Peguam Negara (AG) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).
Presiden MDDM Datuk Awalan Abdul Aziz berkata hal itu bertujuan untuk mengukuhkan lagi keberkesanan penguatkuasaan akta berkenaan dalam membendung aktiviti penyalahgunaan anugerah dan darjah kebesaran.
Beliau berkata antara cadangan pindaan yang dikemukakan pihaknya bulan lepas termasuk dari segi kuasa polis untuk menahan dan membuka kertas siasatan terhadap individu yang menyalahgunakan anugerah dan darjah kebesaran diperbaiki, sebelum dibawa ke pihak AG untuk dituduh.
"Sekarang ini tidak jelas dalam akta itu bahawa polis boleh membuat penangkapan sekiranya berlaku kesalahan di bawah akta itu.
"Selain itu, aspek kedua yang ingin dilihat ialah berhubung penerimapakaian akta ini di peringkat negeri kerana tidak semua negeri mempunyai enakmen yang berkaitan dengan akta ini.
"Jadi dari segi penguatkuasaannya, kita mohon supaya beberapa klausa dalam akta itu dapat dipinda sedikit, untuk membolehkan penguatkuasaannya dapat dilaksanakan di peringkat negeri juga, untuk anugerah-anugerah yang dikurniakan di negeri-negeri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) semalam.
Awalan berkata penyalahgunaan anugerah dan darjah kebesaran ialah isu serius kerana terlalu banyak laporan diterima daripada orang awam berhubung penipuan membabitkan individu yang menggunakan gelaran palsu.
Katanya, berdasarkan rekod MDDM, terdapat hampir 200 individu dikenal pasti terlibat dalam penipuan gelaran palsu, sekali gus menunjukkan kepentingan akta tersebut dipinda bagi menjaga nama baik pemegang-pemegang anugerah yang tulen, serta institusi yang mengurniakan gelaran berkenaan.
Pada masa sama, beliau berharap lawatannya ke Bernama dapat membantu MDDM dalam meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penggunaan anugerah dan darjah kebesaran yang sah.
"Persepsi ramai orang adalah kalau seseorang itu mempunyai gelaran Datuk, Datuk Seri, dia ialah orang mempunyai kredibiliti, padahal tidak semua mereka memiliki gelaran yang sah.
"Ini yang kita nak orang ramai tahu dan kalau boleh, mana-mana agensi termasuk Bernama juga hendaklah menyemak dan memastikan kesahihan sesuatu gelaran terlebih dahulu, sebelum menulisnya dalam berita," katanya.
Terdahulu, Awalan bersama timbalannya Datuk Mohammad Ashfar Mohamad Ali, Setiausaha Agung Datuk Samson David Maman dan ahli-ahli MDDM lain dibawa melawat Bernama Radio, Bernama TV dan Meja Digital Media untuk melihat secara lebih dekat pengoperasian bahagian di agensi itu.
Beliau juga diberikan taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin mengenai sejarah penubuhan dan peranan Bernama sebagai agensi berita selain berbincang dengan Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai dan pengurusan tertinggi mengenai bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan antara kedua-dua pihak.
Turut hadir Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
Woman hit by car at pedestrian crossing while chasing young boy dashing across road image: http://www.thestar.com.my/~/medi...
-
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku Astro Awani 26/11/2024 Deanesh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ya...
-
DHL cargo plane crashes in residential area 25/11/2024 Initial reports indicated that there were four people on board the ill-fated plane ...
-
Transport Ministry to study proposal for senior citizen licence renewal assessments - Loke Bernama 25/11/2024 According to Transport Minist...
-
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi Astro Aani 25/11/2024 Majlis Kerja Tertinggi UMNO se...
Popular Posts - Last 30 days
-
CNN CBS AP BBC US PRESIDENTIAL ELECTIONS LIVE RESULTS: https://edition.cnn.com/election/2024/results/president?elec...
-
Woman hit by car at pedestrian crossing while chasing young boy dashing across road image: http://www.thestar.com.my/~/medi...
-
Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM Bernama 04/11/2024 Hari ini, BNM akan menawarkan dua tender repo berbalik m...
-
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku Astro Awani 26/11/2024 Deanesh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ya...
-
Ringgit advances as domestic optimism offsets US rate concerns Bernama 18/11/2024 Bank Muamalat Malaysia Bhd chief economist Dr Mohd Afzani...
-
Sugar overload: A growing threat to kidney function Bernama 16/11/2024 Approximately 3.8 mln Malaysians suffer from chronic kidney disease, ...
-
Lyia Meta, the first Malaysian singer nominated in the Grammy Awards Astro Awani 11/11/2024 Lyia Meta continues to strengthen her position...
Blog Archive
-
▼
2024
(4552)
-
▼
Mar 2024
(342)
- Mohd Na'im dibenar pulang, jalani rawatan di rumah
- Israeli came here to assassinate rival gang leader...
- Lima Penjenayah Ditembak Mati, Ada 16 Rekod Lampau
- Stunning late drama - Brentford 1 - 1 Manchester U...
- PENIAGA MENANGIS KHEMAH DIARAH TUTUP SELEPAS DIVA ...
- KK Mart Diserang: Sultan Pahang Mahu Tindakan Tega...
- Apa SILAP terbesar Kim Pan-Gon menentang Oman? | B...
- YDP Agong will respond to every Hari Raya Aidilfit...
- Pasangan suami isteri yang dipercayai bersekongkol...
- KK Mart outlet in Kuantan targeted by petrol bomb ...
- Police have arrested a local husband and wife on s...
- Empat lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduha...
- Monopoli Puspakom bakal berakhir
- Majlis PerjumpaanTYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak...
- Polis tembak mati 5 penyamun di Putra Heights
- Rusdi dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu
- Guru wanita cabul pelajar direhatkan - Fadhlina
- Former Bank Negara Manager Wins Lawsuit for Wrongf...
- Israeli man arrested in Kuala Lumpur with six guns...
- 'Fast track' Mahkamah Syariah selesai kes cerai da...
- PM ucap selamat raikan Good Friday, Easter Sunday ...
- Xiaomi SU7 Max: First look at Xiaomi's answer to t...
- Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah ...
- The federal government has taken over the Penang L...
- Senior cop allegedly accepting bribes to protect i...
- Karyawan - FMT Menganjurkan Majlis Iftar Bersama P...
- Johor Police nab biker performing stunts on NSE
- Polis menahan seorang lelaki yang disyaki membakar...
- Tokoh Wartawan Negara 2014, Datuk Ahmad Rejal Arbe...
- The government has approved a two-day toll-free pe...
- Baki stok simpanan air di empat empangan pada para...
- The death toll in the Russian concert hall attack ...
- Report unreasonable increase in food prices sold a...
- YDP Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berbu...
- Nuzul al-Quran: PM Anwar ajak umat Islam tekuni ku...
- PLUS will activate Smartlane routes at 18 critical...
- Indonesia's losing presidential candidates call fo...
- Tahukah anda, Apa itu SmartLane atau Laluan Pintar?
- Vigneswaran retains MIC president’s post for third...
- My duty and role as director exist only in name - ...
- Sri Aman diisytiharkan kawasan jangkitan rabies
- YDP Agong is still following the custom of sending...
- Kedudukan Hans Isaac ditentukan Lembaga Pengarah PSM
- Kemelut Tanah Aina: ‘Saya dilayan seperti musuh Ke...
- Bekas Pegawai Bank Dituduh Tipu Jongkong Emas Pela...
- Socks issue: Police calls for ALL parties to stand...
- Notis merah gagal, polis sekat passport Ganesparan...
- Police open investigation papers against Ganespara...
- YANG DI-PERTUAN AGONG BERANGKAT LAWATAN RASMI KE K...
- Sepasang kekasih dalang kegiatan penstriman haram ...
- YDP Agong titah hentikan kontroversi stoking kalim...
- Kedudukan Hans Isaac ditentukan lembaga pengarah P...
- Nurjiwa & PRIHATIN Present Donations To Orphans, S...
- Malaysia Go Down To Oman 0-2, Pan Gon Insists Defe...
- The suspect who threw a bomb towards KK Mart in Bi...
- KK Mart Boycott: 'Akmal, you've made your point, n...
- Allow justice to take its course, say lawyers repr...
- Akmal Salleh Mendakwa Terima Ugutan Bunuh
- Baltimore Bridge Collapse - container ship that sm...
- Dua Lelaki Warga Asing Cuba Culik Kanak-Kanak Pere...
- Tiga pengarah syarikat pembekal KK Supermart didak...
- Baltimore Key Bridge collapses after beng hit by s...
- Tukar Laluan Secara Tiba-Tiba Punca Kemalangan Bab...
- Tetamu Keluar Sekejap Khairy - Saifuddin Nasution ...
- Trailer collides with 10 vehicles and causes traff...
- Dua Syarikat Termasuk KK Mart Didakwa Pagi Ini
- ABK23: Arif Aiman cipta hatrik gelaran MVP
- UN Security Council demands immediate ceasefire in...
- Singapore ex-Transport Minister faces 8 new charge...
- Lebih 40 PATI Diberkas Dalam Op Kutip Di Pusat Mem...
- Polis Siasat Guru Perempuan Cium Pelajar Lelaki
- Former SRC director refutes claims by Najib for 1M...
- Allah' socks issue: Govt not interfering in police...
- Pegawai kanan polis disyaki terima rasuah lindungi...
- Malaysia-Oman: Kim Pan Gon today demanded the prom...
- Agong hargai pengorbanan warga PDRM, zahir ucapan ...
- PADU: Lebih 7.36 juta telah kemas kini maklumat
- Pegawai Kanan Polis IPK KL Berpangkat DSP Direman ...
- ANGGOTA POLIS MAUT DIPUKUL | 5 Ditahan, Beberapa I...
- Malaysia Aviation Group in the black with RM766m n...
- Two Singaporean bikers killed, 4 seiously injured ...
- Johor Regent confers state titles on seven individ...
- Malaysia Airlines strikes a deal with Manchester U...
- Sijil Halal Alagappa Ditarik Kerana Kurang Pekerja
- Government focused on providing treatment to those...
- Government extends subsidy period for Hari Raya fl...
- Kitaro to perform at Rainforest World Music Festiv...
- Robinho arrested in Brazil to serve rape sentence
- Kedah tiada hasrat dedah nama pasangan berkahwin d...
- Moscow concert attack: Arrests after at least 93 p...
- Syarikat dakwa pemilik bagasi berisi RM500,000 bel...
- RM500,000 Found in Bag: Honest security guard gets...
- Part-time model charged with lover's murder
- Akmal Mahu Gantung Terus Keahlian Pemimpin Pemuda ...
- MITEC was named the Best Convention Center in Asia...
- Kate, Princess of Wales, disclosed Friday that she...
- Wait until match day to see pitch at Bukit Jalil s...
- Malaysia rejects offer to host Commonwealth Games ...
- Syarikat Dakwa Bagasi Mengandungi Wang RM500,000 M...
- Stoking Kalimah Allah: Dua Sudah Dijatuhi Hukuman,...
-
▼
Mar 2024
(342)