Translate

27 January 2024

Program naturalisasi perlu ditamatkan - Lim Teong Kim

BEST FBKL: Setuju!!!!!

Program naturalisasi perlu ditamatkan - Lim Teong Kim

Astro Arena

Januari 27, 2024
Lim Teong Kim dan Zainal Abidin Hassan ditemu bual wartawan Astro Arena semalam. - Foto Astro ARENA

Program naturalisasi perlu ditamatkan - Lim Teong Kim

Lim Teong Kim dan Zainal Abidin Hassan ditemu bual wartawan Astro Arena semalam. - Foto Astro ARENA

WALAUPUN gol penyamaan ketiga menerusi pemain naturalisai terbaru, Romel Morales, ketika aksi terakhir saingan Piala Asia 2024 menentang Republik Korea, namun bekas Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Datuk Lim Teong Kim, berpendapat dasar itu perlu dihentikan.

Dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Syifa Nasir, Teong Kim merasakan perkara itu hanya akan mematikan peluang pemain tempatan yang berkualiti untuk beraksi di pentas antarabangsa.

"Bagi saya program naturalisasi perlu ditamatkan.







"Kerana ia tidak memberikan kebaikan untuk bola sepak secara luas," kata Teong Kim menerusi Nadi Arena.

Teong Kim juga menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk melihat semula situasi yang berlaku di pasukan-pasukan Eropah seperti Jerman dan Itali.

"Pasukan Jerman yang kini menghadapi masalah paling teruk dalam pasukan kebangsaan mereka.

"Mengapa mereka menghadapi masalah yang teruk manakala mereka sudah menang Piala Dunia?" soalnya.

Teong Kim yang pernah berkhidmat untuk pasukan Bayern Munich bawah 19 tahun, berpendapat pergolakan yang berlaku dalam skuad kebangsaan Jerman itu disebabkan kurang pemain tempatan yang beraksi dalam kancah bola sepak Jerman.

Bagi pendapat seorang lagi legenda bola sepak Malaysia, Datuk Zainal Abidin Hassan menegaskan sekarang adalah waktu yang tepat untuk memberikan lebih tumpuan dan perhatian terhadap program pembangunan berbanding mendapatkan khidmat pemain luar.

"Gabungan pemain naturalisasi dan tempatan kita telah membawa satu pencapaian, bermakna kita sudah pun mendapatkan 'instant result'.

"Tetapi, bolehkah kita dapat lagi pemain naturalisasi yang berkualiti, kita belum tahu.

"Sudah tiba masanya kita menyiapkan pemain-pemain tempatan bermakna kita perlu ada program akar umbi yang baik," tegas Zainal.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lantikan semula Azam Baki pastikan kesinambungan a' 29 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 30 mins ago
A visitor from Denver viewed 'KKM Investigating Controversial Hulu Langat MP if ' 6 hrs 36 mins ago
A visitor from Bengaluru viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 6 hrs 38 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 7 hrs 17 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Zara Dedah Gambar Dato’ Main 4X Tapi Tak Bayar sel' 8 hrs 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 8 hrs 33 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Manchester United sahkan bawa semua pemain utama k' 9 hrs 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis buru tiga lelaki rompak barang kemas bernila' 9 hrs 45 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Keputusan tawar diri tanding MPP PKR kerana amanah' 10 hrs 15 mins ago