Translate

25 January 2024

Polis Tahan Bapa Mabuk Cederakan Anak Perempuan





Bapa tendang, pukul anak perempuan guna kerusi
24 Januari 2024
Tangkap layar pelajar sekolah cedera parah selepas dipukul dan ditendang ayahnya dalam kejadian di Kendong, di sini, awal pagi tadi.


REMBAU – Seorang lelaki diberkas selepas memukul dan menendang anak perempuannya sehingga mengalami kecederaan parah dalam kejadian di Kendong, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, pelajar sekolah berusia 17 tahun dikejarkan ke Hospital Tampin selepas ditendang di bahagian perut selain dipukul menggunakan kerusi, bakul dan besi papan seterika.

Menurutnya, polis menerima panggilan telefon dari orang awam menyatakan rakannya telah dipukul bapa sendiri kira-kira pukul 12.15 tengah malam di kaunter aduan Balai Polis Kota.

“Polis segera ke lokasi dan menahan suspek berusia 47 tahun di hadapan rumahnya dalam keadaan mabuk. Mangsa pula telah di bawa ke Hospital Tampin untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Remaja itu mengalami luka di bahagian kiri kepala dan telah menerima 12 jahitan selain luka serta leban di bahagian tangan dan bahu kanan. Mangsa akan di rujuk ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah untuk pemeriksaan lanjut pakar perubatan,” katanya di sini, hari ini.

Hazri berkata, polis sedang mengesan saksi kejadian yang juga teman wanita suspek.

Tambahnya, suspek mempunyai tujuh rekod lampau membabitkan jenayah serta dadah dan kini direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'PADAH R0MPAK KEDAI EMAS DI THAILAND SUSPEK RUPANYA' 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BRADER BAJU KUNING LAGAK SAMSENG | BEST FBKL' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PADAH R0MPAK KEDAI EMAS DI THAILAND SUSPEK RUPANYA' 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PADAH R0MPAK KEDAI EMAS DI THAILAND SUSPEK RUPANYA' 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'ATM perkukuh pertahanan siber hadapi ancaman seran' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PADAH R0MPAK KEDAI EMAS DI THAILAND SUSPEK RUPANYA' 26 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 26 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PADAH R0MPAK KEDAI EMAS DI THAILAND SUSPEK RUPANYA' 31 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Strategi MITI lawan tarif Trump | BEST FBKL' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BRADER BAJU KUNING LAGAK SAMSENG | BEST FBKL' 48 mins ago