Pengampunan diraja: Peguam Najib persoal maklumat diperoleh media asing
Bernama
Januari 10, 2024

Shafee merujuk kepada artikel bertajuk 'Malaysia set to decide on jailed former PM Najib's high-stakes bid for royal pardon' yang disiarkan hari ini.
Pengampunan diraja: Peguam Najib persoal maklumat diperoleh media asing
Shafee merujuk kepada artikel bertajuk 'Malaysia set to decide on jailed former PM Najib's high-stakes bid for royal pardon' yang disiarkan hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempersoal bagaimana media antarabangsa boleh mendapatkan maklumat mengenai status petisyen pengampunan diraja bekas Perdana Menteri itu kerana sesi Lembaga Pengampunan dikendali secara rahsia di peringkat tertinggi.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membangkitkan perkara itu dalam satu kenyataan dan merujuk kepada artikel bertajuk 'Malaysia set to decide on jailed former PM Najib's high-stakes bid for royal pardon' yang disiarkan hari ini.
Beliau berkata penulis menyatakan bahawa Lembaga Pengampunan telah bermesyuarat pada Disember lepas bagi membincangkan petisyen pengampunan bekas Perdana Menteri itu namun ditangguh kepada bulan ini bagi membolehkan ia bersidang semula.
"Setiap sesi Lembaga Pengampunan dikendali secara rahsia di peringkat tertinggi. Nama ahli yang hadir dan tarikh mereka bersidang juga tidak dihebahkan.
"Ahli tetap Lembaga Pengampunan ialah Yang di-Pertuan Agong, Menteri Wilayah Persekutuan (dalam kes membabitkan isu dalam Wilayah Persekutuan) dan Peguam Negara.
BERITA LANJUT MENYUSUL