Dengarkan komen ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon selepas pasukan kendaliannya seri 2-2 dengan Syria pada perlawanan persahabatan (tertutup) di Stadium Grand Hamad, Doha, Qatar pada Isnin, 8 Januari 2024.
Selepas mendahului 1-0 hasil jaringan Arif Aiman Hanapi pada minit ke-39, skuad Harimau Malaya dibolosi dua gol menerusi Pablo Sabbag (70') dan Ibrahim Hesar (74') untuk seketika ketinggalan 2-1, namun bangkit hasil gol penyamaan Paulo Josue (78') untuk keputusan seri.
Ini merupakan ujian terakhir skuad Harimau Malaya sebelum membuka kempen Piala Asia 2023 menentang Jordan di Stadium Al Janoub, Doha pada Isnin, 15 Januari 2024.
Keputusan Masa Penuh
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) January 8, 2024
Perlawanan Persahabatan (Tertutup) | Isnin, 8 Januari 2024
SYRIA πΈπΎ 2-2 π²πΎ MALAYSIA
⚽️ Pablo Sabbag 70' Ibrahim Hesar 74'
⚽️ Arif Aiman Hanapi 39' Paulo Josue 78' #FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/3jljKwqW8c
