Translate

04 January 2024

Anggota polis cedera dilanggar kereta dipandu warga asing



Anggota polis cedera dilanggar kereta dipandu warga asing

Bernama

Januari 3, 2024
Seorang anggota polis berpangkat Koperal cedera di tapak tangan kanan semasa bertugas di sekatan jalan raya selepas dilanggar sebuah kereta dipandu warga asing semalam. - Foto FB IPD Petaling Jaya

Anggota polis cedera dilanggar kereta dipandu warga asing

Seorang anggota polis berpangkat Koperal cedera di tapak tangan kanan semasa bertugas di sekatan jalan raya selepas dilanggar sebuah kereta dipandu warga asing semalam. - Foto FB IPD Petaling Jaya

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat Koperal cedera di tapak tangan kanan semasa bertugas di sekatan jalan raya selepas dilanggar sebuah kereta dipandu warga asing di susur keluar Damansara Jaya menghala Lebuhraya Sprint semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata susulan itu, sebuah kereta peronda mengejar suspek sejauh dua kilometer sehingga kenderaan dipandu warga asing terbabit terbabas di Seksyen 17/50 Petaling Jaya.

Beliau berkata hasil semakan ke atas kenderaan itu mendapati dua lelaki warga asing berumur 35 dan 45 tahun ditahan oleh polis yang bertugas di lokasi kejadian.







"Hasil siasatan lanjut ke atas suspek, polis turut merampas pelbagai jenis mata wang asing bernilai RM9,839.85 dan beberapa peralatan pecah rumah antaranya gerudi tangan, tukul, pemutar skru serta gergaji," menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Mohamad Fakhrudin berkata ujian saringan air kencing adalah negatif dadah dan mereka tiada rekod jenayah.

Beliau berkata kedua-dua suspek direman selama enam hari hingga Isnin depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 28 (i) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Sementara itu, anggota polis berusia 35 tahun yang cedera dalam insiden tersebut menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah atau orang yang mencurigakan diminta menghubungi balai polis berhampiran atau bilik gerakan Ibu Pejabat Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED