Translate

03 October 2023

Polis tahan jutawan palsu perdaya wanita



Polis tahan jutawan palsu perdaya wanita

Bernama

Oktober 3, 2023
Penemuan kad pengenalan seorang lelaki yang menyamar sebagai jutawan dan memiliki perniagaan di Sarawak akhirnya membongkarkan kegiatannya memperdaya wanita di laman sosial. - Gambar hiasan

Polis tahan jutawan palsu perdaya wanita

Penemuan kad pengenalan seorang lelaki yang menyamar sebagai jutawan dan memiliki perniagaan di Sarawak akhirnya membongkarkan kegiatannya memperdaya wanita di laman sosial. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Penemuan kad pengenalan seorang lelaki yang menyamar sebagai jutawan dan memiliki perniagaan di Sarawak akhirnya membongkarkan kegiatannya memperdaya wanita di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A. Anbalagan berkata kad pengenalan tersebut ditemukan seorang wanita iaitu mangsa terbaharu lelaki berusia 44 tahun itu selepas kedua-dua mereka bercuti di sebuah pusat peranginan di Pahang, Jumaat lepas.

Beliau berkata wanita yang bekerja sebagai jurugambar berusia 36 tahun itu terjumpa kad pengenalan sebenar suspek yang mempunyai butiran nama yang berbeza.







"Wanita itu melakukan carian di Internet dan mendapati lelaki terbabit menggunakan nama palsu serta pernah menipu perempuan lain untuk menjadi kekasihnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Anbalagan berkata wanita terbabit berkenalan dengan lelaki itu di laman Twitter pada 21 Jun lepas dan berjumpa kali pertama di Puchong serta beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur.

"Suspek mengatakan dia ahli perniagaan syarikat minyak di Sarawak dan mereka berkenalan rapat seperti kekasih. Lelaki itu kemudian meyakinkan mangsa yang dia mempunyai masalah perniagaan dan mahu meminjam wang.

"Mangsa membantu dengan menyerahkan wang tunai berjumlah RM18,800 menerusi 15 kali transaksi," katanya.

Anbalagan berkata lelaki tersebut ditahan pada 8.30 malam 29 Sept lalu dan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJKD) Serdang untuk siasatan lanjut serta direman lima hari sehingga esok bagi siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Katanya, modus operandi yang digunakan lelaki yang tidak bekerja itu adalah berkenalan dengan wanita di laman sosial dan mendakwa dia seorang ahli perniagaan atau jutawan sebelum meminjam wang mangsa bagi kegunaan peribadi.

"Polis menyarankan sekiranya terdapat mangsa mengalami situasi sama supaya tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED