Translate

28 October 2023

Polis rampas dadah bernilai RM33.73 juta, tahan tujuh lelaki termasuk seorang warga emas



Polis rampas dadah bernilai RM33.73 juta, tahan tujuh lelaki termasuk seorang warga emas

Bernama

Oktober 27, 2023
Semua suspek itu ditahan dalam tiga serbuan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dalam operasi pada 12.30 tengah hari hingga 2.15 petang.

Polis rampas dadah bernilai RM33.73 juta, tahan tujuh lelaki termasuk seorang warga emas

Semua suspek itu ditahan dalam tiga serbuan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dalam operasi pada 12.30 tengah hari hingga 2.15 petang.

KAJANG: Polis menahan tujuh lelaki termasuk seorang warga Sri Lanka disyaki menyeludup dan mengedar dadah yang dianggar bernilai RM33.73 juta, Rabu lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata semua suspek yang berumur 21 hingga 52 tahun itu ditahan dalam tiga serbuan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dalam operasi pada 12.30 tengah hari hingga 2.15 petang.

Beliau berkata pada mulanya polis mengesan sebuah kontena berisi syabu seberat 411.172 kilogram (kg) dan kokain seberat 100.813 kg di sebuah gudang di Taman Cheras Prima, di sini, yang dibawa masuk dari Pakistan melalui Pelabuhan Klang, pada 10.30 malam Selasa lepas.


"Pada keesokannya dadah itu telah dipunggah keluar dari kontena, dan ketika itu serbuan dilakukan," katanya dalam sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini.

Mohd Kamarudin berkata ada antara dadah itu disorokkan di dalam kampit bawang, dan siasatan mendapati sindiket itu telah bergiat aktif sejak awal tahun ini.

"Lima daripada tujuh suspek memiliki rekod jenayah lampau, termasuk berkaitan dadah," katanya sambil menambah kesemua suspek direman tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata dadah yang dirampas itu boleh digunakan oleh 2.6 juta penagih dadah dan polis juga menyita pelbagai aset antaranya enam kenderaan, barang kemas serta wang tunai, semuanya dianggarkan bernilai RM384,964.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Nizhniy novgorod viewed 'MALAYSIA, Alexis SueAnn - Contestant Introduction ' 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pengundi Cina Semakin Hilang Minat Terhadap PH, DA' 2 hrs 33 mins ago
A visitor from Gatchina viewed 'HURU-HARA DI SHELL LUNDANG DIPERCAYAI AKIBAT MAIN ' 4 hrs 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Aksi Wanita ‘Rembat’ Bungkusan Dirakam CCTV | BEST' 4 hrs 58 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Indonesia gagalkan cubaan seludup migran ke Malays' 5 hrs 54 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 4 mins ago
A visitor from Muscat viewed 'PERONDA LEBUHRAYA KONGSI DETIK IBU GAJAH CUBA SELA' 6 hrs 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PDRM bekerjasama Interpol atur rakam percakapan an' 6 hrs 49 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Khidmat Nurul Izzah sebagai 'panglima perang' PKR ' 7 hrs ago
A visitor from Oslo viewed 'JKDM Selangor patahkan empat cubaan seludup termas' 7 hrs 27 mins ago