Translate

20 October 2023

Pemandu lori mengaku tidak bersalah rogol anak tiri

 Pemandu lori mengaku tidak bersalah rogol anak tiri

ASTRO AWANi

Oktober 20, 2023 

Pemandu lori mengaku tidak bersalah rogol anak tiri



Tertuduh berusia 29 tahun, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya. - Gambar/ Sinar Harian

Tertuduh berusia 29 tahun, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya. - Gambar/ Sinar Harian

BUTTERWORTH: Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan merogol anak tirinya yang berusia 15 tahun, lima tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh berusia 29 tahun, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa merogol anak tirinya, sedangkan hubungan mereka tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum dan adat istiadat untuk berkahwin, di sebuah rumah di Changkat, Nibong Tebal, pada 2019.



Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa di rumah sama, pada Disember 2018.

Berikutan itu, dia telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun, serta boleh disebat tidak kurang 10 sebatan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Wan Amira memohon agar tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin kerana kesalahan dilakukan serius.

Namun, tertuduh merayu agar diberikan jaminan atas alasan mempunyai lima orang tanggungan termasuk tiga anak berusia lima bulan, dua tahun dan tiga tahun dengan pendapatan sekitar RM2,000 sebulan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dikenakan ikat jamin RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan serta menetapkan 21 November depan untuk sebutan semula kes

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED