Translate

10 October 2023

Inspektor jatuh dari ketinggian enam meter ketika kejar suspek miliki dadah

Inspektor jatuh dari ketinggian enam meter ketika kejar suspek miliki dadah

Bernama

Oktober 9, 2023
Hussein berkata sebaik tiba di lokasi, didapati pagar dan pintu premis itu bertutup lalu Mohammad Azrin memanjat bumbung depan dan mendapati suspek telah berlari ke bumbung rumah bersebelahan. - Gambar fail/Bernama

SHAH ALAM: Seorang pegawai polis cedera di kaki selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira enam meter semasa mengejar seorang suspek yang dipercayai memiliki dadah pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang ketika Inspektor Mohammad Azrin Yazid, 32, mengetuai sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan menyerbu sebuah kedai di Taman Sri Andalas, Klang.

Beliau berkata sebaik tiba di lokasi, didapati pagar dan pintu premis itu bertutup lalu Mohammad Azrin memanjat bumbung depan dan mendapati suspek telah berlari ke bumbung rumah bersebelahan.

"Semasa hendak turun, paip dipegang Mohammad Azrin patah menyebabkan beliau terjatuh pada ketinggian kira-kira enam meter, namun beliau tetap mengejar suspek dan menahannya di koridor kedai tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hussein, pemeriksaan terhadap beg silang kecil berzip pada badan suspek menemukan dua peket plastik disyaki berisi dadah jenis syabu seberat 104.1 gram.

Beliau berkata Mohammad Azrin melakukan pemeriksaan lanjut di Hospital Pantai, Klang selepas berasa sakit pada beberapa bahagian badan dan kemudian menjalani pembedahan pada kakinya serta kini berada dalam keadaan stabil.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED