Translate

20 November 2022

PRU15: Prabakaran pertahan Parlimen Batu dalam pertembungan 10 penjuru

 PRU15: Prabakaran pertahan Parlimen Batu dalam pertembungan 10 penjuru

Bernama

November 20, 2022 PRU15: Prabakaran pertahan Parlimen Batu dalam pertembungan 10 penjuru

Prabakaran menang dengan majoriti 22,241 selepas mengumpul 45,716 undi keseluruhan. - Gambar fail

PRU15: Prabakaran pertahan Parlimen Batu dalam pertembungan 10 penjuru

Prabakaran menang dengan majoriti 22,241 selepas mengumpul 45,716 undi keseluruhan. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini selepas penyandang P. Prabakaran (PH-PKR) meraih kemenangan dengan menewaskan sembilan pencabarnya.

Prabakaran menang dengan majoriti 22,241 selepas mengumpul 45,716 undi keseluruhan, jauh meninggalkan pesaing terdekat Chua Tian Chang @ Tian Chua, iaitu bekas Naib President PKR yang bertanding atas tiket Bebas, yang hanya memperoleh 4,603 undi.

Lima pencabarnya yang lain terdiri terdiri daripada Naib Presiden MIC Datuk A Kohilan Pillay yang mewakili Barisan Nasional (BN-MIC) memperoleh 10,398 undi, manakala Azhar Yahya daripada Perikatan Nasional (PN-PAS) mendapat 23,475 undi, diikuti peguam Wan Azliana Wan Adnan dari Pejuang (849 undi), Naganathan Pillai (Warisan) memperoleh 575 undi, dan Mohd Zulkifli Abdul Fattah (Parti Rakyat Malaysia) mengumpul 137 undi.

Tiga calon Bebas iaitu peguam Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim, pempengaruh media sosial Nur Fathiah Syazwana Shaharudin @ Cleo dan Too Cheng Huat juga hilang wang deposit dalam cubaan mereka untuk merebut kerusi parlimen berkenaan.

Dalam keputusan yang diumum Pegawai Pengurus Pilihan Raya Khairul Azmir Ahmad pada 3.35 pagi, Siti Kasim mendapat 653 undi manakala Nur Fathiah mengumpul 628 undi dan Too dengan 112 undi.


.

Prabakaran ketika ditemui pemberita berkata, beliau amat berterima kasih kepada pengundi di kawasan Parlimen Batu yang mengundinya.

"Saya akan bertemu dengan pengundi saya secara bersemuka sebagai tanda terima kasih atas sokongan mereka. Saya akui agak gementar apabila mengetahui saya akan bertanding dengan sembilan calon lain, dalam saingan yang agak sengit, namun saya pasti pengundi di kawasan ini tahu siapa yang turun padang untuk bertemu mereka," katanya.

Pada PRU14, Prabakaran bertanding sebagai calon Bebas yang disokong PKR, menewaskan Dr Dominic Lau Hoe Chai (BN-Gerakan), Azhar Yahya (PAS) dan seorang lagi calon Bebas, Datuk V. M. Panjamothy dengan majoriti 24,438 undi.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED