Translate

21 November 2022

PRU15: 'No DAP, No Anwar', nak pecat? Silakan - Hishammuddin

 PRU15: 'No DAP, No Anwar', nak pecat? Silakan - Hishammuddin

ASTRO AWANI

November 21, 2022 


PRU15: 'No DAP, No Anwar', nak pecat? Silakan - Hishammuddin
Hishammuddin menyatakan kesediaan dipecat kerana berpegang kepada pendirian 'No DAP, No Anwar'. -Foto fail/BERNAMA

PRU15: 'No DAP, No Anwar', nak pecat? Silakan - Hishammuddin

Hishammuddin menyatakan kesediaan dipecat kerana berpegang kepada pendirian 'No DAP, No Anwar'. -Foto fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hishammuddin Hussein sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk menolak sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) itu turut menyatakan kesediaan dipecat kerana berpegang kepada pendirian 'No DAP, No Anwar'.

"Seperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini lagi, tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan.

"Saya rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini.

"No Anwar, No DAP, pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan," katanya dalam satu kenyataan di Facebook, pada Isnin.



Desas-desus mengenai kerjasama di antara PH yang memenangi 82 kerusi bersama BN (30 kerusi) semakin bertiup kencang susulan perjumpaan pimpinan tertinggi kedua-dua gabungan tersebut di Hotel Seri Pacific, di ibu negara.

Bagaimanapun, Astro AWANI sebelum ini melaporkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi kenyataan bahawa beliau telah memperoleh sokongan ahli parlimen secara individu untuk membentuk kerajaan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED