Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi digesa meletak jawatan dengan segera.
Pengarah Operasi Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata ia sebagai tanggungjawab atas kekalahan Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang mencatat prestasi terburuk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam.
Katanya, langkah itu sebagaimana diambil Datuk Seri Najib Razak yang telah berjiwa besar meletak jawatan sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO atas kegagalan pada PRU14.
"Kita semua sedia maklum bahawa satu tsunami politik orang Melayu telah berlaku, yang mana orang Melayu telah menolak UMNO. UMNO telah rebah.
BH