Translate

08 November 2022

Hantaran video bersifat sumbang, Dato Seri Vida ( DSV) mengaku tidak bersalah

 

Hantaran video bersifat sumbang, Vida mengaku tidak bersalah

Bernama

November 8, 2022 

Hantaran video bersifat sumbang, Vida mengaku tidak bersalah
Vida mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan membuat hantaran komunikasi bersifat sumbang menerusi satu klip video April lepas. - Bernama

Hantaran video bersifat sumbang, Vida mengaku tidak bersalah

Vida mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan membuat hantaran komunikasi bersifat sumbang menerusi satu klip video April lepas. - Bernama

SEPANG: Ahli perniagaan terkenal Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat hantaran komunikasi bersifat sumbang menerusi satu klip video April lepas.

Hasmiza, 51, didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi itu menggunakan aplikasi YouTube 'DSV Entertaintment' dengan niat menyakiti hati orang lain pada 29 April.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.



Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Fazril Sani Mohamed Fadzil manakala Hasmiza diwakili peguam Datuk Adnan Seman.

Fazril Sani memohon mahkamah mengenakan jaminan RM10,000 bagaimanapun Adnan memohon agar mahkamah memberikan jaminan sebanyak RM2,000 kerana itu merupakan kesalahan pertama Hasmiza.


Hakim Ahmad Fuad Othman kemudiannya membenarkan Hasmiza diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula.

Media sebelum ini melaporkan, Vida dikatakan memuat naik video 'Muah Muah Raya' melalui YouTube 'DSV Entertaintment' yang dipercayai memaparkan kumpulan penari 'drag queen' sekali gus menyebabkan beliau terpalit dengan isu cuba mempromosi elemen LGBT.

Ketika ditemui pemberita selepas proses membayar jaminan selesai, Hasmiza berkata beliau dan peguam akan meneliti aspek kesalahan yang dibuat dalam video yang dimuat naik itu.

"Saya tidak boleh mengaku salah begitu sahaja kerana ia beri impak kepada perniagaan dan saya hadir ke mahkamah atas dasar komitmen dan tanggungjawab," katanya.

Hasmiza hadir ke mahkamah hari ini dengan ditemani anaknya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B.

-- BERNAMA


DATO SERI VIDA - MUAH MUAH RAYA (Official Music Video)








Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED