Translate

22 November 2022

10 ADUN Perak angkat sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini - 7 PH 3 BN

 10 ADUN Perak angkat sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini



Kesemua ADUN itu mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dalam satu istiadat ringkas yang diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak pada 11.36 pagi tadi.


Kesemua mereka melafazkan sumpah di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, dan menerima watikah pelantikan daripada baginda.


Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah; dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah, turut sama berangkat ke istiadat itu.


Tiga ADUN mewakili BN yang mengangkat sumpah ialah ADUN Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun, Salbiah Mohamed (Temengor) dan Khairudin Abu Hanipah (Belanja), kesemuanya daripada UMNO.

Baki tujuh ADUN daripada PH ialah ADUN Sungai Rapat, Datuk Seri Dr Mohammad Nizar Jamaluddin (AMANAH); A Sivanesan (Sungkai - DAP); Loh Sze Yee (Jalong - DAP); Teh Kok Lim (Aulong - DAP); Sandrea Ng Shy Ching (Teja - PKR); Mohd Azlan Helmi Helmi (Tualang Sekah - PKR); dan Woo Kah Leong (Pasir Bedamar - DAP).


Ia sekali gus menjadikan komposisi parti diwakili EXCO kerajaan campuran Perak yang baharu dibentuk bawah pentadbiran Menteri Besar daripada BN ialah DAP (empat), BN (tiga), PKR (dua) dan AMANAH (satu).

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED