Vertigo bukan penyakit tetapi satu gejala disebabkan masalah gangguan keseimbangan dalam tubuh manusia.
Gejala ini boleh dirawat menggunakan ubat-ubatan dan juga bukan ubat-ubatan.
Apakah ubat-ubatan yang digunakan?
Sila klik Right pointing backhand index https://facebook.com/100064560379224/posts/241043678057643/?d=n
๐๐๐๐ญ- ๐ฎ๐๐๐ญ๐๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐๐ฐ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ญ๐ข๐ ๐จ
Pernahkah anda berasa diri atau ruang sekeliling berpusing-pusing, walaupun ketika itu anda dalam kedudukan statik? Jika ya, inilah vertigo. Vertigo bukanlah sejenis penyakit, tetapi satu gejala yang terjadi sekiranya terdapat gangguan pada mekanisme keseimbangan badan manusia.
Berdasarkan artikel di portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat dua jenis vertigo iaitu vertigo sentral (berpusat) dan vertigo periferi.
⚫️Vertigo berpusat terjadi sekiranya terdapat masalah pada bahagian otak tertentu seperti serebelum dan brain stem yang mengawal keseimbangan badan. Punca utamanya adalah migrain, penyakit multiple sclerosis, strok dan tumor.
⚫️Vertigo periferi pula terjadi apabila terdapat gangguan sistem di bahagian telinga dalam (vestibular) dan saraf yang menghantar maklumat ke otak. Ini menyebabkan otak menjadi keliru dan mencetuskan vertigo.
๐๐๐ฐ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐๐ค๐๐ง ๐๐๐๐ญ-๐๐๐๐ญ๐๐ง
Terdapat dua kaedah rawatan untuk vertigo iaitu rawatan menggunakan ubat-ubatan dan bukan ubat-ubatan.
Rawatan vertigo berpusat bergantung kepada punca masalah tersebut. Sebagai contoh, sekiranya vertigo terjadi disebabkan oleh penyakit migrain, maka rawatan serangan akut dan pencegahan migrain diperlukan bagi memberikan kelegaan yang segera dan membantu untuk mengurangkan tahap kesakitan serta kekerapan serangan migrain.
Bagi masalah vertigo periferi pula, terdapat dua kategori ubat yang digunakan untuk menghilangkan gejala vertigo, iaitu ubat perencat vestibular dan ubat antiemetik.
Ubat perencat vestibular yang utama adalah antihistamin dan benzodiazepine. Ubat-ubat ini hanya boleh diambil apabila gejala vertigo muncul. Sekiranya ubat-ubat ini diambil secara berterusan, ia boleh menghalang proses adaptasi semula jadi otak terhadap input vestibular yang baru, seterusnya memburukkan lagi tahap gejala.
Antara contoh ubat antihistamin adalah dimenhydrinate dan diphenydramine. Ubat-ubatan ini merencatkan aktiviti neurotransmitter histamin, seterusnya mengurangkan tahap keterukan vertigo dan mabuk gerak (motion sickness). Mulut kering, mengantuk dan sakit kepala adalah antara kesan sampingannya.
Benzodiazepine pula menggalakkan aktiviti neurotransmitter perencat asid amino butirik Gamma (GABA) di dalam sistem vestibular. Ia juga mampu mengurangkan gejala keresahan yang sering berlaku semasa serangan vertigo. Kesan sampingan benzodiazepine adalah mengantuk, gangguan pada koordinasi badan dan memori.
Contoh ubat yang biasa digunakan adalah diazepam, lorazepam dan clonazepam.
Ubat antiemetik seperti metoclopramide dan promethazine digunakan untuk merawat gejala loya dan muntah. Ubat ini perlu digunakan secara berhati-hati ekoran kemungkinan terjadinya kesan sampingan extrapyramidal (EPS) seperti kekejangan dan pergerakan otot diluar kawalan.
Rawatan antibiotik adalah tidak sesuai bagi merawat vertigo yang disebabkan oleh jangkitan virus pada struktur dalaman telinga. Ubat antiviral juga tidak diperlukan kerana jangkitan tersebut kebiasaannya akan pulih sendiri. Ubat steroid methylprednisolone diberikan untuk mengurangkan keradangan dan mempercepatkan proses penyembuhan fungsi vestibular.
Bagi pesakit Meniere’s (masalah bahagian telinga dalam), terdapat beberapa ubat pencegahan serangan vertigo. Pertama, ubat diuretik seperti kombinasi hydrochlorothiazide dan triamterene. Kedua, ubat betahistine iaitu sejenis histamin analog. Ubat-ubatan ini mengurangkan tekanan cecair yang wujud di bahagian dalam telinga dan perlu diambil secara berterusan mengikut tempoh yang ditetapkan oleh doktor.
๐๐๐๐ญ ๐๐จ๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ง๐ฒ๐๐๐๐๐ค๐๐ง ๐๐๐ซ๐ญ๐ข๐ ๐จ?
Terdapat kesan sampingan ubat yang boleh menyebabkan vertigo. Antaranya adalah:
• Antibiotik - kumpulan aminoglikosida, makrolida dan sulfamethoxazole.
• Antikonvulsan - levetiracetam dan phenytoin.
• Antiradang - celecoxib, naproxen dan prednisolone.
• Antiviral - oseltamivir.
• Ubat kardiovaskular - nifedipine, frusemide dan glyceryl trinitrate.
Sekiranya pesakit mengalami vertigo setelah pengambilan ubat-ubatan ini, jangan terus berhenti makan ubat tersebut tanpa nasihat doktor atau ahli farmasi. Segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut dan dapatkan nasihat agar kesan sampingan dapat diatasi serta pemilihan ubat yang lebih sesuai dapat diberikan kepada pesakit.
Pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre-NPCC) melalui talian 1800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, jam 8 pagi hingga 5 petang kecuali cuti umum), sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan.
Artikel ini disediakan oleh :
๐๐ช๐ต๐ช ๐๐ข๐ต๐ช๐ฎ๐ข๐ฉ ๐ฃ๐ช๐ฏ๐ต๐ช ๐๐ข๐ฎ๐ญ๐ช
๐๐ฆ๐จ๐ข๐ธ๐ข๐ช ๐๐ข๐ณ๐ฎ๐ข๐ด๐ช
๐๐ฐ๐ด๐ฑ๐ช๐ต๐ข๐ญ ๐๐ฆ๐ญ๐ถ๐ฌ ๐๐ฏ๐ต๐ข๐ฏ, ๐๐ฆ๐ณ๐ข๐ฌ
Vertigo bukan penyakit tetapi satu gejala disebabkan masalah gangguan keseimbangan dalam tubuh manusia.
— KKMalaysia๐ฒ๐พ (@KKMPutrajaya) October 25, 2021
Gejala ini boleh dirawat menggunakan ubat-ubatan dan juga bukan ubat-ubatan.
Apakah ubat-ubatan yang digunakan?
Sila klik ๐ https://t.co/l8TjCATaje pic.twitter.com/uYNVJlddP0