Translate

05 October 2021

Suami Isteri Maut Dikelar Anak Dipercayai Pengamal Ajaran Sesat

suami isteri maut dipercayai dikelar oleh anak lelaki


Suami isteri maut dikelar anak dipercayai pengamal ajaran sesat

Astro Awani
5/10/2021

KUANTAN: Sepasang suami isteri maut dipercayai dikelar oleh anak lelaki mereka di kampung Kemahang Hulu, Benta, Lipis, dalam kejadian tengah malam tadi.

Mayat Mohammad Maasai, 68, dan isterinya, Zailan Zainudin, 64, ditemui selepas penduduk kampung menahan anak pasangan tersebut yang dalam keadaan bogel dan berlumuran darah kira-kira 150 meter dari lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azly Mohd Noor, siasatan awal mendapati, suspek yang berusia 31 tahun itu menggunakan senjata golok untuk mengelar leher dan menetak kedua-dua mangsa.

Pihak polis katanya menerima laporan kira-kira jam 11.55 malam tadi dan hasil siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 10.30 malam ketika suspek dan mangsa berbual di ruang tamu rumah mereka.

Suspek dipercayai bertindak mengambil golok dari biliknya dan menetak leher mangsa ekoran berlaku perselisihan mengenai ilmu agama dan hal ketuhanan.

Ibu mangsa yang cuba menghalang tindakan suspek turut menjadi mangsa apabila ditikam dan ditetak pada bahagian leher dan badan.

Penduduk kampung yang bergegas ke rumah terbabit selepas menahan suspek mendapati mayat bapa suspek ditemui terbaring dan berlumuran darah di dalam rumah, manakala mayat ibu suspek pula ditemui berhampiran pagar rumah.




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED