Peralihan fasa PPN di Johor, Pahang mulai 8 Oktober
Astro Awani
6/10/2021
KUALA LUMPUR: Dua lagi negeri bakal beralih ke Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) seterusnya selepas setelah mengambil kira penilaian risiko semasa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkuat kuasa 8 Oktober (Jumaat) ini.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, negeri yang bakal beralih ke fasa seterusnya adalah melibatkan Johor yang beralih dari Fasa 2 ke Fasa 3, manakala Pahang pula beralih ke Fasa 4.
Sumber: Astro Awani
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/peralihan-fasa-ppn-di-johor-pahang-mulai-8-oktober-323907