Translate

22 October 2021

Penutupan Sementara Dua Lorong Di MRR2 & Susur Keluar Ke Pekan Sungai Besi - Kerja-Kerja Pelancaran ‘U-BEAM’ :


 Jadual & Maklumat:

Projek Penswastaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE), akan melaksanakan penutupan sementara  bagi memberi laluan kepada aktiviti yang dijadualkan seperti berikut: ;

Aktiviti :Kerja-kerja pelancaran ‘U-Beam’
Lokasi :Penutupan Dua lorong MRR2 & Susur Keluar ke Pekan Sg. Besi 

Tarikh

Masa

22 – 24 Okt 202110.00 malam sehingga 4.00 pagi

Jangkaan Aktiviti:

  • Penutupan sementara lorong kiri dan tengah di MRR2 dan susur keluar ke Pekan Sg Besi dari MRR2 sebagai langkah keselamatan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja seperti diatas.
  • Jentera berat di dalam kawasan pembinaan serta pergerakan kenderaan dan peralatan pembinaan yang terkawal.
  • Penempatan pengawal trafik, kon keselamatan dan papan tanda amaran di sepanjang laluan terlibat.

Pengguna dinasihatkan untuk mematuhi papan tanda arah, kelajuan dan keselamatan serta arahan kakitangan bertugas untuk perjalanan yang lancar dan selamat di sepanjang laluan tersebut

Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama semua pihak adalah diharapkan.


Sumber: Suke
https://www.mysuke.com.my/kerja-kerja-pelancaran-u-beam-penutupan-sementara-dua-lorong-di-mrr2-susur-keluar-ke-pekan-sg-besi-2/

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED