Kenyataan Akhbar KPK 26 Oktober 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
26 OKTOBER 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 26 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 5,607 kes (2,340,390 kes kumulatif, 95.8%);
- Kes baharu : 5,726 kes (2,442,224 kes kumulatif);
- Kes import : 15 kes (9 warganegara; 6 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 5,711 kes [5,489 warganegara (96.1%); 222 bukan warganegara (3.9%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 598 kes (512 kes disahkan COVID-19 ; 86 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 308 kes (219 kes disahkan COVID-19 ; 89 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
- Jumlah kluster : 5,735 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 7 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 5,229 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 506 kluster.
Daripada 5,726 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 97 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 5,629 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Perincian kluster-kluster baharu dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
- Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
26 Oktober 2021 @ 5:30 petang.
LAMPIRAN 1
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 26 OKTOBER 2021
NO | NAMA KLUSTER | KATEGORI KLUSTER | NEGERI | DAERAH | JUMLAH KES | JUMLAH DISARING |
1 | Industri Jalan Besi Tujuh | Tempat Kerja | Johor | Kulai | 9 | 63 |
2 | Jalan Bacang Tampoi | Tempat Kerja | Johor | Johor Bahru | 7 | 21 |
3 | Dah Jalan Raya | Tempat Kerja | Kedah | Bandar Baharu | 11 | 34 |
4 | Industri Jalan Elkay Utama 2 | Tempat Kerja | Melaka | Jasin | 75 | 163 |
5 | Industri Jalan Tepi Sungai | Tempat Kerja | Perak | Hilir Perak | 14 | 281 |
6 | Kimolohing | Komuniti | Sabah | Ranau | 49 | 58 |
7 | Jalan Seremban Tiga | Pendidikan Tinggi | Negeri Sembilan | Seremban | 17 | 45 |
LAMPIRAN 2
NILAI RT MENGIKUT NEGERI
BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN
PADA 25 OKTOBER 2021
NEGERI | NILAI RT |
WP KUALA LUMPUR | 0.99 |
NEGERI SEMBILAN | 0.99 |
MELAKA | 0.97 |
SELANGOR | 0.97 |
SABAH | 0.93 |
WP PUTRAJAYA | 0.92 |
KEDAH | 0.91 |
JOHOR | 0.88 |
KELANTAN | 0.86 |
TERENGGANU | 0.86 |
PULAU PINANG | 0.84 |
PERAK | 0.83 |
PERLIS | 0.83 |
PAHANG | 0.82 |
SARAWAK | 0.81 |
WP LABUAN | 0 |
MALAYSIA | 0.89 |