Paralimpik Tokyo 2020: Keputusan batal pingat emas Ziyad kekal
Astro Awani
September 1, 2021
Dalam reaksi pertama susulan pengumuman itu, Ziyad menitipkan permohonan maaf kepada rakyat Malaysia. - Foto Twitter Astro ARENA
KUALA LUMPUR: Keputusan untuk membatalkan pingat emas yang dimenangi jaguh lontar peluru para negara Muhammad Ziyad Zolkefli kekal.
Rayuan kontinjen Malaysia bagi mengesahkan pingat emas milik jaguh lontar peluru para negara, Ziyad Zolkefli, telah ditolak pihak penganjur dalam mesyuarat antara chef-de-mission (CDM) sebentar tadi.
Ia bermakna, Ziyad terlepas pingat emas acara lontar peluru F20 Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dan rayuan selanjutnya hanya boleh dibuat selepas temasya itu berakhir.