Translate

31 August 2021

SPRM Pandang Serius Kegiatan Rasuah Doktor Untuk Sijil Vaksinasi tanpa terima suntikan.

Terdapat ahli Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia ditawarkan RM1,000 oleh beberapa individu untuk memalsukan sijil digital vaksin. - Gambar hiasan


SPRM pandang serius kegiatan rasuah doktor untuk sijil vaksinasi

BERNAMA
31/8/2021

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius dakwaan berlakunya kegiatan merasuah doktor bagi mendapatkan sijil vaksinasi tanpa menerima suntikan vaksin COVID-19.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata, siasatan berhubung perkara itu sedang dilakukan dan jika ia benar-benar berlaku, perbuatan tersebut bukan saja menjejaskan reputasi profesion pengamal perubatan malah mencalarkan imej mereka.

"Setakat ini, SPRM belum menerima sebarang aduan berkaitan isu berkenaan namun akan menyiasat dan melakukan risikan ke lokasi-lokasi yang disyaki melakukan perbuatan penyelewengan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia Dr Steven Chow pada Rabu mendakwa beberapa ahlinya ditawarkan RM1,000 oleh beberapa individu untuk memalsukan sijil digital vaksin.

Menurut Dr Steven, tidak semua individu yang membuat tawaran itu adalah golongan antivaksin malah terdapat segelintir yang memerlukan sijil berkenaan untuk melakukan perjalanan dalam tempoh segera.

Susulan pendedahan itu, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Prof Datuk Dr M Subramaniam semalam menggesa pihak berkuasa menyiasat laporan media berkenaan beberapa individu cuba merasuah doktor untuk mendapatkan sijil digital lengkap vaksinasi COVID-19 tanpa disuntik vaksin.

Azam dalam pada itu meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung salah laku tersebut untuk menghubungi SPRM di talian utama (hotline) 1-800-88-6000 atau portal aduan rasuah di portaladuan.sprm.gov.my.



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Boardman viewed 'A huge wrong-way bet on Bitcoin has left an uniden' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Atas sambutan memberangsangkan, konsert GenKRU bak' 2 hrs 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Warga emas didakwa bunuh rakan | BEST FBKL' 4 hrs 30 mins ago
A visitor from New york viewed 'Malaysian Woman Kaur Gurcharan Singh Manpal, 44, w' 4 hrs 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 5 hrs 26 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Kes Culik Pamela Ling Kereta Penculik Guna Nombor ' 6 hrs 7 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Dua Wanita ‘Scammer’ Diburu Polis | BEST FBKL' 6 hrs 15 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 6 hrs 17 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 6 hrs 25 mins ago
A visitor from Des moines viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 6 hrs 28 mins ago