Translate

01 August 2021

Polis Buru Empat Tahanan Positif Covid-19 Lari Dari Pusat Kuarantin

 

Polis sedang memburu empat tahanan termasuk tiga pendatang asing warga Filipina yang melarikan diri ketika dikuarantin 


Polis buru empat tahanan positif COVID-19 lari dari pusat kuarantin

Astro Awani
1/8/2021

PENAMPANG: Polis sedang memburu empat tahanan termasuk tiga pendatang asing warga Filipina yang melarikan diri ketika dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang DSP Mohd Haris Ibrahim berkata semua tahanan terbabit melarikan diri pada pukul 3.30 pagi tadi.\

Katanya warga Filipina terbabit ialah Mohd Rahman Basir, 24, Mohd Diyazmir Razif Rudyaz, 20, dan Salman Arip, 19, manakala seorang lagi merupakan warga tempatan, Arippian Abdul, 27.

"Tahanan itu dipindahkan dari lokap Balai Polis Penampang ke PKRC berkenaan pada 24 Julai lalu, selepas disahkan positif COVID-19," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai semua tahanan supaya menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang di talian 088-723961 atau mana-mana balai polis berhampiran.

FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-buru-empat-tahanan-positif-covid19-lari-dari-pusat-kuarantin-311624

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED