Translate

09 July 2021

Malaysia Covid-19 July 9 : Malaysia reports a new daily record of 9,180 Cases | Deaths- 77


Kenyataan Akhbar KPK 9 Julai 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

9 JULAI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 9 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 5,713 kes (731,193 kes kumulatif, 89.4%);
  • Kes baharu : 9,180 kes (817,838 kes kumulatif);
  • Kes import : 7 kes (2 warganegara, 5 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 9,180 kes [7,122 warganegara (77.6%); 2,051 bukan warganegara (22.4%)];
  • Kes aktif : 80,665 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 959 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 465 kes;
  • Kes kematian : 77 kes (5,980 kes kumulatif, 0.73%; 73 warganegara, 4 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 3,029 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 30 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,164 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 865 kluster.

Sebanyak 77 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 28 kes di Selangor, 17 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sembilan (9) kes di Melaka, masing-masing lima (5) kes di Johor dan Negeri Sembilan, empat (4) kes di Pahang, tiga (3) kes di Sarawak,masing-masing dua (2) kes di Perak dan Terengganu, serta masing-masing satu (1) kes di Kedah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini dalam Kenyataan Akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), situasi peningkatan kes di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dijangkakan berikutan peningkatan saringan bertumpu (targeted screening) yang sedang giat dijalankan di kawasan-kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan saringan yang dijalankan di kilang-kilang. Didapati terdapat ramai juga individu di kawasan Lembah Klang yang tampil sendiri ke klinik swasta untuk menjalani ujian COVID-19. Mereka adalah di kalangan yang berisiko tinggi misalnya yang bergejala atau kontak rapat. KKM akan terus menjalankan aktiviti pengesanan kontak rapat dan tindakan pengasingan kes positif COVID-19 bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 dalam komuniti.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R/R(STATUS SEHINGGA 8 JULAI 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 8 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.09. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya (nilai RT 1.28). Manakala negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah Perak (nilai RT 1.18), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (nilai RT 1.16), Selangor (nilai RT 1.14), Pahang (nilai RT 1.10), Kedah (nilai RT 1.08), Sabah (nilai RT 1.07), Pulau Pinang (1.07), Melaka (nilai RT 1.06), Terengganu (nilai RT 1.04), dan Negeri Sembilan (nilai R1.02).

Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

9 Julai 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 9 JULAI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR4,400 (1)277,393
WP KUALA LUMPUR1,27186,313
JOHOR315 (2)74,037
SABAH32371,791
SARAWAK40668,247
NEGERI SEMBILAN89951,213
PULAU PINANG14236,196
KELANTAN151 (3)35,902
PERAK241 (1)28,758
KEDAH41727,838
MELAKA22220,762
PAHANG21415,601
TERENGGANU8211,671
WP LABUAN809,002
WP PUTRAJAYA162,511
 PERLIS1603
JUMLAH KESELURUHAN 9,180  (7)817,838

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 77 kes kematian pada 9 Julai 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNegeriJantina (Warganegara)Umur (Tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang Penyakit
5904KedahLelaki (WN)78Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarKencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang
5905SarawakPerempuan (WN)71Hospital KapitAsma
5906SelangorPerempuan (WN)55Hospital Kuala LumpurBuah pinggang
5907WP Kuala LumpurPerempuan (WN)58Hospital Kuala LumpurKencing manis dan obesiti
5908SarawakLelaki (WN)78Hospital KapitDarah tinggi
5909Negeri SembilanLelaki (WN)61Hospital TampinObesiti
5910SelangorLelaki (WN)54Hospital Kuala LumpurDarah tinggi
5911WP Kuala LumpurPerempuan (WN)58Hospital AmpangKencing manis dan darah tinggi
5912MelakaPerempuan (WN)62Hospital MelakaDarah tinggi
5913PahangLelaki (WN)56Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, TemerlohKencing manis dan darah tinggi
5914SelangorLelaki (WN)77Hospital Sungai BulohKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
5915SelangorLelaki (WN)60Hospital Sungai BulohKencing manis
5916SelangorPerempuan (WN)33Hospital Sungai BulohAsma
5917PerakPerempuan (WN)75Hospital Slim RiverDarah tinggi
5918SelangorLelaki (WN)56Jenazah dibawa ke Hospital SerdangDarah tinggi
5919WP Kuala LumpurPerempuan (WN)61Pusat Perubatan Universiti MalayaKencing manis dan kanser
5920SelangorLelaki (WN)52Hospital Ampang
5921SelangorPerempuan (WN)87Pusat Perubatan Universiti MalayaKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan strok
5922WP Kuala LumpurPerempuan (WN)83Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras
5923SarawakPerempuan (WN)86Hospital SibuDarah tinggi dan jantung
5924Negeri SembilanLelaki (WN)73Hospital TampinSaraf
5925MelakaLelaki (WN)53Hospital MelakaKencing manis dan darah tinggi
5926MelakaLelaki (WN)51Hospital MelakaDarah tinggi
5927TerengganuPerempuan (WN)42Hospital KemamanKencing manis dan darah tinggi
5928SelangorLelaki (WN)70Hospital SelayangKencing manis, darah tinggi, dan paru-paru kronik
5929MelakaPerempuan (WN)51Hospital MelakaKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5930WP Kuala LumpurPerempuan (WN)85Hospital Rehabilitasi CherasKencing manis, darah tinggi, dan jantung
5931WP Kuala LumpurLelaki (WN)64Hospital Sungai Buloh
5932WP Kuala LumpurLelaki (WN)64Hospital AmpangKencing manis dan darah tinggi
5933SelangorLelaki (WN)82Hospital Rehabilitasi Cheras
5934WP Kuala LumpurLelaki (WN)65Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan hati kronik
5935WP Kuala LumpurPerempuan (WN)77Hospital Rehabilitasi CherasDarah tinggi
5936Negeri SembilanPerempuan (WN)56Hospital TampinKencing manis, darah tinggi, buah pinggang, dan obesiti
5937SelangorLelaki (WN)82Hospital SelayangKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5938SelangorLelaki (WN)69Jenazah dibawa ke Hospital Serdang
5939SelangorLelaki (WN)53Hospital PutrajayaKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5940SelangorPerempuan (WN)36Hospital Sungai Buloh
5941SelangorPerempuan (WN)74Hospital SerdangKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
5942PahangPerempuan (WN)67Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, TemerlohKencing manis, darah tinggi, jantung, dan asma
5943JohorPerempuan (WN)74Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarKencing manis, darah tinggi, strok, asma, dan buah pinggang
5944SelangorLelaki (WN)62Jenazah dibawa ke Hospital Serdang
5945MelakaPerempuan (WN)69Hospital MelakaKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
5946PahangPerempuan (WN)55Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
5947SelangorPerempuan (WN)52Hospital Putrajaya
5948SelangorLelaki (WN)43Hospital AmpangDarah tinggi
5949SelangorPerempuan (WN)59Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasKencing manis dan kanser
5950JohorPerempuan (WN)76Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
5951Negeri SembilanPerempuan (WN)81Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasKencing manis, darah tinggi, dan strok
5952MelakaLelaki (WN)77Hospital MelakaKencing manis dan darah tinggi
5953SelangorLelaki (WN)56Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangKencing manis
5954SelangorPerempuan (WN)55Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangKencing manis dan darah tinggi
5955WP Kuala LumpurLelaki (WN)81Hospital Rehabilitasi CherasKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan buah pinggang
5956WP Kuala LumpurLelaki (WN)81Hospital Sungai BulohKencing manis dan strok
5957PerakPerempuan (WN)72Hospital Teluk IntanKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5958MelakaLelaki (WN)68Hospital MelakaKencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang
5959MelakaPerempuan (WN)75Hospital MelakaKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5960SelangorPerempuan (WN)74Jenazah dibawa ke Hospital SerdangDislipidemia
5961WP Kuala LumpurLelaki (WN)70Hospital Ampang
5962JohorLelaki (WN)61Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu PahatKanser
5963SelangorPerempuan (WN)69Hospital Sungai BulohKencing manis dan darah tinggi
5964SelangorPerempuan (WN)62Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
5965SelangorPerempuan (WN)51Hospital Kuala LumpurKencing manis dan darah tinggi
5966MelakaPerempuan (WN)72Hospital MelakaKencing manis
5967PahangPerempuan (WN)64Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, TemerlohKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan buah pinggang
5968TerengganuPerempuan (WN)48Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuKencing manis
5969SelangorPerempuan (WN)67Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasKencing manis, darah tinggi, obesiti, dan kanser
5970WP Kuala LumpurPerempuan (WN)70Jenazah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasDislipidemia
5971WP Kuala LumpurPerempuan (WN)66Hospital Kuala LumpurKencing manis dan darah tinggi
5972WP Kuala LumpurLelaki (WN)54Hospital Kuala LumpurKencing manis dan obesiti
5973WP Kuala LumpurLelaki (WN)58Jenazah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras
5974JohorLelaki (WN)69Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu PahatDarah tinggi, buah pinggang, dan hati
5975JohorLelaki (WN)66Hospital MelakaKencing manis, darah tinggi, dan jantung
5976Negeri SembilanLelaki (WN)84Hospital Tuanku Jaafar, SerembanDarah tinggi
5977WP Kuala LumpurLelaki (BWN)55Hospital Kuala Lumpur
5978WP LabuanPerempuan (BWN)72Hospital LabuanDarah tinggi
5979SelangorLelaki (BWN)53Hospital AmpangKencing manis
5980SelangorPerempuan (BWN)47Jenazah dibawa ke Hospital SerdangKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 3

Perincian 9,180 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 9 Julai 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR4,4002802,76611,353
WP KUALA LUMPUR1,271371569331
NEGERI SEMBILAN899350329220
KEDAH41767188162
SARAWAK40613918879
SABAH32312412178
JOHOR315146105262
PERAK24115558127
MELAKA2228111625
PAHANG2141415221
KELANTAN1516746335
PULAU PINANG142396439
TERENGGANU82106210
WP LABUAN80481517
WP PUTRAJAYA16142
 PERLIS110
JUMLAH KESELURUHAN9,1802,0184,69472,461

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 9 JULAI 2021

No. Nama Kluster Kategori  Kluster Negeri Daerah Jumlah Kes Jumlah disaring 
1Batu Lapan BakriTempat KerjaJohorMuar3384
2Jalan Bukit BakriTempat KerjaJohorMuar1130
3Jalan Haji JaibTempat KerjaJohorMuar1279
4Jalan Duku KiriTempat KerjaJohorJohor Bahru758
5Jalan Sri Plentong TigaTempat KerjaJohorJohor Bahru952
6Persiaran AgasTempat KerjaJohorTangkak, Muar, dan Segamat18206
7Industri Jalan KustaTempat KerjaSelangorGombak dan Petaling1845
8Zone T SelatanTempat KerjaSelangorSepang dan Kuala Langat55254
9Industri Jalan Telok GongTempat KerjaSelangorKlang46101
10Industri NakhodaTempat KerjaSelangorSabak Bernam850
11Industri Jalan Satu Selesa JayaTempat KerjaSelangorHulu Langat1417
12Industri Jalan Gombak Batu 11Tempat KerjaSelangorGombak3147
13Jalan Ipoh KecilTempat KerjaWP Kuala LumpurLembah Pantai1390
14Jalan MatangTempat KerjaWP Kuala LumpurKepong2227
15Tapak Bina Jalan Khoo Teik EeTempat KerjaWP Kuala LumpurLembah Pantai dan Cheras119226
16Taman Merdeka PermaiTempat KerjaMelakaMelaka Tengah2147
17Taman CempakaTempat KerjaMelakaMelaka Tengah23166
18Jalan Saw Ah ChoyTempat KerjaPerakLarut, Matang, dan Selama2331
19Jalan Seramik Chepor 11/1Tempat KerjaPerakKuala Kangsar dan Kinta20259
20Tapak Bina BidaraTempat KerjaNegeri SembilanSeremban75269
21Jalan Pasar Basah MukahTempat KerjaSarawakMukah dan Dalat32229
22Taman Bismi RahmatKomunitiKelantanTanah Merah1328
23Kampung Bunut SatutKomunitiKelantanKota Bharu915
24Kampung GelugorKomunitiKelantanTanah Merah1517
25Sawit SegamaKomunitiSabahLahad Datu1564
26Benteng Sri AmanPusat TahananSarawakSri Aman3856
27Tembok MiriPusat TahananSarawakMiri59631
28Pagar Taman IKSPusat TahananSelangorKuala Selangor51101
29Sungai Jelai Kuala LipisKumpulan Berisiko TinggiPahangLipis16153
30Jalan Desa PuteraPendidikan LainSelangorKlang1434


LAMPIRAN 5 

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 8 JULAI 2021 

NEGERINILAI RT
WP PUTRAJAYA1.28
PERAK1.18
WP KUALA LUMPUR1.16
SELANGOR1.14
PAHANG1.10
KEDAH1.08
SABAH1.07
PULAU PINANG1.07
MELAKA1.06
TERENGGANU1.04
NEGERI SEMBILAN1.02
JOHOR0.96
KELANTAN0.90
WP LABUAN0.86
SARAWAK0.86
PERLIS0
MALAYSIA1.09

Status Terkini #COVID19, 9 Julai 2021
Kes sembuh= 5,713
Jumlah kes sembuh= 731,193
Kes baharu positif= 9,180 (7 import)
Jumlah positif= 817,838
Kes kematian= 77
Jumlah kes kematian= 5,980
Kes dirawat di ICU= 959
Bantuan alat pernafasan= 465





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED