Translate

15 February 2021

Tiga Penjawat Awam Didakwa Kemuka Tuntutan Palsu, Salah Guna Kuasa - Video


 



Tiga penjawat awam didakwa kemuka tuntutan palsu, salah guna kuasa

Harian Metro
15/2/2021

Tiga penjawat awam agensi kerajaan Persekutuan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, pada Isnin atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu dan salah guna kuasa memberikan kontrak kepada ahli keluarga.

Tertuduh Panduan Paglin, 40, dan Erwan Roslan, 41, kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sabah dituduh mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana membuat tuntutan resit hotel palsu di Kota Kinabalu pada 2017.

Seorang lagi tertuduh, Mohd Hizan Laliman, 40, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) Sabah dituduh mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 kerana salah guna kuasa memberikan kontrak kepada ahli keluarganya.

Mengikut pertuduhan, Panduan dan Erwan masing-masing didakwa atas enam pertuduhan berkaitan tuntutan elaun perjalanan berdasarkan kepada enam bulan tuntutan membabitkan beberapa resit hotel palsu iaitu Panduan berjumlah RM3,443 manakala Erwan sebanyak RM2,938.

Source: Harian Metro YouTube


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED