Translate

14 February 2021

Pengarah Disyaki Cabul Kakitangan Bebas Dengan Jaminan Polis


Pengarah disyaki cabul kakitangan bebas dengan jaminan polis


BERNAMA
14/02/2021 


SHAH ALAM, 14 Feb -- Seorang pengarah agensi kerajaan di Selangor yang ditahan semalam bagi membantu siasatan kerana disyaki mencabul kakitangannya telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata suspek berusia 35 tahun itu dibebaskan selepas pegawai penyiasat selesai melakukan siasatan.

“Laporan polis dibuat oleh mangsa pada 12 Feb lepas pada kira-kira pukul 10.30 pagi dan suspek ditahan semalam, hari ini dia diberi jaminan polis setelah selesai tindakan oleh pegawai penyiasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

“Polis kini sedang menyiapkan kertas siasatan dan akan dirujuk kepada pihak pendakwa raya bagi tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Semalam media melaporkan suspek ditahan polis selepas dipanggil bagi membantu siasatan berhubung laporan polis berkenaan di Balai Polis Daerah Klang Selatan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED