Lelaki Indonesia dakwa bunuh, minum darah orang Aceh ditahan
BERNAMA
18/02/2021
SHAH ALAM, 18 Feb -- Polis menahan seorang lelaki yang memuat naik rakaman video menerusi media sosial mendakwa telah membunuh beberapa lelaki warga Indonesia keturunan Aceh serta meminum darah mereka.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata warga Indonesia berusia 31 tahun itu diberkas pada 5.30 petang semalam di Tanjung Sepat, Kuala Langat.
Suspek ditahan selepas memuat naik klip video berdurasi 59 saat itu yang dikesan oleh polis pada Isnin lalu tersebar menerusi aplikasi WhatsApp, katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Fadzil, sehari sebelum suspek ditangkap, pihaknya menahan seorang lelaki warga Indonesia yang disyaki membelasah suspek, dipercayai kerana marah atas perbuatan provokasi suspek dalam kilp video yang tersebar berkenaan.
"Polis turut menerima satu laporan daripada orang awam mendakwa melihat satu kejadian merusuh melibatkan beberapa lelaki disyaki warga Indonesia di Taman Selat Damai Pandamaran, Klang,” katanya.
Susulan itu katanya polis menahan seorang warga Indonesia berusia lingkungan 30-an yang disyaki terlibat dalam rusuhan tersebut, pada 11 malam Selasa lalu di Klang Selatan.
Menurutnya sebelum tangkapan itu, satu klip video berdurasi 25 saat tular, memaparkan lelaki yang mendakwa membunuh dan meminum darah warga Aceh dipukul oleh sekumpulan individu.
Fadzil berkata pihaknya sedang memburu beberapa lagi individu yang terlibat dalam kejadian merusuh itu.
Kedua-dua lelaki itu yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah kini direman selama 14 hari bermula hari ini dan kes disiasat menurut Seksyen 504 serta Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil serta Seksyen 51(5) Akta Imigresen 1959/63.