Translate

18 February 2021

Kenyataan Terperinci Covid-19 KKM - DG Hisham


Kenyataan Akhbar KPK 18 Februari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

18 FEBRUARI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 18 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 5,320 kes (235,082 kes kumulatif, 85.5%);
  • Kes baharu : 2,712 kes (274,875 kes kumulatif);
  • Kes import : 4 kes (3 warganegara; 1 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 2,708 kes [1,588 warganegara (58.6%); 1,120 bukan warganegara (41.4%)];
  • Kes aktif : 38,763 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 227 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 103 kes; dan
  • Kes kematian : 25 kes (1,030 kes kumulatif, 0.38%).

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,013 kes (37.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 795 kes (78.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 426 kes (15.7 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 212 kes (7.8 peratus).

Sebanyak 43 kes (1.6 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara, lokap, dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Bendera (19 kes), Kluster Telok Mas (11 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (8 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes), Kluster Matambai (1 kes), Kluster Penjara Kepayan (1 kes), Kluster DTI Sepang 2 (1 kes), dan Kluster Penjara Seberang Perai (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan 15 kes di Selangor, masing-masing tiga (3) kes di Sarawak dan Sabah, dua (2) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, serta masing-masing satu (1) kes di Johor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Sebanyak 21 kes kematian melibatkan  warganegara dan empat (4) kes melibatkan bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 18 Februari 2021:

  • Jumlah kluster : 1,045 kluster;
  • Jumlah kluster baharu :17 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 539 kluster (termasuk 10 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Silimpopon, Kluster Tapak Bina Dutamas, Kluster Gunung Raya, Kluster Taman Juta, Kluster Kampung Tengah, Kluster Alor Durian, Kluster Lintas Seraya, Kluster Jalan Kelapa, Kluster Tampoi Tujuh, dan Kluster J Bandar;
  • Jumlah kluster aktif : 506 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 94 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Kebun Baru (188 kes), Kluster Jalan Changkat Jong (158 kes), dan Kluster Selambau (155 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 17 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 14 kluster berkaitan tempat kerja, serta masing-masing satu (1) kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi, keagamaan, dan komuniti.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan Bukit KemuningSelangorTempat Kerja
2Jalan JituSelangorTempat Kerja
3Jalan Hulu TinggiSelangorTempat Kerja
4MayangSelangorTempat Kerja
5Jalan Industri KidamaiSelangorTempat Kerja
6Perindustrian Fasa DuaJohorTempat Kerja
7Jalan Perindustrian EstateJohorTempat Kerja
8Jalan DPB TigaJohorTempat Kerja
9Jalan Tebrau DuaJohorTempat Kerja
10Lot SatuSabahTempat Kerja
11Lot TujuhSabahTempat Kerja
12Lintang Kampung JawaPulau PinangTempat Kerja
13Jalan Changkat JongPerakTempat Kerja
14MediacityWP Kuala LumpurTempat Kerja
15Kampung JawekTerengganuKomuniti
16Jalan Sri PutriJohorKumpulan Berisiko Tinggi
17Jalan Telok IraPahangKeagamaan

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

18 Februari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 18 FEBRUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,01391,548
SABAH11451,769
WP KUALA LUMPUR212 (1)32,760
JOHOR426 (2)32,419
NEGERI SEMBILAN8113,582
PULAU PINANG11610,186
PERAK1987,842
SARAWAK200 (1)7,425
KEDAH1827,317
MELAKA385,728
KELANTAN  434,162
PAHANG523,626
TERENGGANU193,060
WP LABUAN52,232
WP PUTRAJAYA71,019
PERLIS6200
JUMLAH KESELURUHAN2,712 (4)274,875

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Kes positif 2,712 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 18 Februari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 1,013 kes 
    • 497 kes daripada kluster-kluster; termasuk 85 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Bukit Kemuning, Kluster Jalan Jitu, Kluster Jalan Hulu Tinggi, Kluster Mayang, dan Kluster Jalan Industri Kidamai;
    • 298 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 218 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 426 kes  
    • 174 kes daripada kluster-kluster, termasuk 134 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Perindustrian Fasa Dua, Kluster Jalan Sri Putri, Kluster Jalan Perindustrian Estate, Kluster Jalan DPB Tiga, dan Kluster Jalan Tebrau Dua;
    • 110 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 140 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 212 kes  
    • 49 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Mediacity;
    • 73 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 89 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 200 kes
    • 22 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 42 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 135 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 198 kes
    • 180 kes daripada kluster-kluster, termasuk 158 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Changkat Jong;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 182 kes
    • 165 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 114 kes 
    • 34 kes daripada kluster-kluster, termasuk 14 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Lot Satu dan Kluster Lot Tujuh;
    • 60 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 20 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 81 kes
    • 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 34 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 33 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 116 kes 
    • 63 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Lintang Kampung Jawa;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 32 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 52 kes
    • 43 kes daripada kluster-kluster, termasuk 40 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Telok Ira;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 43 kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • 25 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • 17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 38 kes
    • 22 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 19 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Jawek;
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Tujuh (7) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Lima (5) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.


LAMPIRAN 3

Ringkasan 25 kes kematian pada 18 Februari 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1006141532WP PutrajayaLelaki (WN)64Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan jantung
1007183158SarawakLelaki (WN)64Hospital Umum Sarawak, KuchingPenyakit darah tinggi, jantung, dan dislipidemia
1008207035SelangorLelaki (WN)82Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, jantung, dan darah tinggi
1009241977SarawakPerempuan (WN)73Hospital SibuPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1010251336SarawakLelaki (WN)67Hospital SibuPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
1011267711SelangorPerempuan (WN)81Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1012267712SelangorLelaki (WN)79Institut Jantung NegaraPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan jantung
1013267714SelangorPerempuan (WN)79Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
1014267715SelangorPerempuan (WN)78Jenazah dibawa ke Hospital AmpangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1015267717SelangorLelaki (WN)73Hospital SelayangPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dislipidemia, dan jantung
1016267719SelangorPerempuan (WN)71Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
1017267721SelangorPerempuan (WN)68Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis dan strok
1018267722SelangorLelaki (WN)64Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan leukemia
1019267723SelangorLelaki (WN)63Jenazah dibawa ke Hospital Serdang
1020267725SelangorLelaki (WN)60Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan jantung
1021267727SelangorLelaki (WN)58Hospital Shah AlamPenyakit darah tinggi
1022267874SabahLelaki (WN)40Jenazah dibawa ke Hospital TawauPenyakit darah tinggi
1023270637SabahLelaki (WN)65Jenazah dibawa ke Hospital TawauPenyakit darah tinggi dan buah pinggang kronik
1024270790WP Kuala LumpurPerempuan (WN)77Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, jantung, paru-paru kronik, dan obstructive sleep apnea
1025270791WP Kuala LumpurLelaki (WN)75Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan jantung
1026271291JohorLelaki (WN)71Hospital Sultan Ismail, Johor BahruParu-paru kronik dan traumatic brain injury
1027236399SabahPerempuan (BWN)3Hospital Duchess of Kent, SandakanBarah otak
1028267709SelangorPerempuan (BWN)100Hospital Shah AlamPenyakit darah tinggi, jantung, anemia, strok, dan buah pinggang kronik
1029267729SelangorPerempuan (BWN)55Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit darah tinggi
1030267730SelangorLelaki (BWN)47Jenazah dibawa ke Hospital Ampang

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian 17 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN BUKIT KEMUNING

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja  sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Bukit Kemuning, Shah Alam. Sehingga 18 Februari 2021, sejumlah 147 individu telah disaring, di mana 55 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN INDUSTRI KIDAMAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 14 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja  sebuah kilang yang terletak di Jalan Industri Kidamai, Kajang. Sehingga 18 Februari 2021, sejumlah 510 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN JITU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 17 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja dua (2) buah kilang yang tinggal di asrama pekerja yang sama di Jalan Jitu, off Jalan Bukit Kemuning, Shah Alam. Sehingga 18 Februari 2021, sejumlah 516 individu telah disaring, di mana 39 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN HULU TINGGI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling, Klang, Kuala Selangor, dan Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 26 Januari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Hulu Tinggi, Kawasan Perindustrian HICOM, Shah Alam. Sehingga 18 Februari 2021, sejumlah 800 individu telah disaring, di mana 61 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER MAYANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 7 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Mayang, Petaling Jaya. Sehingga 18 Februari 2021, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN PERINDUSTRIAN ESTATE

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai, Kota Tinggi, dan Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Senai Industrial Estate, Kulai. Sehingga 18 Februari 2021, sejumlah 239 individu telah disaring, di mana 53 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN DPB TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-273546) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja di sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan DPB 3, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor Bahru. Sehingga 18 Februari 2021, sejumlah 97 individu telah disaring, di mana 41 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PERINDUSTRIAN FASA DUA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Kota Tinggi di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Fasa 2, Senai. Sehingga 18 Februari 2021, sejumlah 146 individu telah disaring, di mana 27 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SRI PUTRI

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-265707) dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan yang terletak di Jalan Sri Putri, Taman Putri, Kulai. Sehingga 18 Februari 2021, sejumlah 30 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN TEBRAU DUA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-261065) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) yang telah dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Februari 2021. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Tebrau, Bukit Senyum, Johor Bahru. Sehingga 18 Februari 2021, sejumlah 96 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER MEDIACITY

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras, Titiwangsa, dan Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-217129) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Mediacity, Lembah Pantai. Sehingga 18 Februari 2021, sejumlah 258 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN CHANGKAT JONG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hilir Perak dan Perak Tengah di Perak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 3 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat yang terletak di Jalan Changkat Jong, Teluk Intan, Hilir Perak. Sehingga 18 Februari 2021, sejumlah 471 individu telah disaring, di mana 166 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER LOT SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Penampang di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-265265) dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah restoran yang terletak di Lot 1, Pekan Donggongon, Penampang. Sehingga 18 Februari 2021, sejumlah 11 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER LOT TUJUH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Penampang di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-270627) dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah restoran di Lot 7, Majukota Commercial Centre, Penampang. Sehingga 18 Februari 2021, sejumlah 30 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER LINTANG KAMPUNG JAWA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Selatan, Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Utara di Pulau Pinang. Kes-kes awal dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 1 Februari 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Lintang Kampung Jawa,  Kawasan Perindustrian Bayan Lepas, Barat Daya. Sehingga 18 Februari 2021, sejumlah 208 individu telah disaring, di mana 86 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN TELOK IRA

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Temerloh di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-269131) dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Februari 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian yang terletak di Jalan Telok Ira, Temerloh . Sehingga 18 Februari 2021, sejumlah 263 individu telah disaring, di mana 47 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG JAWEK

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Besut di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-264222) dilaporkan positif COVID-19 pada 14 Februari 2021 hasil saringan kontak rapat. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Jawek, Jerteh, Besut. Sehingga 18 Februari 2021, sejumlah 146 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED