Translate

16 February 2021

Kenyataan Terperinci Covid-19 KKM - DG Hisham


Kenyataan Akhbar KPK 16 Februari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

16 FEBRUARI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 16 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 5,718 kes (224,053 kes kumulatif, 83.2%);
  • Kes baharu : 2,720 kes (269,165 kes kumulatif);
  • Kes import : Tiada
  • Kes tempatan : 2,720 kes [1,391 warganegara (51.1%); 1,329 bukan warganegara (48.9%)];
  • Kes aktif : 44,129 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 253 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 118 kes; dan
  • Kes kematian : 8 kes (983 kes kumulatif, 0.37%).

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,300 kes (47.8 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,067 kes (82.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 451 kes (16.6 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 318 kes (11.7 peratus).

Sebanyak 57 kes (2.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara, lokap, dan depoh tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Bendera (35 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (14 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (4 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes), dan Kluster Tembok Taiping (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan tiga (3) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,  dua (2) kes di Selangor, serta masing-masing satu (1) kes di Sabah, Sarawak, dan Negeri Sembilan. Sebanyak tujuh (7) kes kematian melibatkan warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 16 Februari 2021:

  • Jumlah kluster : 1,015 kluster;
  • Jumlah kluster baharu :19 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 516 kluster (termasuk sembilan (9) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Thamby, Kluster Tapak Bina Hevea, Kluster Jalan Padu, Kluster Pasar Jalan Sentosa, Kluster Wawasan Gading, Kluster Jalan Datuk, Kluster Tampoi Jaya, Kluster Rantau Cempaka, dan Kluster Keranji Tabuan;
  • Jumlah kluster aktif : 499 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 79 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Damar (201 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Segambut (173 kes), dan Kluster Industri Cyber (161 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 19 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 14 kluster berkaitan tempat kerja, empat (4) kluster komuniti, dan satu (1) kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Package PengerangJohorTempat Kerja
2Wawasan KulaiJohorTempat Kerja
3Industri CyberJohorTempat Kerja
4Jalan Pelepas EmpatJohorTempat Kerja
5Rawang BestariSelangorTempat Kerja
6Jalan Industri Dua BelasSelangorTempat Kerja
7Jalan Industri TigaSelangorTempat Kerja
8Jalan LazuardiSelangorTempat Kerja
9Simpang TigaSabahTempat Kerja
10Jalan Apas EmpatSabahTempat Kerja
11Tapak Bina Jalan SegambutWP Kuala LumpurTempat Kerja
12Jengka TujuhPahangTempat Kerja
13Jalan DayKedahTempat Kerja
14Jalan Kayu ManisPerakTempat Kerja
15GelongSarawakKomuniti
16Kidurong DuaSarawakKomuniti
17Kampung Sungai MaongSarawakKomuniti
18UnivistaSarawakKomuniti
19Jalan GeronggangSarawakKumpulan Berisiko Tinggi

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

16 Februari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 16 FEBRUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,30089,153
SABAH13251,561
WP KUALA LUMPUR31832,322
JOHOR45131,557
NEGERI SEMBILAN6413,268
PULAU PINANG729,978
PERAK697,545
KEDAH387,099
SARAWAK1937,025
MELAKA145,670
KELANTAN  174,047
PAHANG193,560
TERENGGANU262,950
WP LABUAN12,226
WP PUTRAJAYA61,010
PERLIS0194
JUMLAH KESELURUHAN2,720269,165

LAMPIRAN 2

Kes positif 2,720 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 16 Februari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 1,300 kes 
    • 645 kes daripada kluster-kluster; termasuk 82 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Rawang Bestari, Kluster Jalan Lazuardi, Kluster Jalan Industri Dua Belas, dan Kluster Jalan Industri Tiga;
    • 422 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 233 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 451 kes  
    • 365 kes daripada kluster-kluster, termasuk 316 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Package Pengerang, Kluster Wawasan Kulai, Kluster Industri Cyber, dan Kluster Jalan Pelepas Empat;
    • 37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 49 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 318 kes  
    • 222 kes daripada kluster-kluster, termasuk 173 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Segambut;
    • 33 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 63 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 193 kes
    • 62 kes daripada kluster-kluster, termasuk 48 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Kidurong Dua, Kluster Gelong, Kluster Univista, Kluster Kampung Sungai Maong, dan Kluster Jalan Geronggang;
    • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 103 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 132 kes 
    • 63 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Apas Empat dan Kluster Simpang Tiga;
    • 56 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 64 kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 44 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 72 kes 
    • 30 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 69 kes
    • 61 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kayu Manis;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 38 kes
    • 26 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Day;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 26 kes
    • 20 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 19 kes
    • 16 kes daripada kluster-kluster, termasuk 14 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jengka Tujuh;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 17 kes
    • 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 14 kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Enam (6) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.


LAMPIRAN 3

Ringkasan lapan (8) kes kematian pada 16 Februari 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (Warganegara)Umur (Tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
976203364SarawakPerempuan (WN)84Hospital SibuPenyakit kencing manis dan darah tinggi
977235145SelangorLelaki (WN)74Hospital Kuala LumpurParkinson’s Disease
978236545SabahPerempuan (WN)86Hospital KeningauPenyakit kencing manis dan darah tinggi
979245772SelangorLelaki (WN)56Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit imuniti rendah
980247013WP Kuala LumpurLelaki (WN)81Hospital Kuala LumpurPenyakit darah tinggi, kencing manis, buah pinggang kronik, jantung, dan pulmonary embolism
981256598WP Kuala LumpurLelaki (WN)76Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit darah tinggi, kencing manis, dan jantung
982265864Negeri SembilanLelaki (WN)86Hospital Tuanku Jaafar, SerembanPenyakit paru-paru kronik
983246908WP Kuala LumpurLelaki (BWN)47Hospital Kuala Lumpur

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian 19 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER  RAWANG BESTARI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak dan Hulu Selangor di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Rawang Integrated Industrial Park, Gombak. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 594 individu telah disaring, di mana 45 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN LAZUARDI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Lazuardi, Shah Alam. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 61 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN INDUSTRI DUA BELAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Industri 12, Kampung Baru Sungai Buloh. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 123 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN INDUSTRI TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 7 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Industri 3/4, Rawang Integrated Industrial Park, Gombak. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 157 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER INDUSTRI CYBER

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Jalan Cyber 14, Kawasan Perindustrian Senai 4, Kulai. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 315 individu telah disaring, di mana 161 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN PELEPAS EMPAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Pelepas 4/6, Johor Bahru. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 255 individu telah disaring, di mana 87 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER WAWASAN KULAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Kota Tinggi di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 14 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Wawasan, Kulai. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 220 individu telah disaring, di mana 68 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PACKAGE PENGERANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-221828) dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan  yang terletak di Pengerang, Kota tinggi. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 157 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN SEGAMBUT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Segambut, Kepong. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 483 individu telah disaring, di mana 173 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER UNIVISTA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Samarahan dan Kuching di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-261634) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Taman Univista, Samarahan. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 184 individu telah disaring, di mana 45 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER GELONG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kapit di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-264023) dilaporkan positif COVID-19 pada 14 Februari 2021 hasil saringan kendiri. Kluster ini melibatkan sebuah majlis pengebumian. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Taman Sri Gelong, Jalan Selirik, Kapit. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 86 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN GERONGGANG

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Sibu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-254747) dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Februari 2021 hasil saringan komuniti. Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Jalan Geronggang, Sibu. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 41 individu telah disaring, di mana kesemua kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG SUNGAI MAONG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuching di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-261632) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Kampung Sungai Maong, Kuching. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 50 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KIDURONG DUA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Bintulu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-254739) dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala yang bekerja di Kidurong Dua, Bintulu. Kluster ini melibatkan ahli keluarga dan kontak rapat kes indeks.  Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 74 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN APAS EMPAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tawau dan Kalabakan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-201599) dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan dua buah kilang yang terletak di Tawau. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kerja kes indeks yang terletak di Jalan Apas 4. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 390 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SIMPANG TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Belud, Kota Marudu, dan Pitas di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-240454) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di kawasan yang dikenali sebagai Simpang Tiga, Kudat. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 53 individu telah disaring, di mana25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KAYU MANIS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Manjung di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-226338) dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pasar raya yang terletak berdekatan dengan Jalan Kayu Manis, Seri Manjung. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 34 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN DAY

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Setar dan Kubang Pasu di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-251281) dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian yang terletak di Jalan Day (nama lama bagi Jalan Sultanah), Alor Setar. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 109 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JENGKA TUJUH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Maran dan Jerantut di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-238642) dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Februari 2021 hasil saringan pra pembedahan. Kluster ini melibatkan dua pusat pengajian di Maran.  Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jengka 7, Maran. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 182 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED