Translate

01 February 2021

Kanak-Kanak Mangsa Dera Selamat Dikebumikan Di Jasin

Jenazah Amir Dituntut Keluarga Kandung
Kanak-kanak mangsa dera selamat dikebumikan di Jasin


BERNAMA
01/02/2021 


JASIN, 1 Feb -- Jenazah kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang ditemukan lemas di dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya di sini, Jumaat lepas selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Simpang Bekoh di sini, kira-kira 12.40 tengah hari ini.

Jenazah dituntut keluarga kandung ibunya di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka kira-kira 10.05 pagi tadi dan disolatkan di Surau Madrasah As Syakirin sebelum dibawa ke tanah perkuburan yang terletak 600 meter dari rumah datuk kandung kanak-kanak itu.

Pengebumian yang dikawal ketat oleh pihak Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Awam dan Angkatan Pertahanan Awam itu turut dihadiri ahli keluarga kandung dan keluarga angkat kanak-kanak itu, namun pihak media tidak dibenarkan masuk ke perkarangan tanah perkuburan tersebut atas permintaan keluarga kandung kanak-kanak itu.

Sementara itu, ibu angkat kanak-kanak itu Norlida Abu Hassan, 50, ketika ditemui pemberita berkata meskipun arwah tidak disemadikan di Selangor, namun dia sekeluarga tetap akan menziarahi pusara anak angkatnya yang mesra dipanggil ‘adik’.

Terdahulu, tinjauan Bernama di sekitar rumah datuk kandung kanak-kanak itu mendapati kediaman tersebut tertutup rapi dan sunyi tanpa kehadiran keluarga dan sanak saudara, namun hanya kedengaran radio yang memutarkan alunan bacaan al-Quran.

Bapa saudara kandung mangsa yang ditemui di sekitar rumah itu berkata liang lahad di tanah perkuburan itu telah digali sejak semalam selepas ahli keluarganya memutuskan untuk menguruskan keseluruhan proses pengebumian jenazah kanak-kanak malang tersebut.

Jumaat lepas, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut, dipercayai akibat didera ibu kandung dan bapa tirinya, dalam satu kejadian di Taman Krubong Jaya di sini.

Kanak-kanak itu didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya dalam kejadian kira-kira 4 petang, namun siasatan awal polis mendapati terdapat kecederaan fizikal pada badan mangsa.

Mangsa sebelum ini dibesarkan keluarga angkatnya yang tinggal di Rawang, Selangor ketika masih bayi sebelum ibu kandung mangsa mengambilnya semula untuk dijaga, pada Oktober tahun lepas.

FOR MORE NEWS GO TO:
Woman Suspect In Child Abuse Case Not A Mental Patient - Police

Keluarga angkat kanak-kanak mangsa dera harap dapat kebumi jenazah adik

Abused Boy's Cause Of Death Yet To Be Determined - Police



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Seri kembangan viewed 'Angka korban meningkat kepada' 3 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '"Top Gun" and "Batman" star Val Kilmer dies | BEST' 5 hrs 54 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Traders Hotel Kuala Lumpur Serves One of the Best ' 7 hrs 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '"Top Gun" and "Batman" star Val Kilmer dies | BEST' 7 hrs 56 mins ago
A visitor from Volgograd viewed 'Tukang Masak Mengaku Tidak Bersalah Rogol Jiran Be' 8 hrs 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Small plane crashes in Minnesota after close call ' 10 hrs 39 mins ago
A visitor from Perth viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 11 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'List of The Yang Di-Pertuan Agong's | BEST FBKL' 11 hrs 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '"Top Gun" and "Batman" star Val Kilmer dies | BEST' 11 hrs 29 mins ago