Translate

18 February 2021

Dituduh Rogol Anak Tiri Dalam Kereta - Video


 


Dituduh rogol anak tiri dalam kereta

Harian Metro
18/2/2021

Peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, pada Khamis, atas pertuduhan merogol anak perempuan tirinya di dalam kereta pada awal bulan ini.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada lelaki berusia 43 tahun itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim.

Source: Harian Metro YouTube

Peniaga didakwa rogol anak tiri 15 tahun dalam kereta

Astro Awani
18/2/2021

BUTTERWORTH:Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas pertuduhan merogol anak tiri perempuannya yang berusia 15 tahun, di dalam sebuah kereta, pada 4 Februari lepas.

Tertuduh yang berusia 43 tahun itu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol anak tirinya di dalam sebuah kereta, yang diletakkan di tepi jalan di Jalan Bagan Jermal, Butterworth pada jam 6.30 petang, 4 Februari lepas.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun atau sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Syeqal Che Murat, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh memberitahu mahkamah bahawa dia tidak mempunyai penjamin, selain mempunyai masalah kesihatan termasuk penyakit paru-paru dan buah pinggang serta masih menerima rawatan di hospital.

Noor Aini kemudiannya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Mahkamah menetapkan 18 Mac depan untuk sebutan semula kes bagi keputusan perubatan dan laporan DNA.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED