Translate

18 February 2021

Dine-in Di Restoran/ Kedai Makan Dibenarkan Di Semua Kawasan PKP, PKPB Dan PKPP, Mengikut Keluasan Meja Makan



Dine-in Di Restoran/ Kedai Makan Dibenarkan Di Semua Kawasan PKP, PKPB Dan PKPP, Mengikut Keluasan Meja Makan Dengan Penjarakan Fizikal 1 Meter Antara Pelanggan Dan Antara Meja.

Boleh makan di kedai ikut saiz meja, lebih dua penumpang dalam satu kenderaan di kawasan PKP - Ismail Sabri

BERNAMA
18/02/2021 

PUTRAJAYA, 18 Feb -- Boleh makan di kedai mengikut keluasan meja dengan penjarakan fizikal satu meter serta jumlah penumpang dibenarkan mengikut kapasiti kenderaan, merupakan antara kelonggaran baharu diputuskan kerajaan bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kelonggaran itu berkuat kuasa esok.

"Mengambil kira rayuan pelbagai pihak, kita longgarkan syarat-syarat ini. Bagaimanapun, saya nasihatkan supaya masyarakat membuat kawalan kendiri… kanak-kanak kecil dan warga emas tidak digalakkan untuk dibawa keluar," katanya pada sidang media perkembangan PKP di sini hari ini.

PKP di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang telah dilanjutkan bermula esok hingga 4 Mac ini.

Berdasarkan SOP di kawasan PKP sebelum ini, hanya dua orang dibenarkan untuk satu meja di kedai makan dan hanya dua penumpang dibenarkan menaiki satu kenderaan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Putrajaya viewed 'Pemandu kereta merah tampil' 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Trafik sesak di Lebuhraya KL-Karak, pe' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu lori cedera diserang harimau kumbang di Bu' 36 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Angka kematian akibat gempa bumi Myanmar meningkat' 40 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Shereen raih emas acara 400m di Amerika Syarikat |' 48 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pengurus syarikat rugi RM703,000 terperdaya pelabu' 51 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Wanita Diragut Ketika Beraya | BEST FBKL' 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Trump introduces 'Golden Card' for wealthy immigra' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Trump introduces 'Golden Card' for wealthy immigra' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Trump introduces 'Golden Card' for wealthy immigra' 1 hr 53 mins ago