Translate

14 February 2021

Cubaan Merempuh Sekatan Jalanraya Di Gombak: Suspek Ditahan - Video


 


CUBAAN MEREMPUH SEKATAN JALANRAYA DI GOMBAK: SUSPEK DITAHAN

PDRM RMP TV Channel
14/2/2021

NEKAD MEREMPUH SEKATAN JALANRAYA DI BAWAH PENGARUH DADAH AKHIRNYA DTAHAN OLEH PIHAK POLIS

SEORANG LELAKI YANG BERTINDAK AGRESIF  DENGAN MEREMPUH SEKATAN JALANRAYA YANG DILAKSANAKAN OLEH PIHAK POLIS DI JALAN BESAR, DESA AMANPURI BERJAYA DITAHAN DAN DISYAKI DI BAWAH PENGARUH DADAH.

 KEJADIAN DILAPORKAN BERLAKU PADA 14 FEBRUARI 2021 SEKITAR JAM 1245 PAGI. AKIBAT TINDAKAN INI, PETUGAS POLIS YANG MELAKSANAKAN PENGUATKUASAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN HAMPIR MENGALAMI KECEDERAAN PARAH SETELAH KHEMAH DAN PERALATAN MEREKA DIREMPUH OLEH SASPEK.

KES DISIASAT DIBAWAH,

SEKSYEN 307 KANUN KESEKSAAN IAITU (CUBAAN BUNUH) YANG MEMPERUNTUKKAN HUKUMAN PENJARA SEHINGGA 20 TAHUN, JIKA SABIT KESALAHAN.

SEKSYEN 26(2) AKTA POLIS KERANA (MENGINGKARI PERINTAH BERHENTI OLEH PEGAWAI POLIS KETIKA SEKATAN JALANRAYA) DAN APABILA DISABITKAN BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN PENJARA SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI DUA BELAS BULAN ATAU DENDA TIDAK MELEBIHI SATU RIBU RINGGIT ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI.

DAN JUGA

PERATURAN 16 PERATURAN2 PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT ( LANGKAH2 DIDALAM KAWASAN TEMPATAN JANGKITAN)  KAWALAN PERGERAKAN NO 2 2021 YANG BOLEH HUKUMAN DENDA TIDAK MELEBIHI SATU RIBU RINGGIT ATAU DIPENJARAKAN SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI 6 BULAN ATAU KEDUA-DUANYA.

LAPORKAN KEJADIAN JENAYAH YANG BERLAKU DISEKITAR ANDA, KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI?

Source: PDRM RMP TV Channel YouTube
PDRM RMP TV Channel

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED