Translate

05 February 2021

Bekas Pengerusi Mara Inc Datuk Mohammad Lan Allani Tiba Di Kompleks Mahkamah


5/2/2021

Bekas Pengerusi MARA Inc bergelar Datuk akan didakwa dengan 22 pertuduhan selepas disyaki menerima rasuah RM33.45 juta hasil pembelian hartanah di Australia oleh MARA Inc, Jumaat ini 

Bekas Pengerusi Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) bergelar Datuk tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pagi ini. 

Dia akan didakwa dengan 22 pertuduhan rasuah kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM33.45 juta daripada pembelian kontroversi hartanah di Melbourne, Australia.

Bekas Pengerusi MARA Inc didakwa 22 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram RM20.45 juta

BERNAMA
05/02/2021 

KUALA LUMPUR, 5 Feb -- Bekas Pengerusi Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) Datuk Mohammad Lan Allani hari ini, dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen di sini, atas 22 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM20.45 juta, membabitkan hartanah di Melbourne, Australia.

Mohammad Lan, 65, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azura Alwi dan Rozina Ayob.

Tertuduh didakwa atas 17 pertuduhan menerima suapan, tiga pertuduhan cuba menerima suapan dan dua pertuduhan pengubahan wang haram, antaranya bagi meluluskan kertas cadangan bertajuk 'Proposed Acquisition of a Student Accommodation Building and a Commercial Retail Block known as Dudley International House, 7-13 Dudley Street, Caulfield East, Victoria 3145, Melbourne, Australia antara 2012 dan 2013.

Kemua kesalahan itu didakwa dilakukan di beberapa lokasi antaranya di Solaris Mont Kiara, Maybank Cawangan Mont Kiara, sebuah restoran di Bukit Kiara dan CIMB Bank Jalan Sagunting, Kota Kinabalu.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM400,000 dengan seorang penjamin dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah, sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 8 April depan untuk sebutan semula kes.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED