Translate

18 January 2021

Video: Sindiket 'Like dan Share' Perdaya Rakyat India Tumpas


                       


Harian Metro
18/1/21

Polis menahan 20 individu termasuk sembilan warga China dipercayai terbabit dalam sindiket pelaburan 'Like dan Share' antarabangsa di sebuah inap desa di Ayer Tawar, di sini, Jumaat lalu. 

Mereka berusia 18 hingga 45 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung pada 9 malam. 

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, polis menahan 11 warga tempatan membabitkan enam lelaki dan lima wanita termasuk dua remaja perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

 Menurutnya, penahanan sembilan warga China pula membabitkan enam lelaki dan tiga wanita yang dipercayai bertugas sebagai penyelia. 

Nor Omar berkata, sindiket itu menggaji pekerja tempatan sebanyak RM2,000 hingga RM7,000 sebulan dan mereka sudah beroperasi dengan menyewa inap desa terbabit sejak dua bulan lalu.

Source: Harian Metro YouTube

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED