#BuletinBernama: Kementerian Luar Negeri Jepun melarang warganegara asing daripada memasuki negaranya bermula hari ini sehingga akhir Januari selepas beberapa kes varian baharu COVID-19 dilaporkan.
Langkah itu dilakukan selepas kerajaan metropolitan Tokyo kelmarin mengesahkan dua kes varian baharu COVID-19, membabitkan orang yang baru pulang dari United Kingdom.