Kenyataan Akhbar KPK 4 November 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 820 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 24,815 kes (70 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Pecahan kes yang sembuh adalah seperti berikut:
- Sabah (472 kes);
- Selangor (103 kes);
- Negeri Sembilan (71 kes);
- Wilayah Persekutuan Labuan (66 kes);
- Pulau Pinang (46 kes);
- Kedah (21 kes);
- Perak (21 kes);
- Sarawak (14 kes);
- Johor (3 kes);
- Kelantan (2 kes); dan
- Melaka (1 kes).
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Secara keseluruhannya, sehingga 4 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 1,032 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 35,425 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,339 kes.
Dimaklumkan pada hari ini, negeri Sabah mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 646 kes (62.6 peratus) daripada keseluruhan kes positif harian. Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 244 kes (23.6 peratus). Manakala, Wilayah Persekutuan (WP) Labuan pula mencatatkan 28 (2.7 peratus) kes positif pada hari ini. Kelima-lima negeri ini telah menyumbang sebanyak 918 kes (89.0 peratus) secara keseluruhan. Negeri-negeri ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Sebanyak 98 kes (9.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster penjara dan Pusat Tahanan Sementara (PTS). Ini melibatkan Kluster Penjara Sandakan (34 kes), Kluster Penjara Kepayan (24 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (16 kes), Kluster Rumah Merah (11 kes), Kluster Tembok (8 kes) dan Kluster Benteng PK (5 kes).
Ingin dimaklumkan daripada 1,032 kes baharu pada hari ini, terdapat tiga (3) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang kesemuanya melibatkan bukan warganegara yang tiba dari negara:
- India (1 kes);
- Singapura (1 kes); dan
- Filipina (1 kes).
Daripada 1,029 kes penularan di dalam negara, satu (1) kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah. Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 479 kes.
Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:
- Sabah: 646 kes
- 100 kes daripada kluster-kluster, termasuk 54 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Penjara Sandakan, Kluster Dialisis, dan Kluster Sepanggar.
- 367 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- 179 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Selangor: 231 kes
- 155 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Aero;
- 40 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
- Satu (1) kes saringan Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
- 34 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Negeri Sembilan : 44 kes
- 36 kes daripada kluster-kluster, termasuk 16 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Lengkuk;
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Labuan : 28 kes
- Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kedah : 25 kes
- 23 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pulau Pinang : 23 kes
- 21 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- Dua (2) daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Sarawak : Sembilan (9) kes
- Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : Tujuh (7) kes
- Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perak : Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya : Empat (4) kes
- Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Gading; dan
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Terengganu : Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada.
- Kelantan: Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Johor : Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
Sehingga kini, terdapat 82 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lapan (8) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 271 kes (0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:
Kes No. Kematian | Kes No. | Negeri | Jantina (Warganegara) | Umur (tahun) | Hospital | Latar Belakang |
264 | 17745 | Sabah | Lelaki (WN) | 83 | Hospital Duchess of Kent | Penyakit darah tinggi, kencing manis dan strok |
265 | 32597 | Sabah | Lelaki (WN) | 63 | Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas | Penyakit paru-paru kronik |
266 | 16846 | Perak | Lelaki (WN) | 79 | Hospital Raja Permaisuri Bainun | Penyakit darah tinggi, dislipidemia dan penyakit buah pinggang |
267 | 32191 | Sabah | Lelaki (WN) | 64 | Hospital Tuaran | Penyakit darah tinggi dan dislipidemia |
268 | 29671 | Sabah | Lelaki (WN) | 56 | Hospital Duchess of Kent | Penyakit darah tinggi, kencing manis, dislipidemia dan penyakit jantung |
269 | 33909 | Sabah | Lelaki (WN) | 63 | Hospital Duchess of Kent | Penyakit obstruktif paru-paru kronik (COPD) |
270 | 25352 | Sabah | Perempuan (BWN) | 60 | Hospital Tawau | Penyakit kencing manis, darah tinggi dan kegagalan jantung |
271 | 34013 | Sabah | Lelaki (BWN) | 70 | Hospital Tawau | Strok |
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara
KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
KLUSTER DIISYTIHAR TAMAT
KKM ingin memaklumkan bahawa dua (2) kluster diisytiharkan tamat pada hari ini iaitu Kluster Embun dan Kluster Bah Tanjung. Tiada kes kematian yang dilaporkan daripada kluster-kluster ini.
- KLUSTER EMBUN
Kluster ini melibatkan negeri Selangor. Sehingga 4 November 2020, seramai 247 orang telah disaring di mana tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19. Kadar positiviti bagi kluster ini adalah 2.83%.
- KLUSTER BAH TANJUNG
Kluster ini melibatkan negeri Terengganu. Sehingga 4 November 2020, seramai 230 orang telah disaring di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19. Kadar positiviti bagi kluster ini adalah 3.48%.
ENAM (6) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI
KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat enam (6) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;
- KLUSTER PENJARA SANDAKAN
Kluster baharu ini melibatkan sebuah penjara di daerah Sandakan, negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-29176) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan banduan pada 27 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 38 lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 4 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 293 individu telah disaring, di mana:
- 39 kes dikesan positif COVID-19 (34 kes baharu); dan
- 254 individu masih menunggu keputusan.
- KLUSTER DIALISIS
Kluster baharu ini melibatkan daerah Sandakan dan Lahad Datu di negeri Sabah. Kes-kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-25306, kes ke-25316 dan kes ke-26223) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan petugas kesihatan pada 23 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 16 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Lahad Datu.
Sehingga 4 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 49 individu telah disaring, di mana:
- 19 kes dikesan positif COVID-19 (14 kes baharu); dan
- 30 individu dikesan negatif.
- KLUSTER SEPANGGAR
Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-25339) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 24 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, Institut Kemahiran Mara (IKM), Sepanggar, Sabah. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 4 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 95 individu telah disaring, di mana:
- Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 (6 kes baharu);
- 86 individu dikesan negatif; dan
- Satu (1) individu masih menunggu keputusan.
- KLUSTER AERO
Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-35186) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat pada 3 November 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat yang seterusnya telah mengesan sebanyak 10 lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 4 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 95 individu telah disaring, di mana:
- 11 kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu); dan
- 84 individu dikesan negatif.
- KLUSTER LENGKUK
Kluster baharu ini melibatkan daerah Sepang di negeri Selangor dan daerah Seremban, Port Dickson serta Rembau di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-29916) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 28 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 23 lagi kes positif COVID-19. Kes-kes tersebut dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Hospital Rembau dan Hospital Tampin.
Sehingga 4 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 86 individu telah disaring, di mana:
- 24 kes dikesan positif COVID-19 (16 kes baharu); dan
- 62 individu dikesan negatif.
- KLUSTER GADING
Kluster baharu ini melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-30090) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat pada 29 Oktober 2020. Saringan kontak rapat yang seterusnya telah mengesan sebanyak enam (6) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
Sehingga 4 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana:
- Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
- Lapan (8) individu dikesan negatif; dan
- 17 individu masih menunggu keputusan.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:
- Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
- Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
- Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
- Amalkan etika batuk dan bersin;
- Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
- Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
- Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:
- S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
- O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
- P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
4 November 2020 @ 5.30 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 4 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SABAH | 646 | 17,519 |
SELANGOR | 231 | 5,410 |
W.P. KUALA LUMPUR | 9 (2) | 3,101 |
KEDAH | 25 | 2,165 |
NEGERI SEMBILAN | 44 | 1,746 |
PULAU PINANG | 23 | 1,096 |
SARAWAK | 9 | 936 |
JOHOR | 2 (1) | 919 |
W.P. LABUAN | 28 | 701 |
PERAK | 6 | 528 |
PAHANG | 0 | 395 |
MELAKA | 0 | 313 |
TERENGGANU | 3 | 213 |
KELANTAN | 2 | 184 |
W.P. PUTRAJAYA | 4 | 161 |
PERLIS | 0 | 38 |
JUMLAH KESELURUHAN | 1,032 (3) | 35,425 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini
(4 November 2020)
Bil. | Kluster | Negeri | Daerah | Kes Baharu | Jumlah Kes | Jumlah Yang Disaring | Kes Aktif (Kes ICU) | Jumlah Sembuh | Jumlah Kematian |
1 | Hentian | Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri Sembilan | Hulu Langat, Petaling, Sepang, Klang, Gombak, Cheras, Titiwangsa, Putrajaya, Seremban | 67 | 325 | 2,190 | 241 (0) | 84 | 0 |
2 | Usaha | Selangor, WP Kuala Lumpur | Klang, Petaling, Kuala Langat, Titiwangsa | 38 | 61 | 70 | 60 (0) | 1 | 0 |
3 | Penjara Kepayan | Sabah | Kota Kinabalu, Papar, Penampang, Sipitang | 24 | 1,784 | 3,899 | 1,014 (0) | 770 | 0 |
4 | Penjara Seberang Perai | Pulau Pinang | Seberang Perai Selatan | 16 | 303 | 5,055 | 59 (1) | 244 | 0 |
5 | Bayan | Pulau Pinang, Kedah, Perak | Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Bandar Baharu, Kubang Pasu, Kuala Muda, Kulim, Kota Setar, Kerian, Larut Matang & Selama | 14 | 92 | 1,690 | 71 (2) | 21 | 0 |
6 | Cergas | Negeri Sembilan | Seremban | 14 | 26 | 364 | 26 (0) | 0 | 0 |
7 | Jaya | Negeri Sembilan, Selangor | Seremban, Sepang | 12 | 66 | 121 | 19 (0) | 47 | 0 |
8 | Bah Medan | Selangor | Sepang | 12 | 32 | 82 | 21 (0) | 11 | 0 |
9 | Rumah Merah | Sabah | Kota Kinabalu | 11 | 415 | 1,773 | 415 (1) | 0 | 0 |
10 | Kaya | Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, Selangor | Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Lembah Pantai, Cheras, Kepong, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat | 9 | 476 | 1,347 | 375 (0) | 101 | 0 |
11 | Astaka | Selangor, Pahang | Petaling, Hulu Langat, Kuala Selangor, Klang, Maran | 9 | 53 | 153 | 52 (0) | 1 | 0 |
12 | Tembok | Kedah, Perak | Kota Setar, Baling, Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Larut Matang & Selama | 8 | 1,753 | 9,056 | 304 (4) | 1,445 | 4 |
13 | Tempayan | Sabah | Penampang, Kota Kinabalu | 7 | 32 | 253 | 14 (0) | 18 | 0 |
14 | Permatang | Kedah, Pulau Pinang | Kulim, Langkawi, Kota Setar, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, Timur Laut | 6 | 14 | 820 | 14 (0) | 0 | 0 |
15 | Benteng PK | Selangor | Klang, Kuala Langat | 5 | 77 | 461 | 27 (0) | 50 | 0 |
16 | Wisma Saberkas | Sarawak | Kuching | 5 | 16 | 619 | 16 (0) | 0 | 0 |
17 | Saguking | WP Labuan | Labuan | 3 | 298 | 3,539 | 191 (0) | 106 | 1 |
18 | Ramai-Ramai | Sabah | Sandakan | 3 | 277 | 800 | 99 (0) | 178 | 0 |
19 | Makekar | Terengganu, Selangor | Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu, Marang, Besut, Kuala Nerus, Klang | 3 | 50 | 1,450 | 48 (0) | 2 | 0 |
20 | Alma | Pulau Pinang, Perak, Kedah | Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Utara, Kerian, Bandar Baharu, Kulim | 3 | 46 | 810 | 18 (0) | 28 | 0 |
21 | Utama | Selangor, Melaka, WP Kuala Lumpur | Gombak, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor, Sepang, Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa, Kepong, Cheras | 2 | 250 | 1,209 | 41 (0) | 209 | 0 |
22 | Bah Manggis | Sabah, Selangor, Negeri Sembilan | Tawau, Kuala Langat, Klang, Gombak, Sepang, Seremban, Port Dickson | 2 | 115 | 2,043 | 52 (0) | 63 | 0 |
23 | Baki | Sarawak, Perak | Kuching, Kinta | 2 | 42 | 3,093 | 42 (0) | 0 | 0 |
24 | Titian | WP Labuan | Labuan | 2 | 29 | 530 | 29 (0) | 0 | 0 |
25 | Tujuh Serangkai | Sabah | Tuaran, Kota Kinabalu | 1 | 396 | 4,353 | 129 (0) | 265 | 2 |
26 | Auto | Selangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya | Petaling, Klang, Kuala Langat, Sepang, Gombak, Hulu Langat, Kuala Selangor, Seremban, Titiwangsa, Putrajaya | 1 | 121 | 1,173 | 25 (1) | 96 | 0 |
27 | Melati | WP Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Perak | Titiwangsa, Kepong, Cheras, Klang, Petaling, Hulu Langat, Kuantan, Bagan Datuk, Hilir Perak | 1 | 71 | 398 | 41 (1) | 30 | 0 |
28 | Bah Tropicana | Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya | Petaling, Gombak, Klang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong, Cheras | 1 | 63 | 870 | 22 (0) | 41 | 0 |
29 | Greenhill | Sarawak | Kuching, Miri, Bintulu | 1 | 63 | 730 | 54 (1) | 9 | 0 |
30 | Cahaya | Selangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur | Petaling, Tampin, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong, Cheras | 1 | 55 | 458 | 24 (2) | 31 | 0 |
31 | Limbungan | WP Labuan | Labuan | 1 | 49 | 383 | 39 (0) | 10 | 0 |
32 | Taman Bunga | Negeri Sembilan | Seremban, Kuala Pilah, Jelebu, Jempol | 1 | 40 | 392 | 30 (0) | 10 | 0 |
33 | Gedong | Negeri Sembilan, Selangor, Johor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya | Seremban, Port Dickson, Rembau, Petaling, Johor Bahru, Cheras, Putrajaya | 1 | 27 | 105 | 27 (0) | 0 | 0 |
34 | Tembaga | Pulau Pinang | Timur Laut, Barat Daya | 1 | 11 | 144 | 11 (0) | 0 | 0 |
KL lapor 7 kes. 3 kes daripada kluster sedia ada, 3 daripada kontak rapat dan 1 daripada lain-lain saringan COVID-19. Putrajaya pula lapor 4 kes. 3 kes daripada kluster Gading (baharu) dan 1 kes lagi daripada saringan kontak rapat COVID-19.
Selangor lapor 231 kes. 153 daripada kluster sedia ada, 2 daripada kluster Aero (baharu). 40 daripada saringan kontak rapat, 1 pulang dari kawasan berisiko tinggi, 1 kes SARI dan 34 adalah lain-lain saringan COVID-19.
Sabah lapor 646 kes. 46 daripada kluster sedia ada, 54 daripada kluster Penjara Sandakan, Dialisis dan Sepanggar (baharu) 367 daripada saringan kontak rapat dan baki 179 daripada lain-lain saringan COVID-19.
Ringkasan kes harian COVID-19 negeri Selangor yang dikemaskini sehingga 4 November 2020 jam 12.00 tengahari.
Pertambahan 98 kes discaj dan 1 kes kematian direkodkan hari ini.
Pertambahan 231 kes baharu hari ini ( 229 tempatan, 2 import B dan 0 luar negara). Butiran kes baharu mengikut daerah dan mukim seperti berikut:
DAERAH GOMBAK (10 KES)
Batu – 7 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 6 kes
Kuang – 1 kes lokal
Saringan Pekerja (Kluster Utama) – 1 kes
Rawang – 2 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Pra Kemasukan Hospital – 1 kes
DAERAH HULU LANGAT (88 KES)
Ampang – 2 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Hentian) – 1 kes
Cheras – 1 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Hulu Langat – 2 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Pekerja – 1 kes
Kajang – 81 kes lokal, 1 kes import B
Saringan Bergejala – 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Hentian) – 9 kes
Saringan Kontak Rapat – 7 kes
Saringan Pekerja – 9 kes
Saringan Pekerja (Kluster Hentian) – 8 kes
Saringan PKPD (Kluster Hentian) – 46 kes
Saringan Pra Penerbangan (Import B) – 1 kes
Semenyih – 1 kes lokal
Saringan Pekerja – 1 kes
DAERAH KLANG (58 KES)
Kapar – 12 kes lokal, 1 kes import B
Saringan Berfokus (Import B) – 1 kes
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Bah Manggis) – 2 kes
Saringan Kontak Rapat – 6 kes
Saringan Pekerja – 3 kes
Klang – 45 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Hentian) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Usaha) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 6 kes
Saringan PATI (Kluster Benteng PK) – 5 kes
Saringan Pekerja – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Usaha) – 30 kes
DAERAH KUALA LANGAT (4 KES)
Bandar – 1 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Usaha) – 1 kes
Morib – 1 kes lokal
Saringan Pekerja – 1 kes
Tanjung Dua Belas (2) – 2 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
DAERAH KUALA SELANGOR (7 KES)
Ijok – 7 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Astaka) – 6 kes
Saringan Kontak (Kluster Usaha) – 1 kes
DAERAH PETALING (25 KES)
Damansara – 11 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Astaka) – 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Hentian) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 3 kes
Saringan Pekerja (Kluster Usaha) – 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Aero) – 2 kes
Petaling – 9 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Auto) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Cahaya) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Usaha) – 2 kes
Saringan Kontak Rapat – 4 kes
Saringan Pekerja (Kluster Usaha) – 1 kes
Sungai Buloh – 5 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Bergejala (Kluster Utama) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Astaka) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Melati) – 1 kes
Saringan SARI – 1 kes
DAERAH SEPANG (39 KES)
Dengkil – 15 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Jaya) – 11 kes
Saringan Kontak Rapat – 3 kes
Saringan Pekerja (Kluster Hentian) – 1 kes
Labu – 20 kes lokal
Saringan Bergejala (Kluster Kaya) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Bah Medan) – 12 kes
Saringan Kontak (Kluster Jaya) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Kaya) – 2 kes
Saringan Kontak Rapat – 3 kes
Saringan Swasta – 1 kes
Sepang – 4 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 4 kes